FOMCA

Friday, 23 January 2009 | Ruangan: NGO @ Selangor
FOMCA adalah sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan keuntungan, bukan politik dan pertubuhan sivik. Ia menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya. FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna.
Keutamaannya bukan sahaja nilai untuk wang tetapi juga nilai untuk manusia. FOMCA berusaha untuk mempertingkatkan melalui kuasa beli pengguna, pembangunan berasaskan keperluan yang memastikan keadilan sosio-ekonomi dan alam sekitar bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua Rakyat.

Demi mencapai falsafah-falsafah di atas, FOMCA mengamalkan tiga pendekatan penting iaitu:

  1. Sebuah badan yang memberi dan menyebarkan maklumat.
  2. Sebuah badan pendidik yang memberi pendidikan kepada semua pengguna.
  3. Sebuah badan bertindak yang memberi perlindungan kepada pengguna.
  4. Sebuah badan yang menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar