HUTAN SIMPANAN AYER HITAM
Monday, 28 September 2009 | Ruangan: Kenyataan Media
Berikutan sessi pendengaran awam Draf Rancangan Subang Jaya, maklumbalas dan perubahan yang perlu dibuat kepada rancangan tersebut sepatutnya dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri pada 1 September, 2009.
Walaubagaimanapun, disebabkan kesuntukan masa, jawatankuasa tersebut tidak sempat membincangkan agenda Draf Rancangan Subang Jaya, termasuk isu Hutan Simpanan Ayer Hitam.
Perkara ini dijangka dibentangkan pada mesyuarat yang berikutan, iaitu pada 20 Oktober, 2009.
Dalam perbincangan awal, ahli-ahli panel pendengaran awam mengalu-alukan penyimpanan hutan simpanan Ayer Hitam. Langkah berikutnya adalah untuk membuat keputusan yang rasmi di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri sebelum proses perwartaan semula dapat diteruskan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk-penduduk Puchong dan Signature Campaign Teamwork (SCT) dalam usaha mereka dalam isu pemeliharaan hutan simpanan Ayer Hitam. Saya mengalu-alukan keprihatinan semua serta segala maklumbalas yang diberi mengenai isu ini. Diharap semua pihak akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor untuk memuliharakan lebih kawasan sebagai hutan simpanan.
YB ELIZABETH WONG
AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
PELANCONGAN, HAL EHWAL PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR

