Seminar Pelaburan Selangor 2009
Thursday, 30 July 2009 | Ruangan: Kenyataan Media
Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor menerusi SSIC Berhad (Selangor State Investment Centre Berhad) bakal menganjurkan “Selangor Investment Seminar 2009 pada 13 Ogos 2009.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijadualkan hadir bagi menyempurnakan program ini seterusnya mengadakan sesi dialog dengan para peserta seminar.
Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi maklumat terkini berhubung strategik pihak kerajaan negeri dalam menangani masalah ekonomi yang sedang dihadapi oleh industri khususnya.
Selain itu, untuk memberi informasi tepat berkaitan peluang-peluang pelaburan yang terdapat di negeri Selangor di samping memberi maklumat terkini berhubung polisi kerajaan, insentif, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan serta strategi-strategi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menggalakkan pelaburan ke negeri Selangor.
Peserta seminar ini dianggarkan seramai 100 orang yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan, para pelabur, banker, trade councilor, ahli akademik dan individu-individu yang berminat.
Seminar sebegini adalah kali kedua yang dianjurkan oleh SSIC Berhad yang bakal berlangsung selama sehari dalam dua sesi.
Para pembentang kertas kerja terdiri daripada pakar dan penyelidik yang berpengetahuan tinggi dalam bidang masing-masing.
Antaranya ialah Y.Bhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohamed Ariff, Pengarah Eksekutif, Malaysia Institute of Economics Research, pembentang dari Small & Medium Industries Development Corporation (SMIDEC), Malaysia Industrial Development Authority (MIDA), Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Malaysia Indsutrial Development Finance (MIDF), Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) dan lain-lain.
Antara tajuk-tajuk kertas kerja yang bakal dibentangkan ialah An Update On Current Economic Situation, Selangor State New Economic Strategy And Stimulus Package, An Update On Investment Policies & Incentives In Manufacturing Sector And Services Sector Capacity Development Fund, Grants And Loans Available For SMEs dan lain-lain.
Peserta dikenakan bayaran sebanyak RM688 bagi seorang, RM1,200 bagi dua orang peserta dan RM1,800 untuk tiga orang peserta. Manakala lima peserta berdaftar dikenakan yuran RM2,400 (iaitu percuma untuk seorang peserta).
Makluamt lanjut sila hubungi En Hasan Azhari Hj Idris atau Cik Effa di talian 03-5510 2005/ 2006.
Sekretariat Akhbar
Pejabat Kerajaan Negeri Selangor



