MMKN LULUS PERLANTIKAN AHLI MAJLIS 2009/2010

Wednesday, 01 July 2009 | Ruangan: Kenyataan Media

SHAH ALAM : Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) hari ini meluluskan senarai perlantikan Ahli Majlis bagi penggal 2009/2010 yang akan mula berkuatkuasa pada 16 Julai 2009.

Ahli Majlis yang dilantik ini akan melalui proses pengesahan yang selanjutnya bagi memastikan mereka bebas daripada dakwaan kes jenayah, tidak muflis atau terlibat dalam kesalahan yang lain. Senarai nama ini akan diumumkan pada Isnin depan (6hb Julai 2009).

Adalah sukacitanya dimaklumkan bahawa sebanyak 80% Ahli Majlis yang dipilih adalah Ahli Majlis dari penggal yang lepas. Manakala Ahli Majlis yang baharu pula dilantik bagi menggantikan mereka yang telah meletak jawatan, gagal menunjukkan prestasi yang cemerlang atau bermastautin dalam kawasan yang berlainan.

Kerajaan Negeri amat komited dalam memastikan Ahli Majlis yang dilantik bakal memantapkan lagi jentera pentadbiran kerajaan negeri dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta penyampaian kerajaan negeri kepada orang awam selaras dengan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR