KENYATAAN MEDIA LATIHAN ASAS PRODUKSI VIDEO 7, 14, 21 JUN 2009

Thursday, 04 June 2009 | Ruangan: Kenyataan Media

Orang awam kini berpeluang mendalami bidang produksi video dengan hanya RM50 melalui program “Ampang Speaks Through Video Clips Production Training” anjuran Sekretariat Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Selangor.

Program ini berlangsung pada hujung minggu (Ahad) selama 3 hari berturut-turut iaitu pada 7, 14, dan 21 Jun 2009. Hasil-hasil kerja peserta program akan ditayangkan melalui tayangan sulung pada 18 Julai 2009.

Program ini bertujuan memberi latihan asas kepada masyarakat untuk menggunakan kemudahan media teknologi terkini seperti telefon bimbit, kamera digital dan video sebagai medium perantaraan. Peserta juga akan didedahkan dengan teknik penulisan skrip, penerbitan teknik rakaman, penataan bunyi, cahaya, proses, suntingan, muat turun ke internet dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan produksi.

Pendaftaran kini dibuka kepada orang ramai yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anda yang berminat hendaklah mendaftar dengan segera kerana ianya terhad sehingga 30 penyertaan sahaja.

Bahasa pengantar bagi program ini adalah Bahasa Melayu dan Inggeris. Anda boleh hubungi Seksyen Sektoral Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor di talian 03-5544 7916 (Encik Johan) / 03-5544 7921 (Puan Ayu) atau melalui Pejabat ADUN Teratai di talian 03-4295 1267 bagi tujuan pendaftaran.

SEKRETARIAT AKHBAR 
KERAJAAN NEGERI SELANGOR