10 APRIL 2009 KAUNTER KLINIK KERJAYA SERTA SKUAD BANTUAN ‘SELANGOR RETRENCHMENT HELPLINE
Friday, 10 April 2009 | Ruangan: Kenyataan Media
SHAH ALAM, 10 April 2009 – Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meneruskan perkhidmatan kaunter skuad bantuan Selangor Retrenchment Helpline bagi minggu ini di beberapa kawasan PBT di Selangor. Antara PBT yang akan membuka kaunter perkhidmatan tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh: 11 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengah hari.
Tempat : 1- Shah Alam – Kaunter di Pejabat MBSA.
2- Kajang – Kaunter di Pejabat MPKj.
3- Selayang – Kaunter di Pejabat MPS.
4- Subang Jaya – Kaunter di Pejabat MPSJ.
Orang ramai yang menghadapi masalah dalam pekerjaan atau diberhentikan kerja, boleh membuat pendaftaran dikaunter terbabit mengikut kawasan sekitar masing-masing. Kerajaan Selangor menyediakan perkhidmatan ini adalah sebagai membantu dari sudut khidmat nasihat dan runding cara kepada pengadu untuk memulihkan keyakinan dalam mencari pekerjaan.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Sekretariat Program Helpline iaitu Cik Siti Noor Aina ditalian (55447672) atau En.Mohd Hasry (55447121), atau boleh menghubungi Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri iaitu En. Fahrin Asmawi (55447457) atau Cik Ginie Lim (55447456).
SEKRETARIAT AKHBAR
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

