02 APRIL 2009 KAUNTER KLINIK KERJAYA SERTA SKUAD BANTUAN ‘SELANGOR RETRENCHMENT HELPLINE
Thursday, 02 April 2009 | Ruangan: Kenyataan Media
SHAH ALAM, 02 April 2009 – Adalah dimaklumkan bahawa, keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja di Selangor dibuktikan dengan penubuhan Selangor Retrenchment Helpline yang telah dilancarkan oleh YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor pada Mac yang lalu. Pasukan ini telah diperluaskan kaunter operasinya ke peringkat PBT mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan. Pada 04 April 2009 (Sabtu) ini, kaunter ini akan beroperasi di beberapa PBT yang akan diadakan pada kenyataan seperti berikut :
Tarikh: 04 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengah hari.
Tempat :
1- Klang – Kaunter di Pejabat MPK.
2- Kuala Langat – Kaunter di Pejabat MDKL.
3- Ampang Jaya – Kaunter di Ampang Point.
4- Sepang – Jawatankuasa Perunding Penduduk, Pekan Sg. Pelek.
Orang ramai yang menghadapi masalah dalam pekerjaan atau diberhentikan kerja atas sebab kegawatan ekonomi masa kini, boleh membuat pendaftaran di kaunter terbabit mengikut kawasan masing-masing.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Sekretariat Program Helpline iaitu Cik Siti Noor Aina ditalian (55447672/012-6777472) atau En.Mohd Hasry (55447121/019-2227072), atau boleh menghubungi Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri iaitu En. Fahrin Asmawi (019-2121058/55447457) atau Cik Ginie Lim (013-6276862/55447456).
SEKRETARIAT AKHBAR
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

