SENARAI BARU AHLI MAJLIS PBT AKAN DIUMUM ESOK
Monday, 05 July 2010 | Ruangan: Kenyataan Media
KENYATAAN AKHBAR
5 JULAI 2010
SENARAI BARU AHLI MAJLIS PBT AKAN DIUMUM ESOK
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengumumkan senarai Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang baru dipilih pada Majlis Penyampaian Anugerah Program Zon Bersih PBT Selangor di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada jam 8.30 malam esok (SELASA, 6 JULAI).
Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim akan mengumumkan senarai baru Ahli Majlis PBT ini, bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pihak Berkuasa Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, YB Ronnie Liu,
Senarai Ahli Majlis PBT baharu bagi seluruh Selangor ini telah diputuskan pada Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.
Pemilihan Ahli Majlis PBT ini dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya kebolehan mereka mereka melaksanakan tanggungjawab dan komitmen membantu Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah rakyat.
Kerajaan Selangor yakin dengan keupayaan Ahli Majlis PBT yang baru dilantik ini yang mampu meneruskan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab selain membantu Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor .
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

