MENTERI BESAR MELAWAT EKSPO TERBESAR DUNIA, DI SHANGHAI, CHIN
Monday, 03 May 2010 | Ruangan: Kenyataan Media
KENYATAAN MEDIA
3 MEI 2010
MENTERI BESAR MELAWAT EKSPO TERBESAR DUNIA, DI SHANGHAI, CHINA
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini berada di China bagi melawat ekspo dunia yang diadakan di Shanghai.
Ketika berada di sana, Menteri Besar diberi penghormatan untuk melawat dewan pameran negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, Britain, Austria, Jerman, Perancis dan negara maju lain.
Tidak ketinggalan, Menteri Besar juga dijemput melawat dewan pameran negara jiran Thailand, Singapura dan Malaysia.
Sebagai tuan rumah ekspo terbesar di dunia, China khususnya Shanghai telah memperoleh banyak pengalaman dan keuntungan terutama menarik kemasukkan pelaburan asing.
Kerajaan Selangor menyokong penuh jika Malaysia mahu menjadi tuan rumah kepada ekspo terbesar di dunia itu.
Penganjuran itu secara langsung meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa malah mampu memperkenalkan Selangor sebagai pintu masuk ke negara ini.
Menteri Besar berada di Shanghai selama tiga hari dan akan kembali esok
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

