Tan Sri Khalid Ibrahim – MB
Sunday, 18 January 2009 | Ruangan: EXCO
MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
PORTFOLIO : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Belia dan Sukan
ALAMAT PEJABAT : PEJABAT DATO` MENTERI BESAR SELANGOR,
TINGKAT 21, BANGUNAN SSAAS, 40503 SHAH ALAM
TEL: 03-55141119, 55447013
FAX: 55190032
E-MEL : KHALID@SELANGOR.GOV.MY
KEDIAMAN RASMI : KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR SELANGOR,
JALAM PERMATA 7/1, SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM




assalamualaikum……YAB Tan Seri Menteri Besar
terlebih dahulu saya ucap kan tahniah dan syabas diatas kejayaan pakatan rakyat (pr) dapat menawan 5 negeri….
saya merupakan penduduk Pangsapuri Permai, Sungai Besi Kuala Lumpur yang mana ia nya berada di dalam parlimen YAB Tan Seri Menteri Besar iaitu Parlimen Bandar Tun Razak.
saya telah mendapat maklum bahawa satu jejantas akan di bina untuk menghubungkan pekan sungai besi dan pagsapuri permai.tetapi jenjantas ini tidak dilengkapi dengan laluan motorsikal.kami mendapat makluman bahawa pihak berkuasa hanya mahu membuat untuk laluan pejalan kaki sahaja. buat makluman YAB Tan Seri Menteri Besar pekan sungai besi dan pangsapuri permai ini di pisahkan dengan lebuh raya dibawah kendalian BESRAYA. setiap hari hampir berpuluh ribu kenderaan melalui lebuhraya tersebut.
penduduk pangsapuri permai ini beharap YAB Tan Seri Menteri Besar datang melawat dan mendengar rintihan penduduk ini yang berlarutan hampir 2 tahun……mereka terpaksa melintasi lebuhraya yang sentiasa sibuk untuk hantar dan ambil anak dari sekolah dengan motorsikal
saya harap YAB Tan Seri Menteri Besar dapat memberi respon dengan segera sebelum ada perkara yang tidak di ingini menimpa penduduk pangsa puri permai..
bak kata pepatah melayu “cegah sebelum parah”.
makluman
jumlah block = 5 block
jumlah isi rumah per block =+-600 buah
sekian terima kasih
salam..
tahniah kepada pucuk pimpinan PKR kerana telah berjaya menawan selangor.semoga kejayaan ini akan dapat memperbaiki semua kelemahan yang ditinggalkan olih pemerintah dahulu.kerana ini lah harapan rakyat negeri selangor semasa PRU ke12.banyak kerja kerja pembaikan yang perlu dilakukan kepada kakitangan kerajaan yang telah bekerja dibawah pentadbiran barisan nasional selama lebih 50 tahun.sebagai anak selangor yang sayangkan negeri,amat mengalu alukan selogan FIRST IN FIRST OUT yang dilaungkan bagi semua urusan di pejabat pejabat tanah dan daerah negeri selangor.
malangnya ada segelintir kakitangan yang masih bertugas dan menjalankan kerja kerja yang tidak bertanggunjawab seperti masih lagi dibawah pentadbiran BN.dimanakah nilai nilai kerja dan selogan merakyatkan selangor jika tahap pemikiran dan tugas kerja masih lagi penuh dengan salah guna kuasa dan menyalahi etika kerja.saya adalah anak tempatan yang telah tinggal selama lebih 35 tahun disatu tanah kerajaan di batu 8,hulu kelang,yang keluasannya hanya 16,000 kaki persegi.dimana diatas tanah ini juga telah didirikan sebuah surau olih bapa dan datuk saya bagi kegunaan orang orang kampung.pada zaman pemerintahan BN kerajaan telah melakukan pembersihan setinggan sifar,dan semua diarahkan berpindah untuk memberi laluan kepada sebuah syarikat pemaju (triump city developement)untuk mendirikan rumah rumah kedai,tetapi tidak termasuk tanah yang saya duduki.
dan saya telah memohon tanah tersebut pada 2007 (No fail 4/4/58/2007)malangnya pada awal 2009 saya telah mendapat tahu tanah tersebut telah dipohon olih syarikat pemaju tersebut pada penghujung tahun 2008.bila saya pergi ke pejabat tanah daerah gombak untuk bertanyakan status permohonan saya,saya diberi tahu fail permohonan saya telah hilang.dan diminta membuat permohonan baru dengan mengekalkan no fail yang asal.sehingga la saya menggadu kepada Yb Haji Shaari Sungip adun hulu kelang,,dan penolong pegawai daerah membuat keputusan pada 17hb Sep 2009 tanah tersebut dibahagi dua,atas alasan pemaju juga memohon tanah tersebut.bila saya kepejabat daerah untuk membuat bayaran cukai,sekali lagi saya diberi tahu bahawa fail saya telah hilang,dan diminta memberi semua salinan untuk dibuka fail yang baru.setelah seminggu berlalu saya sekali lagi kepejabat daerah untuk membuat bayaran dan dimaklumkan juga yang fail saya telah hilang buat kali yang ke3 dan saya telah memberikan sekali lagi semua salinan permohonan tersebut.
Tan seri,
hina kah saya menjadi anak selangor,salahkah atas semua jasa dan titik peluh arwah bapa dan datuk saya kepada orang orang kampung dengan mendirikan surau.inikah balasan yang diterima olih arwah bapa saya menabur bakti bertahun tahun menjadi ketua kampung.tiada hak kah saya keatas tanah yang dipohon sebagai anak jati dan untuk keluarga dan diri sendiri.hanya sebidang tanah keluasan tidak sampai setengah ekar untuk dijadikan harapan masa depan.adilkah untuk memberi tanah tersebut kepada sebuah syarikat yang dipertikaikan olih rakyat hulu kelang dan kerajaan selangor itu sendiri,kerana tidak dapat menyelesaikan projek perpindahan setinggan hulu kelang di sungai sering.
bagimanakah permohonan saya yang setahun lebih awal bolih dipertimbangkan permohonanya bersama dengan permohonan syarikat pemaju yang memohon lebih setahun kemudian dari permohonan saya.
saya merayu kepada Tan seri semoga permohonan saya ini dapat dipertimbangkan,dan saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa kerana mengikut hati yang kecewa.
salam hormat,dan semuga semua bantuan dari Tan seri mendapat keberkatan dari allah swt.
terima kasih..salam