YB TERESA KOK SUH SIM

Sunday, 18 January 2009 | Ruangan: EXCO

YB TeresaADUN N30 KAWASAN KINRARA

Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan

Alamat pejabat : Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam
Tel : 03-55447311
E-mel : teresakok@selangor.gov.my

YB Teresa Kok turut memegang jawatan  Ahli Parlimen Seputeh sejak 1999. Beliau memperoleh Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Sarjana Muda Sains Politik serta Sarjana Falsafah dari Universiti Malaya (UM).

Beliau merupakan Setiausaha Kaukus Myanmar Antara Parlimen ASEAN dan aktif di dalam kegiatan hak asasi manusia. Beliau turut menganggotai Jawatankuasa Terpilih Semakan Kod Penal dan Prosedur Jenayah di Parlimen. Pada masa yang sama beliau memegang jawatan Setiausaha Publisiti DAP dan Setiausaha Nasional Wanita DAP.