YB DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
Sunday, 18 January 2009 | Ruangan: EXCO
ADUN N17 GOMBAK SETIA
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Alamat pejabat : Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 2, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam
Tel : 03-55447105
E-mel : hasanali@selangor.gov.my
YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali berkelulusan Sarjana Muda Sastera Kepujian dari Universiti Malaya (UM), Sarjana Sains Perancangan Bandar dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat dan Doktor Falsafah dari University of Wisconsin, Amerika Syarikat.
Beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Pernah menjadi Ahli Parlimen Parit Buntar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burong pada penggal 1999-2004.


Saya merupakan salah seorang rakyat yang duduk di negeri selangor. saya merupakan anak jati Sungai Besar. disini saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih diatas ketokohan Y.B dalam melaksanakan tanggungjawab rakyat selangor. saya juga tertarik dengan khutbah jumaat yang Y.B pernah sampaikan di masjid makmuriah Sg Besar. saya berharap, program turun padang itu dapat dijadikan program wajib supaya rakyat sedar bahawa pemimpin mereka betul-betul menjalankan amanah. Pihak kerajaan baru negeri selangor diharap terus berjuang untuk menyelamatkan harapan rakyat yang mahukan perubahan. Diharap tidak akan berlaku seperti di perak. Saya dan rakan – rakan yang merupakan mahasiswa, akan terus menyokong segala perancangan yang dilakukan. Saya juga amat berharap agar Kerajaan Baru Negeri Selangor marupakan kerajaan yang TELUS dan AMANAH dalam menjalankan tugas.
Assalamualaikum,
Saya dan keluarga adalah merupakan anak jati Selangor dan lahir di Klang, dan juga merupakan ahli PAS yang tidak berdftar, bukan apa… sebab takut, kerana kebanyakan kami adalah kakitangan kerajaan, dan kebanyakan keluarga saya adalah penyokong kuat parti Y.B, saya cuma ada satu soalan, bolehke pihak Y.B atau sesiapa dari mana-mana persatuan menolong adik saya yang mengidap sakit kanser lidah untuk mendapatkan pertolongan bagi menyelesaikan hutang pinjaman perumahan beliau. Ini memandangkan adik saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan, dan suaminya pula merupakan seorang Mualaf Britain yang telah beberapa kali gagal didalam perniagaanya. Dimanakah harus saya memohon pertolongan demi untuk meyelamatkan keluarga mereka, dimana pihak bank akan melakukan lelongan pada bulan June nanti, beliau mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah, dan tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap.
Harap dapat kiranya pihak YB memberi jawapan kepada saya dengan kadar segera.
Sekian terima kasih.
Rohaya Long