SelangorKini Online » S’KiniTV

UCAPAN RAYA – MENTERI BESAR TAN SRI KHALID IBRAHIM
Selamat menyambut hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

http://www.youtube.com/watch?v=IuExeVM9l7I

Perjuangan Umno sangat sesat : Nik Aziz
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.

Mursyidul Am PAS itu berkata, sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Dalam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.

Berikut ialah perutusan penuh beliau

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam.  Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:

1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam,  khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS  pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977.  Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]

Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Mursyidul Am PAS,

merangkap Menteri Besar Kelantan.

22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.

-Petikan daripada Harakah Daily

Selangor agihkan RM49 juta untuk kebajikan rakyatnya
SHAH ALAM, 23 Feb – Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbicaraan kes liwat keduanya di mahkamah tidak ‘mengganggu’ tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor untuk memberikan lebih perhatian terhadap negeri ini.

“Kalau saya tidak diganggu banyak di mahkamah, saya dapat tumpukan perhatian lebih banyak di negeri Selangor,” katanya ketika berucap dalam program agihan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri kepada pelbagai pihak di sini malam tadi.

Anwar berkata, beliau sentiasa berdoa supaya ujian berbentuk ‘fitnah dan khianat’ terhadapnya dapat dipermudahkan oleh Allah.

“Sekarang ini masih banyak fitnah dan kianat dilemparkan terhadap saya,” katanya dalam Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) 2010 di sebuah dewan di Seksyen 19.

Turut hadir dan berucap pada program berkenaan ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Exco kebajikan, wanita dan sains Rodziah Ismail.

Menilai program itu, Anwar berkata, kerjasama berkumpulan antaranya pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan negeri dalam isu-isu ekonomi di negeri itu menyebabkan beliau ‘amat senang bekerja’.

Pada majlis pada malam semalam, kerajaan Selangor mengumpulkan kira-kira 400 anak negeri yang layak menerima bantuan kewangan, antaranya kanak-kanak baru lahir, warga tua dan penuntut universiti.

Sementara itu, Abdul Khalid  pada ucapannya selepas itu berkata beliau berazam menyalurkan kemakmuran dan kekayaan negeri itu terus kepada rakyat Selangor di pelbagai pelosok negeri tanpa mengira bangsa, agama dan parti yang dianggotainya.

“Saya hendak bawa sendiri beliau ke seluruh pelosok… biar Datuk Seri Anwar lihat sendiri, adakah semua ini sampai kepada rakyat di Selangor,” katanya.

Sementara itu, rata-raya penerima sumbangan daripada program-program MES menunjukkan perasaan gembira mereka terhadap skim-skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat selepas mengambil alih kerajaan dua tahun lalu.

Seorang pemandu, Kamarul Hisham Abdullah yang mengambil bantuan bagi pihak bapanya yang sudah uzur berkata bantuan tersebut amat membantu, terutamanya bagi keluarga berpendapatan rendah sepertinya.

“Bapa saya sebelum ini terima RM1,000, malam ini dapat RM1,500, alhamdulillah, apa yang kami terima ini saya rasa cukup dan memadai untuk keperluan-keperluan kami. Sebelum ini saya pun tidak tahu ada program apa untuk membantunya,”katanya.

Sementara seorang penuntut Mohd Reeezwan Ramli, 19, yang menerima bantuan pendidikan RM1,000 berkata, duit yang diterimanya itu akan digunakan bagi meringankan beban keluarganya.

“Saya tidak bercadang guna semua. Saya hanya hendak guna RM500 untuk permulaan, selebihnya saya akan beri pada emak saya pegang.

“Saya seronok dapat bantuan hari ini, tetapi saya gementar kena naik ke pentas, kena bersalam,” katanya sambil tersenyum.

Program kebajikan yang menjadi teras kepada MES ialah Tabung Anak Warisan Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Kebajikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Menurut kenyataan daripada pejabat penasihat ekonomi Selangor, sejak dilancarkan pada Jun 2008, sebanyak RM49 juta telah dibelanjakan bagi tujuan kebajikan di negeri itu.

Anggota Polis Dinamakan Dalam Kes Saman
KUALA LUMPUR, 29 Jan. – Jazimin Abdul Jalil, bapa kanak-kanak yang diculik dan dibunuh, Nurin Jazlin, hari ini dibenarkan untuk menamakan anggota polis Amran Arifin, yang menyebarkan gambar-gambar bedah siasat Nurin, sebagai defendan dalam kes saman kecuaian terhadap polis dan kerajaan.

Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Noordura Mohamed Din membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Jazimin Abdul Jalil memohon untuk menamakan Amran, seorang lans koperal, sebagai defendan kelima selepas Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Petaling Jaya dan kerajaan Malaysia berikutan pengakuan dalam pernyataan pembelaan mereka bahawa gambar-gambar itu diedarkan oleh Amran.

Dengan kemasukan itu, semua defendan juga menarik balik permohonan untuk membatalkan saman itu.

Peguam Akbardin Abdul Kader, yang mewakili Jazimin, memberitahu media bahawa mahkamah memerintah beliau untuk menyerahkan saman itu terhadap Amran dan mahkamah akan menetapkan tarikh untuk pengurusan kes selepas kedua-dua pihak melengkapkan dokumen-dokumen berkaitan dengan kes itu.

Akbardin berkata beliau akan menyerahkan saman itu sendiri kepada Amran.

Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom mewakili defendan-defendan itu.

Jazimin, 35, seorang pekerja di syarikat keselamatan, mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan atas dakwaan cuai berikutan pengedaran ambar-gambar bedah siasat anak perempuannya itu dalam internet.

Beliau memohon gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, dengan mendakwa gambar-gambar berkenaan bersifat sulit serta peribadi dan bukan untuk tatapan umum tetapi hanya untuk tujuan penyiasatan kes Nurin.

Nurin, 8, hilang pada 20 Ogos 2007 selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Mayatnya ditemui dalam sebuah beg sukan 27 hari kemudian, di hadapan sebuah kedai di Jalan PJS 1/48, Petaling Jaya. Laporan bedah siasat mendedahkan bahawa ia didera secara seksual.

Pada 13 Mei lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Jazimin supaya kes saman itu diselesaikan dengan cepat melalui penentuan persoalan undang-undang selepas memutuskan bahawa perkara itu mesti ditentukan menerusi perbicaraan penuh.

– BERNAMA

Peguam Dakwa Dirinya Mangsa Fitnah SPRM
KUALA LUMPUR, 21 Dis 2009- Peguam kepada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Rosli Dahlan mendakwa beliau adalah mangsa konspirasi jahat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rosli mendakwa beliau dianiaya pihak berkenaan hanya kerana bertindak membela Datuk Ramli Yusuff, serta membantu pendakwaan JSJK terhadap watak-watak tertentu pada tahun 2007.

Rosli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan tidak menjawab notis SPRM yang ketika itu dikenali Badan Pencegah Rasuah bersabit perishitaran harta miliknya.

BPR menuduh Rosli bersekongkol dengan bekas pegawai kanan Datuk Ramli.

Rosli mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Katar.

“ Tadi dia mengatakan bahawa saya diserahkan dengan notis kerana saya dianggap sekutu. Saya katakan saya peguam, macam mana peguam boleh jadi sekutu pula? Tentulah dasar kepada keluhuran undang-undang saya mengatakan saya mengatakan keterangan saya dalam seksyen 27, sebagai seorang peguam saya terikat kepada maklumat sulit. Tapi saya sedia mendedahkan dan saya mendedahkan semuanya bahawasanya saya tidak pernah memegang sebarang asset “ katanya kepada Tv Selangor.

Rosli Dahlan dari firma guaman Lee Hishamuddin Allen & Gledhill mewakili Datuk Ramli Yusuff pada 2007 dalam satu kes sindiket pinjaman wang haram.

Blog Malaysia today kelolaan Raja Petra Kamaruddin mendakwa Datuk Ramli adalah mangsa fitnah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Menurut blog itu, Musa mengambil tindakan terhadap Ramli kerana pegawai itu memberi keterangan dalam kes mata lebam Anwar yang memihak kepada mantan timbalan perdana menteri itu.

Tidak lama selepas itu, Datuk Ramli didakwa BPR atas tuduhan menyalahguna kuasa dan digugurkan dari jawatannya atas tuduhan kononnya beliau memiliki aset RM27 juta.

Rosli berkata kes SPRM menyifatkan kes terhadapnya dan Datuk Ramli begitu ampuh dan penuh kecurigaan.

“ Pengadu adalah pegawai BPR. Dia mengatakan bahawa dia mendapat maklumat bahawa Datuk Ramli melakukan kesalahan. Maklumat itu berdasarkan laporan 0752007. Jadi datuk Kamariendaran meminta laporan 0752007. Bila ditunjukkan kita dapati nama Datuk Ramli tidak disebut langsung” tambahnya lagi.

“Jadi bagaimana pengadu boleh mengatakan Datuk Ramli buat kesalahan rasuah berdasarkan maklumat yang dia terima dalam laporan 0752007 ini. Bila kita pergi kepada laporan 0752007, nama dia tidak ada langsung. Apakah muslihat di sebalik perkara itu?”.

Kumarendran adalah peguam yang mewakili Rosli.

Rosli sebelum ini telah memfailkan saman kepada akhbar The Star, ketua editor akhbar tersebut dan dua wartawannya, sebuah lagi akhbar berbahasa Inggeris dan SPRM berhubung penyebaran fitnah ke atasnya.

Kes Rosli bersambung esok.

Kerajaan Negeri Berhak Tentu Tarikh Pilihan Raya: MB
SHAH ALAM, 14 Dis. – Kerajaan Negeri bakal mempertimbangkan untuk menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum negeri ini sekiranya Kerajaan Persekutuan bercadang melaksanakan PRU dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan segala perancangan yang direncana kerajaan Pakatan Rakyat dapat dijayakan.

“Ya memang itu dibuat dalam perlembagaan, bagaimanapun masanya serupa tidak lebih daripada 5 tahun. Katalah kerajaan persekutuan dalam tiga tahun hendak membuat pilihan raya jadi pada pandangan kerajaan negeri tiga tahun terlalu singkat masanya untuk membubarkan Dewan Selangor untuk pilihan raya,” katanya ketika di temubual TV Selangor.

Bagaimanapun beliau berkata, Menteri Besar perlu mendapatkan perkenan daripada sultan.

Katanya, Selangor tidak perlu khuatir dengan sebarang tindakan yang dilakukan Kerajaan Persekutuan.

Homestay sumbang lebih RM1 juta
SHAH ALAM 16 NOV – Lebih RM1 juta berjaya dijana untuk pendapatan negeri Selangor hasil daripada produk Homestay, dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, Homestay Sungai Sireh di Kuala Selangor berjaya menjana pendapatan tertinggi iaitu RM277,350.

Menurutnya, Homestay Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam pula menjana pendapatan RM241,750 dan diikuti Homestay Banghuris, Sepang iaitu RM157,950.

“Keseluruhannya, terdapat 16 lokasi homestay di Selangor sehingga tahun ini dan daripada jumlah itu, Sabak Bernam mempunyai enam lokasi homestay, Kuala Langat lima (5), Kuala Selangor dua (2).

Sementara itu, Sepang, Gombak dan Hulu Selangor, masing-masing mempunyai satu homestay,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan statistik kedatangan pelancong homestay bagi Januari hingga September tahun ini, seramai 17,471 pelancong dalam dan luar negara dicatatkan mengunjungi homestay di negeri ini.

“Homestay paling popular di kalangan pelancong tempatan ialah Homestay Sungai Sireh, Kuala Selangor (5,117 pengunjung), manakala Homestay Banghuris (1,681 pengunjung) menjadi tumpuan pelancong dari luar negara,” katanya.