SelangorKini Online » Rencana

Umno-BN Di Ambang Kiamat?
Oleh Mat Zahari Ali

KOMENTAR

Tahun 2012 telah diberikan pelbagai gambaran tragis termasuk terjadinya bencana besar, kekacauan, keruntuhan kerajaan dan peperangan diseluruh dunia yang merintis kepada berlakunya Kiamat.

Tahun 2012 juga akan melibatkan banyak peristiwa besar termasuk kejatuhan ekonomi dunia melibatkan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika, Eropah, China dan Jepun.

Sebagai umat Islam, urusan hari kiamat hanya ada dalam perbendaharaan Allah dan bukan dalam tanggapan hamba Allah. Manusia hanya di beri hak untuk merancang, mengkaji dan menghujah.

Manakala menurut ahli tasawuf pula pengertian kiamat tersebut boleh di rungkai dalam pelbagai keadaan seperti bencana, kecewa, penyakit, kemalangan dan sebaginya.

Berdasarkan kepada hak merancang, mengkaji dan berhujah yang diberikan Allah kepada manusia tersebut kemungkinan gambaran tersebut ada kebenarannya.

Keruntuhan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak selepas 30 tahun menguasai mesir, terbunuhnya pemimpin Libya, Muhammar Gaddafi setelah lebih 36 tahun memerintah dan runtuhnya LDP setelah menguasai kerajaan Jepun selama 40 tahun adalah antara deretan keruntuhan kerajaan yang dicatatkan oleh sejarah dunia.

Di Malaysia, Umno telah menguasai kerajaan selama 54 tahun. Pelbagai kezaliman, rasuah, salah guna kuasa, sogokan, politik wang, pembaziran wang rakyat, fitnah, lucah, ketirisan, kronisme, nepotisme dan pemborosan, semuanya telah sinonim dengan pemimpin-pemimpin Umno.

Ikon-ikon tersebut tidak akan diberikan lebel sedemikian sekiranya tidak ada kebenarannya.Bak pepatah, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Malah kecelikan rakyat berhubung sumber maklumat memperteguhkan lagi bahawa Umno semakin tersisih ekoran penolakan rakyat.

Kesimpulannya pemimpin Umno sendiri menyedari bahawa pilihanraya Umum (PRU) akan datang Umno/BN sedang berhadapan dengan detik paling getir dalam sejarah.

Pilihanraya Paling Getir

Pengerusi pilihnraya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa pilihanraya kali ini adalah amat getir bagi Umno/BN.

Begitu juga dengan kenyataan beberapa menteri kabinet serta pemimpin-pemimpin BN lain yang melihat kesukaran BN untuk menang.

Maklumat dari kenyataan tersebut mungkin datangnya dari risikan polis dibawah cawangan politik yang sememangnya wujud di Bukit Aman bagi mendapatkan maklumat berhubung sokongan rakyat terhadap kerajaan.

Pengunduran Dr Mahathir ekoran penyerahan kuasa kepada Abdullah Badawi juga dipercayai dari maklumat risikan pihak polis.

Bagi Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak pula dilema untuk menetapkan tarikh PRU-13 merupakan suatu keputusan yang amat berat.

Isu-isu berhubung pelbagai penyelewengan wang rakyat seperti isu NFC, PKFZ, isu ekonomi yang mencengkam rakyat selain masalah dalaman Umno/BN yang kucar kacir tidak memihak kepada BN untuk meraih sokongan rakyat.

Begitu juga berhubung isu calon-calon yang masih belum mencapai penyelesaian.

Calon Tikam Belakang

Kebimbangan Najib berhubung calon yang akan menikam dari belakang sekiranya tidak terpilih masih menjadi keutamaan yang belum di selesaikan.

Isu calon menikam dari belakang dan memberi sokongan kepada pembangkang sememangnya banyak berlaku ketika PRU 2008 lalu.

Ini disebabkan bagi Umno, sesiapa yang dipilih menjadi ketua bahagian atau calon bererti akan memperolehi kekayaan dan kuasa. Budaya ini telah lama berkembang dalam Umno/BN sejak 54 tahun mencapai kemerdekaan lagi.

Manakala calon yang tidak terpilih akan dianggap sebagai calon yang gagal dan tersisih. Selain hilang kuasa dan mendapat malu calon serta pengikutnya juga akan terpinggir dari mendapat sebarang projek dan kontrak.

Isu pergaduhan ketika pemilihan di perhimpunan Agong Umno bukan perkara baru. Sengketa antara puak-puak dari pimpinan tertinggi hingga kepada Umno Bahagian telah menjadi budaya yang tidak lagi boleh disembunyikan lagi. Ini termasuk team Muhyiddin dan team Najib sendiri.

Najib Yang Lemah

Ahli Falsafah Yunani, Plato berkata kelemahan seseorang terletak pada keputusan dan tindakan yang diambil bukan berdasarkan apa yang dicakapkan.

Najib pula adalah pemimpin yang terlalu banyak melaung untuk menjayakan tranformasinya dan bersikap ‘flip-flop’ bila melibatkan tuntutan rakyat sebagimana BERSIH 2.0.

Isu yang membabitkan seorang menteri kabinet beliau berhubung skandal NFC memperjelaskan betapa Najib begitu lemah dan membuat keputusan dan tindakan.

Di pihak parti pembangkang, tindakan Najib mempertahankan Shahrizat Jalil merupakan kondisi yang amat menyenangkan. Ini disebabkan isu ini terus menjadi bahan kempen berpanjangan yang menyegarkan.

Najib mungkin merasakan tindakan beliau membiarkan isu yang membabitkan keluarga Shahrizat itu sebagai tekanan untuk Ketua Wanita Umno tersebut melepas jawatan secara sukarela.

Sebelum ini ramai dikalangan pemimpin Umno termasuk Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Dr M) menggesa Najib bertindak menghukum Shahrizat namun Najib masih membisu.

Manakala kem-kem di dalam Umno juga telah wujud gerakan yang meletakkan kelemahan Najib sebagai asas untuk melobi ahli-ahli Umno menentang beliau.

Tindakan Najib yang juga Presiden Umno yang enggan mengadakan pemilihan ketika perwakilan Umno bersidang dalam beberapa perhimpunan Agung parti itu perjelaskan lagi kebimbangan Najib berhubung perpecahan dalaman parti yang dipimpin beliau.

Najib di kuasai Dr M

Ramai dikalangan pemimpin Umno/BN sendiri menyedari bahawa Dr M masih bertaring di era Najib. Dan Najib pula bukan seorang berani. Beliau tiba dipuncak sekarang bukan disebabkan oleh ketokohan beliau tetapi lebih kepada sikap ‘play safe’ beliau selama ini.

Najib juga menyedari kejatuhan Tun Abdullah disebabkan oleh gerakan yang dilakukan oleh Dr M dan Muhyiddin yang mengkritik Abdullah secara terbuka ekoran kekalahan teruk BN dalam PRU 12 lalu.

Najib kemudiannya memberikan kerusi Timbalan Menteri kepada anak Dr M (Mukhriz). Dan kemudiannya Dr M mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana memberi jawatan tersebut kepada anaknya.

Sejak itu setiap tindakan Najib sentiasa dibayangi oleh Dr M. Najib pula akan meminta pihak media mendapatkan kenyataan dari Dr M berhubung sesuatu yang akan dibuat supaya tidak mendapat tentangan.

Dr M Perlu Kuasai Najib

Dalam Umno tidak ada orang yang paling dimarahi Dr M selain dari Abdullah Badawi. Hingga ke saat ini permusuhan dan saling serang menyerang masih antara mereka masih berlarutan

Kemarahan Dr M bukan sekadar kekalahan teruk BN dalam PRU 2008 sahaja tetapi tindakan membebaskan Anwar dari Sungai Buluh menjadikan beliau tidak dapat memaafkan Abdullah.

Membebaskan Anwar membuktikan Anwar tidak bersalah selain persepsi rakyat bahawa Anwar sengaja di aniaya oleh beliau. Abdullah dianggapnya cuba menjadi hero dengan memalukan beliau.

Selain itu pembebasan Anwar juga menyebabkan pembangkang menjadi kuat kerana ketokohan Anwar sememangnya di geruni beliau sendiri.

Dengan pembebasan Anwar tersebut telah memaksa beliau kembali aktif memantau Umno dari luar selain memberi cadangan dan jalan kepada kepimpinan Umno/BN sekarang.

Dr M tahu, Anwar mempunyai banyak rahsia tentang kelemahan Umno dan rahsia diri dan keluarga beliau. Anwar juga tahu bagaimana Dr M menggunakan dana awam seperti KWSP dan Tabung Haji untuk membantu syarikat-syarikat anak beliau ketika krisis ekonomi 1998.

Di Majlis Rapat Rakyat Perdana Di Alor Setar pada 14 Januari lalu, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata setelah PR menguasai Putrajaya semua pemimpin negara akan disiasat.

“Dr Mahathir tak boleh lari, Rosmah pun sama,” kata beliau di hadapan lebih 50,000 hadirin di malam penutup konvensyen PR itu.

Menurut Karpal lagi, walaupun kes tersebut telah lama berlaku namun tidak ada sebab untuk membolehkan kes itu dibuka semula untuk dibicarakan sekiranya perlu.

Anwar dan Pakatan Rakyat

Tekanan Najib paling hebat datangnya dari pembangkang yang di terajui Anwar Ibrahim. Selepas berjaya menguasai lima negeri Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum 2008 lalu gerakan PR dilihat lebih menyerlah berbanding BN.

Walaupun propoganda media perdana hanya sekadar dapat memujuk diri sendiri namun hakikatnya Umno/BN sedang berada dalam situasi paling sukar.

Ketika Konvensyen PR ke-3 di Alor Star baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan beberapa negeri seperti Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu bakal jatuh ke tangan PR.

Selain itu di beberapa negeri seperti Melaka dan Johor di semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan mengalami lonjakan kerusi bagi membolehkan PR menguasai Putrajaya.

Ketika PRU-10 pada 1999, ekoran isu pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, orang-orang melayu bangun dan menolak kepimpinan Umno/BN. Kesannya pembangkang menguasai 42 (PAS-27, DAP-10, ADIL(PKR)-5) kerusi parlimen.

Bimbang dengan kebangkitan Rakyat tersebut, akhirnya Dr M terpaksa berundur setelah menerima maklumat dari jentera pilihanraya pusat dan pihak risikan polis. Susulan maklumat tersebut akhirnya beliau menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah.

RM1.077 Trilion Keluar Negara

Ketika berucap di Konvensyen PR ke-3 baru-baru ini, Pengerusi BERSIH 2.0 yang juga bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan menyarankan supaya PR berusaha membawa balik pulang USD291 billion (RM1.07 trilion) wang negara yang telah dibawa keluar dalam beberapa bulan kebelakngan ini.

Menurut Ambiga, usaha tersebut harus dilakukan sebagai tindakan terawal apabila PR berjaya menguasai Putrajaya kelak.

Katanya wang tersebut merupakan aset negara paling berharga yang telah diseludup keluar melalui pelbagai cara.

Berdasarkan kenyataan tersebut, jelas membuktikan bahawa terdapat segelintir rakyat yang berkepentingan telah dapat menghidu akan berlaku berubahan tompok pemerintahan negara selepas PRU akan datang.

Setakat ini tiada laporan yang menyatakan siapakah individu yang terlibat dalam pengkhianat terhadap aset negara tersebut.

Terpulanglah juga kepada pembaca untuk menafsirkan kedudukan kemudian.

Setakat ini Najib tidak memberi sebarang reaksi berhubung isu tersebut walaupun pelbagai pihak termasuk PR cuba mengenengahkan isu tersebut untuk di tangani.

Apa pun keadaannya, masanya akan tiba juga untuk menyaksikan kuasa rakyat akan meletakkan hakikat kebenaran. Kekalahan akan menjadikan Umno berada di ambang kiamat.

Waktu telah terlewat untuk Umno/BN memperbaiki apa yang telah dirosakkan. Yang ada hanya jalur waktu untuk menunggu detik kiamat tersebut untuk dihakimi rakyat.

Mampukah Suapan RM2.71B Untuk Umno-BN Tawan Selangor ?
Oleh Mat Zahari Ali

ULASAN : Pada 19 Disember lalu, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan RM2.71 bilion diperuntukkan untuk Selangor.

Sehari selepas itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pula, Datuk Seri Noh Omar mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan Kerajaan Pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar dari kerajaan negeri.

Menurut Noh lagi, di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), sebanyak RM2.62 bilion disalurkan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan 628 projek di Selangor, dan sebanyak RM83.81 juta lagi disalurkan menerusi pelbagai agensi dan kementerian.

Manakala peruntukan RM2.71 bilion yang di terima Umno/BN kali ini adalah amat besar jika dibandingkan peruntukan untuk lima tahun bagi RMK-10 tersebut.

Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan belanjawan 2012 baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM1.9 bilion wang kerajaan negeri untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunannya.

Susulan itu, Khalid menegaskan Najib dan Noh tidak perlu mendabik dada kononnya menyalurkan peruntukan yang besar untuk projek pembangunan di Selangor.

Katanya, kesemua wang pembayar cukai dan dana rakyat tersebut akan di salurkan kepada ketua-ketua Bahagian Umno/BN untuk tujuan pilihan raya umum akan datang dan bukan untuk rakyat negeri itu.

Sementara itu, wang tersebut juga di ambil dari belanjawan defisit negara dan bukannya dari perolehan sumber belanjawan berimbang. Ini meletakkan peruntukan tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat seluruh negara.

Menurut Khalid, penyaluran wang tersebut cuba ‘dihalalkan’ di atas nama pembangunan negeri Selangor sedangkan hakikatnya wang tersebut untuk disalur kepada pemimpin-pemimpin Umno/BN melalui ganjaran dengan membuat projek-projek ‘mee segera’.

Projek-projek mee segera ini berupa projek-projek ringan seperti membina longkang, bilik gerakan pilihan raya dan sebagainya yang harganya berlipat kali ganda kerana selebihnya akan masuk ke saku pemimpin-pemimpin Umno bahagian serta kroni mereka.

Baru-baru ini ketika mengadakan kempen keindahan kediaman dan mengecat rumah pangsa di Gombak, Khalid hanya menggunakan peruntukan RM400,000 untuk menjayakan program tersebut.

Selang beberapa hari setelah pengumuman Najib, Umno Gombak pula mengumumkan peruntukan RM1.1 juta untuk tujuan yang sama. Bandingkanlah bagaimana ‘pintarnya’ pemimpin-pemimpin Umno mengurus tadbir wang dari dana rakyat tersebut.

Ujar Khalid lagi, wang tersebut seharusnya di salur kepada kerajaan negeri sebagai pemerintah yang sah bagi membolehkan wang tersebut diurus secara berhemah dan terancang.

“Ini adalah duit pembayar cukai dan bukan duit parti Barisan Nasional, wang RM2.71 bilion itu adalah pembangunan seluruh rakyat di Selangor dan bukan untuk kepentingan segelintir pemimpin-pemimpin Umno/BN,” kata Khalid.

Pakar perampas

Najib telah melantik diri beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor selepas Dr Khir Toyo meletak jawatan ekoran kes rasuah berhubung memiliki banglo di atas dua tanah lot di Shah Alam.

Perlantikan beliau tersebut memperjelaskan lagi bahawa Umno Selangor benar-benar ketiadaan calon berwibawa. Mungkin Najib sendiri tidak yakin dengan kemampuan Umno Selangor untuk merampas kembali negeri Jugra tersebut dari PR.

Najib mempunyai alasan kukuh untuk mengetuai Umno Selangor. Sebagai menteri kewangan, beliau telah merasakan betapa perbendaharaan wang negara sedang berada dalam keadaan nazak. Manakala Selangor adalah negeri yang kaya.

Lantaran itulah Najib mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dan Umno akan bertindak merampas kembali Selangor walau dengan apa cara sekali pun.

Najib mempunyai pengalaman merampas Perak pada 2009 ketika berlaku krisis perlembagaan di negeri bekas pengeluar bijih timah dunia itu. Najib juga di lantik menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Perak ketika usaha merampas Perak dari tangan PR.

Tujuan Najib berada di posisi tersebut semata-mata bagi membolehkan wang yang diperuntukkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di keluarkan untuk membeli mana-mana pemimpin PR yang ingin melompat parti.

Dalam kehidupan peribadi beliau pun, tidak perlulah dipanjangkan susulannya kerana Najib lebih maklum bagaimana beliau membentuk keluarga yang dimilikinya sekarang.

Dana rakyat Untuk Umno/BN

Selama ini mana-mana perdana menteri pun tidak pernah memperuntukkan dana yang sebegitu besar untuk ‘membela’ pemimpin-pemimpin Umno bahagian. Ini disebabkan segala kontrak secara terus dapat di berikan kepada ketua-ketua bahagian tersebut.

Dari projek klas A hingga kepada tender cuci longkang dan potong rumput, semua disapu oleh kroni-kroni ketua bahagian dan mereka yang rapat dengan pemimpin.

Maka tidak hairanlah kebanyakkan ketua-ketua bahagian Umno mempunyai rumah banglo bagaikan istana hinggap.

Apabila Selangor jatuh kepada PR, semua punca pendapatan ketua-ketua bahagian tersebut hilang. Dasar tender terbuka Khalid bagaikan menutup segala periuk nasi mereka.

Disebabkan selama ini Umno menjadikan wang sebagai kuasa untuk mendapatkan sokongan maka budaya tersebut telah memakan diri apabila sumber kewangan mereka terputus.

Kemelut ini tidak pernah di alami oleh Umno/BN kerana sebelum PRU 2008 lalu hanya Kelantan dikuasai pembangkang.

Sebagai jalan pintas, Najib teleh memberikan peruntukan yang sebegitu besar dibawah JPM yang dikepalai beliau.

Berdasarkan akta parlimen, peruntukan wang tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk pihak polis, mahkamah, Jabatan Audit Negera, SPRM atau pembangkang.

Peruntukan tersebut merupakan dana eksklusif kepada perdana menteri. Melalui peruntukan tersebut wang akan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang kemudiannya akan diagih kepada Pejabat-Pejabat Daerah dan Ketua-Ketua Umno Bahagian.

Ekonomi tenat, Pemimpin Umno kaya raya

Pada akhir 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia telah mencecah RM577 bilion bersamaan 77 peratus dari KDNK. Manakala jumlah hutang keseluruhan dan defisit negara berjumlah RM417 bilion. Jumlah ini merangkumi hampir 14 tahun negara berada dalam keadaan defisit.

Pada 7 Oktober lalu pula Najib baru sahaja membentangkan belanjawan 2012 bernilai RM232.8 bilion dengan RM181.58 bilion (78 peratus) perbelanjaan mengurus dan RM51.25 bilion ( 22 peratus) untuk perbelanjaan pembangunan.

Perbelanjaan mengurus yang sebegitu tinggi membuktikan fokas kerajaan pimpinan Najib pada 2012 bukan lagi kepada pembangunan negara tetapi usaha untuk menyelamatkan Umno/BN dalam menghadapi PRU 13 nanti.

Manakala perbelanjaan pembangunan pula bertujuan akan di beri fokus kepada projek-projek kroni yang akan membantu BN menghadapi pilihan raya nanti. Inilah amalan yang diamalkan oleh BN selama ini.

Sementara itu, menurut Indeks Prestasi Rasuah (CPI) Malaysia meningkat dari tangga 56 kepada angka 60. Angka ini memperjelaskan bagaimana amalan rasuah semakin berkembang biak dalam kerajaan dan Umno.

Didalam Umno sendiri, Isu politik wang ketika pemilihan dalam Perhimpunan Agung Umno telah menjadi darah daging yang tidak mampu diselesai hingga saat ini.

Lantaran itulah juga Najib tidak sanggup untuk di adakan pemilihan dalam Umno hampir tiga tahun disebabkan takut berlaku perpecahan dan sogokan wang yang akan dijadikan modal PR dalam PRU-13 nanti.

Penyelewengan Wang Rakyat di Selangor

Baru-baru ini bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo didapati bersalah disebabkan amalan rasuah ekoran pembelian dua lot tanah di Shah Alam. Manakala bekas menteri Besar Selangor sebelum itu, Tan Seri Muhamad Taib juga didapati bersalah kerana membawa masuk berjuta wang tunai ke Australia beberapa tahun lalu.

Begitu juga dengan kes Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar sebagimana didedahkan oleh Laporan Ketua Audit negara berhubung kehilangan RM110 juta dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani yang diterajui beliau.

Ekoran itu petani dan pesawah di Selangor mengadakan tunjuk perasaan berhubung kehilangan dana yang di peruntukkan untuk subsidi peningkatan hasil petani di seluruh negara itu.

Sehubungan itu, Najib sekali lagi meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM117 juta lagi untuk Noh membayar kepada para pesawah selepas seminggu demontrasi tersebut berlangsung.

Persoalannya ke mana wang rakyat yang lesap dari kementerian Noh yang bernilai RM110 juta tersebut masih belum terjawab oleh beliau.

Ketika Sidang Dewan DUN Selangor November lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bagaimana syarikat milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman menjual tanah di Cyberjaya yang berstatus milik orang Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera.

Menurut Khalid, pendedahan terperinci berhubung kes pecah amanah melibatkan Satim akan didedahkan tidak lama lagi.

Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 25 Disember lalu bahawa “siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah”, membenarkan lagi bahawa rasuah dan sogokan melibatkan hampir kesemua pemimpin Umno di semua peringkat adalah suatu amalan yang telah lama berlaku.

Sokongan Rakyat

Dalam ucapan Setiausaha Agung PKR, ketika Kongres Tahunan ke-8 di Johor Bharu November lalu di Saifudin Nasution Ismail berkata berdasarkan bancian dalaman parti mendapati sokongan rakyat di Selangor amat memberangsangkan.

Katanya, dari bancian tersebut PR memerlukan lebih dari 809,000 undi untuk memperoleh dua pertiga kerusi Dun bagi menguasai kerajaan negeri. Manakala perolehan setakat November lalu mendapati sokongan rakyat terhadap PR melebihi 815,000 pengundi.

Berdasarkan pengalaman beberapa siri PRU lalu dan tindakan saat akhir yang dilakukan Umno/BN dalam pelbagai bentuk sogokan dan ugutan untuk meraih sokongan, PR memerlukan sekurang-kurang 15 peratus tambahan (lebih 100,000 undi) dari jumlah undi yang diperlukan bagi berada dalam keadaan selesa.

Pelbagai isu penyelewengan wang rakyat dan amalan rasuah dan sogokan politik seperti isu NFC dan rasuah membabitkan bekas Menteri Besar Selangor memberi impak yang besar terhadap penolakan rakyat terhadap Umno/BN.

Apatah lagi bagi pengundi di Selangor yang kebanyakkannya terdiri dari pengundi bandar dan separa bandar yang celik maklumat dan berpendidikan.

Bagi Najib dan Noh, sekiranya Selangor tidak dikembalikan pada Umno/BN semula dalam PRU akan datang bermakna Kerajaan Pusat sekarang akan kekal sebagai pembangkang.

Tanpa wang, rasuah dan sogokan telah lama Umno/BN berkubur. Ini disebabkan jentera BN hanya akan berfungsi apabila ada wang dan rasuah.

Apabila pusat jatuh ke tangan PR bererti BN akan ketiadaan sumber kewangannya. Dengan yuran tahunan keahlian Umno sebanyak RM2.00 setahun serta keahlian Umno berjumlah lebih kurang tiga juta apakah dengan RM6 juta tersebut mampu bagi parti tersebut beroperasi sebagimana sekarang.

Semua rakyat mungkin merasa hairan bagaimana kerajaan menggunakan wang berjuta ringgit untuk kepentingan Umno/BN di seluruh negara sebagaimana peruntukan RM2.71 bilion yang diberikan kepada Umno/BN Selangor.

Segala kehairanan ini setentunya akan terjawab apabila rakyat membuat keputusan meletakkan PR menerajui Putrajaya nanti.

Pakar: Usahawan Melayu Mudah Berniaga Di Selangor
Oleh : Mohd Ezli Mashut & Sheridan Mahavera

SHAH ALAM : Kajian seorang pakar ekonomi-politik Universiti Malaya (UM),Profesor Edmund Terence Gomez mendapati rata-rata usahawan Melayu di Selangor mengatakan lebih mudah untuk menjalankan perniagaan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (Pakatan) berbanding di era Barisan Nasional(BN).

Laporan itu menyebut, usahawan mengatakan kos operasi perniagaan di bawah Pakatan lebih rendah kerana tidak perlu membayar ‘komisen’ kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan lesen atau mendapat konsensi projek. Amalan sedemikian lazimnya berleluasa semasa pentadbiran BN.

Jelas Edmund lagi, situasi ini mencerminkan realiti persekitaran perniagaan negara di mana usahawan Melayu yang tulen dan berdaya saing sering diketepikan oleh dasar dan pentadbiran BN. Hanya usahawan yang mempunyai hubungan dengan pe-mimpin-pemimpin Umno mendapat faedah daripada dasar-dasar kerajaan.

“Akibatnya, golongan usahawan Melayu tulen terpaksa bersaing bukan sahaja dengan usahawan daripada komuniti lain, tetapi dengan golongan usahawan yang ada kaitan dengan Umno.

“Jadi di sini kita nampak PKR (Parti Keadilan Rakyat) mendapat sokongan daripada golongan ini kerana mereka disisihkan daripada mendapat akses kepada dasar, konsensi dan projek kerajaan,” kata Edmund Gomez.

Beliau berkata demikian di dalam satu sesi forum ekonomi bertajuk, Ekonomi Malaysia : Adakah Kita Berada di Halatuju Sebenar? di Shah Alam, baru-baru ini.

Edmund Gomez menerangkan, walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) mempunyai matlamat yang murni, iaitu untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan antara komuniti di Malaysia, ia tidak menepati sasaran.

“Semasa pemerintahannya, (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad membelanjakan berjuta-berjuta ringgit untuk membentuk kelas kapitalis Melayu.

“Namun pada hari ini, tiada satu pun perniagaan Melayu yang tersenarai sebagai sepuluh perniagaan terbesar di Malaysia,” katanya.

Persoalan sebenarnya sekarang, Edmund Gomez berkata, adalah bukan tentang jurang pendapatan antara komuniti. Ia adalah tentang jurang pendapatan dalam sesuatu komuniti itu sendiri.

“Kita tengok, walaupun di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), negeri-negeri yang masih mencatat kadar kemiskinan yang tinggi, seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah adalah negeri yang majoriti penduduknya Melayu,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif kumpulan pemikir, Research For Social Advancement (REFSA), Teh Chi Chang, mengakui kebenaran yang dikatakan Edmund Gomez.

Menurut beliau, bersandarkan kepada kajian yang dibuat Refsa berkenaan situasi di Pulau Pinang, di mana Presiden Persatuan Kontraktor Kelas-F, Tahir Jalaluddin Hussain memperakui bahawa ‘komisyen’ tidak perlu dibayar lagi di bawah kerajaan Pakatan.

Refsa dalam kajian bertajuk ‘Polisi Tender Terbuka Di Pulau Pinang Mewujudkan Kontraktor Melayu Yang Berkeupayaan’ menjelaskan amalan sistem tender terbuka yang dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang berjaya mewujudkan kelas usahawan Bumiputera yang berdaya saing, berupaya dan mampu berdiri di atas kaki sendiri serta tidak mengharapkan hubungan kroni dan politik serta amalan rasuah.

Kajian itu juga berkata, 70 peratus tender projek kelas F yang dikeluarkan Penang Deve-lopment Corporatian (PDC) dari Mac 2008 sehingga Ogos 2011 diperolehi oleh kontraktor bumiputera.

Refsa turut menjelaskan, sistem akses yang adil, peningkatan persaingan dan pemberian projek hanya kepada yang layak dan berkeupayaan, adalah faktor-fak-tor pemangkin dan penyumbang pertumbuhan ekonomi untuk merangsang kepada kejayaan pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang dan Malaysia.

“Tentunya kerajaan Pakatan Selangor mengamalkan dasar dan polisi yang sama seperti kerajaan Pulau Pinang dalam mengamalkan sistem tender terbuka dan ketelusan.

“Sepertimana kajian kami, Refsa setuju bahawa pentadbiran yang mengamalkan ketulusan akan merangsang pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Menurut Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, dasar ketelusan, kebertanggungjawaban dan sistem tender terbuka yang menjadi dasar di Selangor memang sangat diperlukan untuk persekitaran ekonomi dan perniagaan supaya lebih maju.

“Persekitaran yang kondusif untuk usahawan beroperasi adalah sangat diperlukan, dan perkara ini mampu meningkatkan kadar pelaburan asing apabila usahawan dan pelabur mempunyai keyakinan yang tinggi dengan sistem yang telus di Selangor.

“Ini secara tidak langsung mereka juga akan lebih yakin untuk terus mempertingkatkan pelaburan di negeri ini,” katanya.-Selangor Kini.

Akhbar Selangor Kini keluaran terbaru, Klik di sini.

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011: Transformasi atau Anti-tranformasi
Oleh : Dr Zulkifli Hasan

1.0	Pendahuluan

Komitmen kerajaan Barisan Nasional untuk memansuhkan tiga proklamasi darurat iaitu Proklamasi Darurat 1966, Proklamasi Darurat 1969 dan Proklamasi Darurat 1977 amatlah dialu-alukan. Ini seharusnya membuktikan komitmen kerajaan terhadap transformasi politik yang mampu menarik kembali sokongan rakyat. Semua pihak sama ada individu, institusi, badan-badan bukan kerajaan termasuk parti pembangkang perlu meraikan dan memuji langkah kerajaan ini.

Sementara teruja dengan inisiatif kerajaan di atas, melalui pemerhatian, penulis berpandangan bahawa transformasi yang sedang cuba dilaksanakan tidak bersifat menyeluruh, kabur, tidak jelas dan tidak konsisten.

Umpamanya, tatkala kerajaan telah mengumumkan ingin memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 pada 16 September yang lalu, 11 warganegara Malaysia di Sabah telah ditangkap di bawah undang-undang ini hanya selepas beberapa bulan pengumuman tersebut dibuat.

Ini secara jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak konsisten dengan agenda transformasi yang ingin dilaksanakan. Perkara yang sama juga berlaku pada aspirasi kerajaan pada seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) apabila kerajaan telah membuat keputusan untuk meneruskan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober lalu yang mengumumkan bahawa Seksyen 15 tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga dengan pengenalan undang-undang terbaru yang dibentangkan pada 22 November lalu iaitu Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat.

Walaupun Rang Undang-undang ini bermatlamat untuk membenarkan orang ramai berhimpun secara aman tetapi setelah diperhalusi isi kandungannya terdapat beberapa peruntukan yang memerlukan penilaian semula sebelum ianya boleh dilaksanakan ataupun diluluskan.

Berdasarkan perkembangan yang meragukan ini, penulis ingin mengambil kesempatan untuk membuat analisa ringkas Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ini dengan mengkhususkan perbincangan terhadap beberapa peruntukan yang menimbulkan banyak persoalan yang signifikan.

2.0	Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman ini mengandungi 27 seksyen yang dibahagikan kepada enam Bahagian iaitu Bab I: Permulaan, Bab II: Hak Untuk Berhimpun Secara Aman, Bab III: Tanggungjawab Penganjur, Peserta dan Polis, Bab IV: Kehendak Dalam Menganjurkan Perhimpunan, Bab V: Penguatkuasaan dan Bab VI: Pelbagai. Secara umumnya, undang-undang ini kelihatan menyediakan peruntukan yang boleh diterima bagi memastikan setiap perhimpunan yang diadakan mengutamakan keamanan dan ketenteraman awam. Namun begitu, setelah diperhalusi terdapat beberapa peruntukan yang menimbulkan banyak persoalan dan membuka ruang yang amat besar kepada pihak tertentu untuk memanipulasikannya.

2.1	Tiada Wacana Awam

Di antara faktor kelemahan Rang Undang-undang ini ialah tiadanya wacana awam untuk membincangkan peruntukan yang terkandung dalamnya. Seharusnya kerajaan menganjurkan sesi perbincangan dengan masyarakat umum atau wakil badan-badan berkaitan sebelum meneruskan penggubalan undang-undang ini dan seterusnya dibacakan di Parlimen untuk kelulusan. Kegagalan untuk meninjau dan membuat kajian terhadap ruang lingkup dan pendekatan yang ada di dalam undang-undang ini sedikit sebanyak menjelaskan bahawa ianya tidak mendapat mandat yang sewajarnya dari masyarakat umum bahkan menidakkan pandangan dan pendapat mereka terhadap sesuatu undan-undang yang bakal dilaksanakan.

2.2	Terlalu Banyak Sekatan dan Syarat

Seksyen 9 memperuntukkan bahawa penganjur perhimpunan mesti membuat permohonan dalam tempoh 30 hari sebelum perhimpunan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan didenda tidak melebihi RM10,000. Kekurangrelevanan peruntukan ini kemudiannya dipersetujui YAB Perdana Menteri yang mana kemudiannya menyatakan tempoh 30 hari ini dikurangkan kepada 10 hari. Peruntukan ini perlu diperhalusi dan disemak semula. Ini memandangkan tempoh 30 atau 10 hari ini agak lama dan kadangkala tidak relevan. Bayangkan sekiranya isu yang ingin diketengahkan dalam perhimpunan tersebut merupakan respons yang perlu diberikan serta merta seperti isu keganasan Israel, maka seksyen ini bakal menimbulkan permasalahan. Ini memandangkan pihak berkuasa mempunyai kuasa penuh untuk menentukan sama ada perhimpunan boleh diadakan atau sebaliknya.

Walaupun peruntukan ini membolehkan pihak berkuasa untuk memberikan kebenaran berhimpun kurang dari 10 hari, ianya juga menimbulkan keraguan. Ini kerana pihak polis memerlukan masa untuk mengadakan rundingan dengan komuniti di kawasan tersebut. Ini juga tidak jelas dari aspek rundingan yang bagaimana, siapakah yang dirundingkan, adakah kesemua penduduk akan dilibatkan atau sebahagian dan berapa lamakah rundingan tersebut? Hal ini bukan sahaja boleh dipersoalkan bahkan menimbulkan keraguan dari aspek perlaksanaan. Malahan membuka ruang yang lebih luas untuk ianya dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Disamping itu, jika dirujuk kepada syarat-syarat dan prosedur untuk mengadakan perhimpunan, terlalu banyak perkara yang perlu dipatuhi bahkan melibatkan ramai pihak yang akan melambatkan proses permohonan dan seterusnya membantutkan sebarang usaha untuk berhimpun. Keperluan menampal notis, memaklumkan orang mempunyai kepentingan, perjumpaan dengan penganjur, rundingan dan sebagainya di antara perkara-perkara yang dimaksudkan.

2.3	Kuasa Budi Bicara Pihak Berkuasa

Rang Undang-undang ini memberikan kuasa budi bicara yang amat luas kepada pihak berkuasa. Ini membuka ruang yang besar dan sangat berpotensi untuk ianya dimanipulasikan. Sebagai contoh, seksyen 15 memberikan kuasa penuh kepada pihak berkuasa untuk mengenakan sekatan dan syarat ke atas sesuatu perhimpunan dan barangsiapa yang gagal untuk mematuhinya boleh dikenakan denda sehingga RM10,000. Sekiranya ini berlaku, mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan bukan sahaja boleh dinafikan hak mereka untuk berbuat demikian bahkan boleh dikenakan denda sekiranya gagal mematuhi syarat dan sekatan yang dikenakan.

Begitu juga dengan peruntukan yang lain di mana pendekatan yang terkandung dalam undang-undang ini memberikan kuasa yang luas kepada pihak polis sedangkan sepatut ianya menganjurkan model kerjasama pihak penganjur dan pihak berkuasa untuk berbincang dan memperoleh kata sepakat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perhimpunan. Ciri-ciri yang ada pada beberapa undang-undang terdahulu seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang memberikan kuasa penuh pihak polis masih lagi ingin diperkenalkan. Ini sedikit sebanyak menunjukkan kegagalan untuk menterjemahkan aspirasi kerajaan bagi melaksanakan transformasi pada undang-undang yang ingin diperkenalkan. Seharusnya peruntukan undang-undang yang ada lebih memberikan penekanan dari aspek pendekatan yang lebih bersifat kerjasama untuk memastikan perhimpunan yang bakal diadakan berlaku dalam situasi yang aman damai. Perkara ini bersesuaian dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan ini termasuk hak untuk berhimpun secara aman.

2.4	Rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri

Rang Undang-undang ini bukan sahaja memberikan kuasa yang luas kepada pihak berkuasa bahkan ianya juga tidak mempunyai peruntukan yang jelas dan relevan mengenai rayuan terhadap sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak polis. Sudahlah sekatan dan syarat ini budi bicara mutlak pihak polis, pihak penganjur juga hanya boleh merayu atau berunding untuk mengurangkan atau menggugurkannya kepada Kementerian Dalam Negeri. Ini menimbulkan persoalan daripada aspek ketelusan, kesesuaian dan kerelevanannya. Seperti yang difahami, pihak polis beroperasi dan menjalankan tugas di bawah pemantauan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahkan terikat dengan arahan KDN. Dalam konteks sudah tentu rayuan kepada KDN berkenaan dengan sekatan dan syarat dikenakan adalah tidak sesuai dan meragukan.

Memberikan hak untuk merayu terhadap sesuatu keputusan yang dibuat merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian. Sewajarnya pihak penganjur diberikan peluang untuk merayu terhadap apa-apa sekatan dan syarat yang dikenakan untuk tujuan perhimpunan aman terhadap institusi yang lain yang lebih sesuai dan kredibel. Aspek ini membuktikan bahawa Rang Undang-undang ini mempunyai pelbagai kelemahan dari aspek teknikal dan juga substantifnya.

2.5	Kekaburan Undang-undang

Terdapat pelbagai kekaburan undang-undang yang terkandung dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman ini. Umpamanya, tidak terdapat sebarang perbezaan yang jelas mengenai takrifan “perhimpunan” sama ada ianya merujuk kepada sebarang perarakan atau mana-mana protes jalanan atau piket atau demonstrasi. Rang Undang-undang ini juga tidak menjelaskan sama ada bukan warganegara Malaysia juga diberikan hak untuk berhimpun secara aman.

Peruntukan seksyen 19 juga adalah tidak jelas di mana merujuk penganjur sebagai seseorang yang menggalakkan, menaja, mengadakan atau menyelia perhimpunan, atau menjemput atau merekrut peserta atau penceramah bagi perhimpunan. Ini bermakna penganjur perhimpunan merangkumi definisi yang amat luas dan ini termasuk sesiapa sahaja yang terlibat. Terminologi ’merekrut’ juga tidak mempunyai sebarang pendefinisian yang jelas menimbulkan lagi kekaburan dan kekeliruan.

2.6	Penggunaan Kekerasan Dibenarkan

Agak mengejutkan apabila merujuk kepada seksyen 21 yang membenarkan pihak polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan. Walaupun peruntukan ini merujuk kepada “kekerasan yang munasabah”, kebenaran untuk membolehkan pihak polis menggunakan kekerasan tanpa ada apa-apa definisi dan skop bakal membuka ruang yang luas untuk ianya digunakan sewenang-wenangnya. Bukan itu sahaja, denda yang dikenakan kepada mana-mana pihak yang gagal untuk mematuhi seksyen ini ialah denda tidak melebihi RM20,000.

Peruntukan seumpama seksyen 21 ini yang memberikan kuasa ekslusif kepada pihak polis untuk menggunakan kekerasan bagi menyuraikan perhimpunan dan denda yang tinggi kepada sesiapa yang gagal mematuhinya membuktikan bahawa terdapat ketidakadilan dan ketidakrelevanan sebahagian besar ruang lingkup dan pendekatan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ini. Aspek ini sewajarnya diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan selaras dengan hasrat transformasi yang ingin dilaksanakan.

2.7	Akses Munasabah Kepada Media

Di antara aspek yang juga boleh dipertikaikan ialah peruntukan mengenai akses kepada media. Seksyen 24 memperuntukkan bahawa mana-mana wakil media hanya boleh mempunyai akses yang munasabah kepada tempat perhimpunan dan menggunakan apa-apa kelengkapan untuk membuat laporan tentang perhimpunan itu. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘akses munasabah’ ini? Pihak manakah yang menentukan kemunasabahan akses ini?. Apakah sekatan-sekatan yang boleh dikenakan kepada media untuk menentukan kemunasabahan akses tersebut?

Peruntukan ini secara umumnya boleh menyekat media untuk mendapatkan maklumat secara adil dan bebas terhadap perhimpunan yang diadakan dan seterusnya boleh menafikan kebebasan media serta menidakkan laporan sebenar yang berlaku. Walaupun kebebasan media tidak boleh diberikan secara mutlak, tetapi menidakkan kebenaran dan fakta yang tepat melalui peruntukan sedemikian rupa umpama menafikan hak rakyat atau masyarakat untuk mengetahui kebenaran dan apa yang sebenarnya berlaku. Media perlu diberikan akses yang sewajarnya dan masyarakatlah yang perlu berperanan untuk mengadili sebarang laporan yang tertera di media massa.

3.0	Kesimpulan

Hasrat kerajaan untuk melakukan transformasi yang menyeluruh dalam sistem pentadbiran termasuk perundangan adalah sesuatu yang sewajarnya diraikan. Keputusan untuk memansuhkan beberapa undang-undang yang tidak lagi sesuai dilaksanakan menunjukkan sedikit sebanyak komitmen kerajaan untuk merealisasikan transformasi ini.

Namun begitu, setelah meneliti dan membuat pemerhatian terhadap beberapa keputusan dan tindakan kerajaan akhir-akhir ini, polisi dan pendekatan transformasi ini menimbulkan pelbagai keraguan.

Di antara keraguan yang dizahirkan merujuk kepada pengenalan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang telah dibentangkan di Parlimen November lalu. Setelah diteliti, Rang Undang-undang ini mempunyai pelbagai kelemahan dan terdapat beberapa persoalan signifikan yang perlu diberikan perhatian.

Penulis telah menggariskan beberapa aspek penting yang menimbulkan seribu persoalan dan ini termasuk tiada wacana awam, pelbagai sekatan dan syarat, kuasa budi bicara pihak polis, kuasa Kementerian Dalam Negeri, Kekaburan undang-undang, penggunaan kekerasan dan akses munasabah kepada media. Senarai ini tidak berhenti setakat ini sahaja. Masih terdapat banyak lagi persoalan dan keraguan yang timbul mengenai undang-undang ini. Rang Undang-undang ini juga sebenarnya boleh menidakkan hak umum berhimpun dan menyatakan pendirian mereka terhadap sesuatu isu yang relevan dan signifikan.

Oleh kerana ianya mempunyai lebih banyak kelemahan berbanding kelebihan dan kekaburan dari aspek ruang lingkup undang-undang serta memberikan kuasa budi bicara yang amat luas kepada pihak berkuasa, penulis cenderung untuk menolak Rang Undang-undang ini melainkan dianjurkan terlebih dahulu secara menyeluruh wacana awam untuk meneliti dan memperkemaskan lagi isi kandungan dan pendekatannya.

Penstrukturan Air: Sokong Selangor Untuk Tarif Lebih Rendah
Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor. Sejak itu, syarikat konsesi telah merugikan ratusan juta duit rakyat. Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat mahu mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat.

Pelan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)

Tahun

Kenaikkan Tarif

2009

37%

2012

25%

2015

20%

Pelan Kerajaan Selangor:

Tahun

Kenaikkan Tarif

2009

12%

2012

12%

2015

12%

Apakah pelan Selangor?

Kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat berhasrat membeli balik konsesi air demi menjamin hak rakyat untuk mendapat air yang mencukupi pada harga yang berpatutan.

Aset awam seperti air harus dikendalikan oleh kerajaan yang berjiwa rakyat, bukan Syarikat yang hanya pentingkan keuntungan.

Empat syarikat swasta air akan dibeli balik dan diletak dalam satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal. Ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tarif air kerana tiada isu “kos pemindahan”.

Rundingan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor telah dibuat semenjak 2008 lagi.  Sebagai keutamaan untuk memuktamadkan penstrukturan semula ini, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menitik beratkan faktor kepentingan pengguna dan nilai fair market value yang akan ditawarkan kepada Syarikat Konsesi Air supaya hasil dari penstrukturan itu kelak tidak membebankan pengguna dan tidak merugikan mana-mana pihak.

Bagi merealisasikan cadangan penstrukturan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan tawaran bagi mengambil alih Syarikat Konsesi Air sebanyak tiga (3) kali.

Tawaran Kerajaan Negeri Selangor adalah berasaskan formula munasabah untuk pampasan syarikat swasta sebanyak 12% kepada suntikan modal mereka. Kadar pulangan lebih tinggi daripada 12% adalah tidak berpatutan dan tidak munasabah kerana ia akan menyebabkan Kerajaan Negeri memperkenalkan tariff penampungan kos.

GROSS(RM)

Tawaran (1)

13.02. 2009

Tawaran (2)

25. 06.2009

Tawaran (3)

06 .01.2011

ABASS

RM525j

RM946j

RM402j

SPLASH

RM2.064b

RM2.975b

RM2.772b

PUNCAK

RM1.608b

RM1.936b

RM2.040b

SYABAS

RM1.512b

RM3.361b

RM4.013b

TOTAL

RM5.709b

RM9.218b

RM9.227b

Syarikat Konsesi Air telah menolak tawaran yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri atas alasan bahawa nilai yang ditawarkan itu adalah rendah dan tidak cukup untuk menampung obligasi hutang Pemegang Konsesi.

Lanjutan dari penolakan oleh Pemegang Konsesi terhadap nilai yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan masalah pembayaran balik hutang-hutang air kepada Pemegang Bon, Kerajaan Persekutuan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah melaksanakan pengambil alihan bon-bon air dari Pemegang Bon bagi mengatasi masalah kekangan kewangan yang dihadapi oleh Syarikat Konsesi Air sebagai penyelesaian jangka pendek.

Kerajaan Negeri Selangor telah memaklumkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) bahawa konsep industri perkhidmatan air yang holistik  mempunyai banyak kebaikan jika dibandingkan dengan keadaan perkhidmatan sedia ada.

KTTHA melalui surat Y.B. Menteri bertarikh 12 Oktober 2011 telah menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak menghalang Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan penstrukturan secara holistik dengan syarat pengambilaihan syarikat-syarikat konsesi air hendaklah dibuat secara “willing buyer willing seller” dan menghormati perjanjian-perjanjian konsesi yang masih sah dan berkuat kuasa.

Kerajaan Persekutuan berpendirian bahawa syarat-syarat yang dikemukakan hanya akan dapat dipenuhi sekiranya Kerajaan Negeri Selangor memberikan persetujuan tanpa syarat terhadap dua perkara berikut:-

memberikan semua kelulusan yang diperlukan untuk membolehkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dilaksanakan mengikut perancangan; dan

meluluskan pelarasan tarif air bagi Negeri Selangor berdasarkan perakuan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) (bermaksud membenarkan kenaikan tarif air oleh SYABAS)

Kerajaan Negeri Selangor berpendirian bahawa Projek Loji Rawatan Air Langat 2 boleh dipersetujui pelaksanaannya jika penstrukturan semula air Negeri Selangor dimuktamadkan sebagai penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan air yang tidak cekap dan kos operasi yang membebankan rakyat.

Setakat ini, masih belum ada sebarang persetujuan yang dicapai antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam memuktamadkan penstrukturan semula air di Negeri Selangor.

Justeru itu, belum ada sebarang perundingan dibuat dengan mana-mana Syarikat Konsesi Air.  SYABAS atau mana-mana Syarikat Konsesi Air belum lagi menyatakan jumlah tuntutan dalam mempertahankan syarikat tersebut dari diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Rakyat Selangor dan Lembah Klang perlu menyokong usaha Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih dan menyusun semula indutsri perkhidmatan dan pembekalan air dari syarikat konsesi untuk menjamin tarif air lebih rendah, perkhidmatan lebih berkualiti dan cekap.

Biarpun pelbagai halangan yang dikenakan terhadap usaha ini, Kerajaan Negeri Selangor akan terus memperjuangkan hak rakyat untuk mendapat perkhidmatan air yang bermutu pada harga berpatutan bukan menguntungkan syarikat kroni, yang berlaku ketika ini.

Sehingga pengambilalihan ini selesai, pemberian air percuma bagi 20 meter padu setiap bulan diteruskan kepada rakyat Selangor termasuk penghuni rumah bertingkat menerusi pemberian kupon air percuma.

Sejak 2008 sehingga September 2011, Kerajaan Negeri telah membelanjakan lebih RM500 juta untuk mempemberian air percuma ini dan setiap tahun hampir 1.2 juta pengguna menikmati faedah ini.

UCAPAN PENGGULUNGAN Y.B. ISKANDAR ABDUL SAMAD
PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Kerajaan Negeri menyedari akan masalah cukai pintu atau cukai tanah yang tertunggak yang ditanggung oleh pemaju penyelamat.

Sememangnya rundingan dilakukan di antara mereka dan Pihak Berkuasa Tempatan atau Pentadbir Tanah Daerah.

Rundingan adalah sama ada untuk pengurangan atau pembayaran secara ansuran.

Sekiranya jumlahnya besar, pemaju penyelamat boleh membayar sebahagian dahulu dan melunaskan secara berjadual setelah projek itu dimulakan.

Ini penting kerana bagi projek-projek yang memerlukan kelulusan semula kerana menurut peraturan permohonan tidak boleh dilakukan sehingga segala cukai-cukai tertunggak dilunaskan.

Oleh itu, polisi ini membantu mempercepatkan pemulihan projek-projek terbengkalai.

Terdapat ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan keperluan kelulusan untuk projek-projek terbengkalai dipercepatkan.

Ini memang dilakukan melalui Jawatankuasa Projek Perumahan Terbengkalai (JPPT). JPPT ini berfungsi sebagai ‘One Stop Centre’ dan telah menggantikan Task Force Projek Perumahan Terbengkalai.

Jabatan-jabatan dan agensi Projek Terbengkalai agensi yang berkaitan akan menghadiri mesyuarat JPPT.

Isu-isu dan masalah-masalah yang membabitkan Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan, Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah, SYABAS, TNB, IWK, dan pihak-pihak lain yang akan dibincang dan diselesaikan pada mesyuarat JPPT.

Buat masa ini terdapat 12 projek di bawah JPPT yang melibatkan hampir 4,000 unit rumah dan kedai.

Kesemua projek-projek ini telah mempunyai pemaju penyelamat atau pelikuidisi.

Ahli-ahli Yang Berhormat juga ada membangkitkan kos untuk memulihkan kesemua projek-projek terbengkalai.

Hampir semua  projek terbengkalai mengalami defisit. Iaitu baki pembiayaan tidak dapat menampung kos untuk menyiapkan projek.

Kerajaan Negeri tidak ada jumlah yang tepat bagi keseluruhan baki projek-projek terbengkalai.

Tetapi kajian telah dilakukan ke atas 10 projek yang berpotensi untuk dimajukan dan jumlah suntikan diperlukan adalah sebanyak RM 107.2 juta.

Secara keseluruhan, strateginya adalah supaya projek itu dapat membiayai dirinya sendiri.

Ianya sama ada :

1.         Membenarkan pemaju menukar sebahagian dari pembangunan kepada kos yang lebih tinggi untuk membiayai pemulihan.

2.         Membenarkan pemaju menjual unit-unit yang tidak terjual dengan harga yang lebih tinggi

3.         Memerlukan ‘top up’ atau tambahan pembayaran oleh pembeli.

Walaubagaimanapun saya akan membentangkan satu kertas kepada mesyuarat untuk Kerajaan Negeri membantu atau menyuntik dana bagi kes-kes yang paling memerlukan.

Iaitu bagi projek-projek yang melibatkan mereka berpendapatan rendah.

Selain dari projek-projek yang dibincangjan di  dalam JPPT, terdapat 28 projek-projek kecil yang merangkumi 772 unit kediaman yang berjaya dibantu untuk dipulihkan. Pecahan-pecahannya adalah seperti berikut :

1.      Majlis Perbandaran Klang – 8 projek

2.      Majlis Daerah Kuala Langat – 10 projek

3.      Majlis Bandaraya Shah Alam – 1 projek  AIR PERCUMA UNTUK RUMAH KOS RENDAH

Air percuma untuk penduduk pangsapuri kos rendah juga telah dibangkitkan.

Pada asalnya kesemua penduduk pangsapuri yang menggunakan meter pukal tidak mendapat air percuma.

Migrasi terpaksa dilakukan kepada meter individu.

Kerajaaan Negeri telah mengadakan beberapa siri rundingan dengan pihak SYABAS untuk menyegerakan proses migrasi ini.

Pihak SYABAS setelah berunding dengan Kerajaan Negeri telah melonggarkan syarat-syarat migrasi.

Tetapi ini masih belum cukup untuk mempercepatkan proses migrasi.

Oleh itu untuk memastikan rakyat di Pangsapuri Kos Rendah mendapat air percuma, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan sistem kupon air percuma.

116 kawasan atau merangkumi 38,746 unit kediaman telah mendapat air percuma menerusi system kupon.

Oleh itu untuk memastikan lebih ramai dan lebih cepat mendapat air percuma, kaedah baru iaitu pemotongan atau diskaun pada bil di meter pukal akan diberikan.

Diskaun ini akan diagihkan kepada setiap kediaman di pangsapuri itu. Pihak pengurusan mesti member potongan kepada setiap bil-bil individu yang dikeluarkan.

Adalah dijangkakan kesemua pangsapuri kos rendah akan menikmati air percuma melalui skim ini sebelum 31 Januari 2012.

PERUMAHAN UNTUK GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH

Ingin saya tegaskan di sini bahawa walaupun Kerajaan Negeri telah melancarkan program Rumah Mampu Milik namun  Kerajaan Negeri tidak akan membatalkan polisi membina Rumah Kos Rendah.

Kerajaan Negeri akan mengekalkan polisi 20:20:10 dan 20:10:10 iaitu setiap pemaju yang membangunkan  kawasan lebih dari 10 ekar perlu membina 20 peratus Rumah Kos Rendah.

Kerajaan Negeri mengakui terdapat mereka yang tidak akan mampu membeli Rumah Mampu Milik yang bernilai RM80,000 hingga RM100,000. Rumah Mampu Milik adalah untuk mereka berpendapatan di antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.

Rumah Kos Rendah yang berharga RM42,000 masih perlu dibina untuk mereka berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.

Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri akan menyesuaikan polisi 20:20:10 dan 20:10:10 menurut daerah-daerah.

Contohnya peratusan Rumah Kos Rendah yang akan dibina mestilah disesuaikan menurutkan keperluan dan permintaan.

Kita tidak mahu mengulangi kesilapan Kerajaan Negeri yang lepas yang telah membina Rumah-Rumah Kos Rendah yang tiada siapa yang mahu membeli.

Di kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor sahaja terdapat, 2,167 Rumah Kos Rendah yang masih kosong.

Kerajaan Negeri telah melantik Unit Perunding Universiti Malaya untuk melakukan kajian dan akan tamat pada akhir tahun ini.

Kajian ini juga akan mengenalpasti harga-harga bagi pelbagai jenis rumah menurut kemampuan rakyat.

RUMAH MAMPU MILIK : GANDINGAN KERAJAAN NEGERI DAN SWASTA.

Walaupun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina sehingga 10,000 unit Rumah Mampu Milik namun untuk membina Rumah Mampu Milik yang secukupnya, perlu ada penglibatan pemaju-pemaju swasta.

Pemaju-pemaju swasta boleh memohon untuk membina Rumah Mampu Milik di daerah-daerah yang tidak ada permintaan untuk Rumah Kos Rendah.

Setakat ini terdapat 2 projek oleh satu pemaju sepertimana berikut :

1.       Sg. Long 800 kaki persegi dengan harga RM72,000 – 136 unit – 50 peratus siap.

2.       Seksyen U10, Shah Alam 850 kaki persegi dengan harga RM89,000 – 536 unit – Akan dibentangkan untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri juga sedang menerima permohonan dari pemaju-pemaju lain.

Iskandar bin Abdul Samad

EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan

Negeri Selangor Darul Ehsan

15 November 2011

BELANJAWAN 2012 SELANGOR DARUL EHSAN
Ucapan pembentangan

BELANJAWAN 2012 SELANGOR DARUL EHSAN

‘SELANGORKU: HASIL NEGERI UNTUK RAKYAT’

Oleh

Y.A.B. TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Pada

MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEEMPAT

DEWAN NEGERI SELANGOR KE-12 TAHUN 2011

Tempat

DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR

BANGUNAN ANNEX SHAH ALAM

Hari dan Tarikh

RABU, 09 NOVEMBER 2011

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Segala puji bagi ALLAH Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam, keluarga serta sahabat-nya.

Sidang Dewan yang dihormati,

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

1)      Sempena hari berbahagia ini, saya mohon mencadangkan agar Rang Undang-Undang bertajuk “Suatu Enakmen bagi penggunaan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi tahun 2012, dan peruntukan wang itu bagi perkhidmatan pada tahun tersebut” dibacakan untuk kali kedua. Terima kasih.

2)      Alhamdulillah, marilah kita mengucapkan syukur kepada ALLAH Subhanahu Wata’ala kerana diizinkan-Nya untuk bersama hadir di dewan yang mulia ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua Ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu serta Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada Ahli Yang Berhormat dan seluruh umat beragama Islam. Bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, saya ingin membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 dan tema pada tahun ini adalah “Selangorku: Hasil Negeri untuk Rakyat”.

3)      Pada Mac tahun hadapan genaplah empat tahun dan bermula tahun kelima pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Dalam tempoh itu, saya percaya banyak perkara telah dilalui. Ambillah kebaikan sebagai pendorong kekuatan kita untuk mempertahankan kemuliaan insan dan menjadikan kehidupan yang ada semakin baik berbanding sebelumnya. Jadikanlah kelemahan sebagai satu peringatan bahawa kita memerlukan penambahbaikan berprinsip, bertanggungjawab serta bernas untuk membolehkan agenda reformasi berjalan dengan baik khususnya di negeri Selangor.

4)      Baru-baru ini Ketua Audit Negara telah membentangkan Laporan Audit Negara 2010. Kerajaan Negeri Selangor ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas usaha gigih yang telah dilakukan. Sebarang teguran dan cadangan pembaikan yang dikemukakan sedang dilihat dan akan diambil tindakan sewajarnya.

5)      Dari Laporan Audit tersebut, saya yakin rakyat boleh menilai keutamaan yang diberikan Kerajaan Negeri Selangor.  Menggunakan hasil negeri untuk rakyat tentulah jauh lebih baik daripada korupsi dan pemberian projek yang hanya menguntungkan segelintir pihak.

Laporan juga menyerlahkan ketirisan tidak kurang dari 30% dari keseluruhan peruntukan Bajet Persekutuan dan telah berlaku dalam pelbagai bentuk. Ia seolah-olah Laporan Audit 2009 tidak langsung diambil iktibar oleh kementerian, jabatan dan agensi-agensi berkenaan. Lebih malang lagi apabila laporan turut melaporkan terdapat pengkhianatan terhadap golongan yang paling memerlukan seperti para petani, nelayan dan penternak.

6)      Sejak 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha agar reformasi pentadbiran, perniagaan dan pembangunan dapat dijalankan. Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat tidak bergerak dalam ruang vakum, sebaliknya perlu bergerak dengan apa yang ditinggalkan oleh pentadbiran terdahulu.

7)      Di peringkat awal, pentadbiran baharu ini dikejutkan oleh data kewangan bilamana peruntukan untuk wakil rakyat telah habis digunakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-12. Ini bermaksud peruntukan bagi tahun 2008 itu telah dihabiskan sebelum bulan Mac 2008. Namun kita lalui saat getir tersebut dengan selamba dan akhirnya kita berjaya tanpa sebarang prejudis terhadap kepentingan rakyat.

8)      Pentadbiran baharu juga mendapati banyak perkara lain yang memerlukan reformasi dan ini diambil sebagai cabaran. Ini telah dilakukan melalui sasaran dua objektif penting iaitu menjadikan badan kerajaan sebagai institusi yang berintegriti tinggi dan pengukuhan struktur kewangan negeri. Dua objektif ini tentulah mudah disebut tetapi secara realitinya memerlukan iltizam politik (political will) untuk melaksanakannya dan kesabaran sebelum mendatangkan hasil. Sesungguhnya kegemilangan sebuah tamadun  tidak dibina dalam sehari dua, sebaliknya boleh runtuh dengan sekelip mata jika tanggungjawab dan amanah diabai dan dikhianati.

Sidang dewan yang dimuliakan,

9)      Sebelum membentangkan Belanjawan 2012 ini, eloklah  dijelaskan di sini tentang dua objektif yang dinyatakan tadi. Dalam hal menjadikan pentadbiran kerajaan sebagai sebuah institusi berintegriti tinggi, beberapa pendekatan telah diambil misalnya dengan penggubalan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOIA) dan pengenalan tender terbuka untuk persaingan sihat dalam perniagaan.

10)    Berkaitan pengukuhan infrastruktur kewangan pula, kita boleh merujuk kepada Laporan Audit Negara 2010 yang telah merumuskan kedudukan kewangan negeri Selangor sebagai memuaskan. Baki Kumpulan Wang Disatukan pada tarikh 31 Disember 2010 mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Akaun Hasil Disatukan telah mencatatkan lebihan pada tahun 2010 dan prestasi pembayaran hutang awam adalah sangat baik.

11)    Saya ingin mengumumkan di Dewan yang mulia ini  bahawa Simpanan Tunai Selangor telah mencecah RM1,212 ( Satu Ribu Dua Ratus Dua Belas ) juta. Jumlah ini merupakan simpanan tertinggi yang pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu. Daripada jumlah ini, RM946.65 juta dalam bentuk simpanan cair (liquid reserve) dan selebihnya dalam bentuk simpanan amanah (trust reserve).

(Lampiran 1 – Laporan Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri Selangor seperti pada 30 September 2011 dibekalkan kepada Sidang Dewan).

12)    Ada pihak yang cuba memperlekeh kejayaan ini dengan menyatakan bahawa kononnya jumlah tunai yang banyak ini tidak semestinya baik kerana dalam ekonomi, “adalah lebih baik simpanan ini digunakan untuk mendorong kesan berganda (multiply effects)”.

13)    Sukacita saya jelaskan bahawa Simpanan Tunai yang tinggi ini adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pelabur dalam dan luar negeri, juga kepada bank-bank dan para kontraktor akan keupayaan kerajaan negeri mentadbir dan membuat pembayaran. Simpanan tunai yang selesa juga akan membolehkan Negeri Selangor menghadapi sebarang risiko serta situasi tidak menentu (volatility). Apatah lagi bajet Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan pelan tindakan bagi menghadapi kemuncupan ekonomi dunia.

14)    Apa yang lebih penting pada saya ialah pencapaian ini berjaya direalisasikan melalui pengurusan kewangan yang baik seperti tertera dalam Laporan Audit Negara 2010. Pada masa yang sama kita dapat meneruskan pelbagai program pembangunan dan kebajikan rakyat. Ini terbukti apabila sejumlah lebih RM500 juta hasil negeri telah diterjemahkan kepada pelbagai jenis program kebajikan di bawah Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak Mac 2008.

(Lampiran 2 – Laporan Ringkas Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor).

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan seluruh Ahli Dewan yang dimuliakan,

EKONOMI GLOBAL, SERANTAU DAN MALAYSIA

15)    Ekonomi global mulai tumbuh pada kadar sederhana dan perlahan pada suku kedua tahun ini. Ini ditandai oleh ketidakstabilan ekonomi di peringkat serantau, tekanan kewangan dan isu pengangguran. Selain itu, bencana alam seperti Tsunami dan gempa bumi turut mempengaruhi aktiviti perdagangan. Isu hutang negara Amerika Syarikat dan Eropah mempengaruhi dana yang boleh dilaburkan di luar negara kerana para pelabur lebih cenderung membuat pelaburan di dalam negara. Ini bermaksud dana untuk pembangunan akan berkurangan.

16)    Namun, prospek ekonomi global Bank Dunia menjelaskan bahawa secara umumnya krisis ekonomi global tidak lagi menjadi daya utama yang menentukan corak aktiviti ekonomi di negara-negara membangun. Prospek ini sekaligus memberi maksud pertumbuhan ekonomi setempat kini terletak kepada faktor sektoral dan produktiviti di setiap negara.

17)    Untuk tahun 2011 ini, Institut Penyelididikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada pada kadar 4.6 peratus. Unjuran ini dijelaskan berikutan tinjauan suku ketiga yang menunjukkan kesan perkembangan ekonomi global kepada pertumbuhan eksport di Malaysia.

18)    Sehingga suku kedua 2011, sektor pembuatan tumbuh pada kadar 2.1% dan ia didorong oleh industri domestik. Sektor ini telah menerima kesan ketara akibat bencana alam.

19)    Sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan terus menjadi penyumbang utama kepada KDNK negara dengan sumbangan sebanyak 58.4% sehingga suku kedua 2011. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1% berbanding tahun sebelumnya dan ia dijangka tidak terjejas dengan persekitaran ekonomi yang tidak menentu. Subsektor perniagaan dan hartanah, kewangan dan insurans, perniagaan borong dan runcit serta komunikasi dan perhubungan menunjukkan peningkatan dan kestabilan.

20)    Sektor pertanian pula tumbuh sebanyak 6.9% sehingga suku kedua tahun ini. Pencapaian ini didorong oleh subsektor kelapa sawit dan getah yang menerima permintaan tinggi di pasaran global. Pertumbuhan subsektor kelapa sawit yang mencecah 22.3% disumbangkan oleh hasil tinggi kualiti minyak daripada pengekstrakan buah kelapa sawit yang segar. Faktor hujan dan banjir di Thailand juga turut mengalih permintaan daripada negara itu kepada negara kita.

PERTUMBUHAN SELANGOR

21)    Selangor adalah penyumbang utama kepada petunjuk ekonomi negara. Sejak tahun 2008 hasil negeri terus cuba ditambah dan Selangor telah menyumbang lebih dari 20% dari keseluruhan jumlah pelaburan dalam negara. Sehingga suku kedua tahun ini, KDNK negeri tumbuh pada kadar 5.0%.

SEKTOR UTAMA

22)    Sektor Utama Pertanian diunjurkan tumbuh sebanyak 5.2% untuk tahun 2011 didorong oleh peningkatan subsektor Tanaman Kelapa Sawit, Perikanan, Agro Pertanian dan juga  Ternakan. Pengeluaran minyak kelapa sawit bagi negeri Selangor pada suku kedua juga meningkat sebanyak 18.7% berbanding suku sebelumnya kerana pertambahan permintaan domestik dan luaran.

23)    Sektor Utama Perlombongan didorong oleh Subsektor Kuari yang diunjurkan mengalami peningkatan minimum 0.1% bagi tahun 2011 berbanding tahun 2010 berikutan peningkatan dalam Sektor Pembinaan.

SEKTOR PERINDUSTRIAN

24)    Subsektor Pembinaan diunjurkan tumbuh secara positif pada kadar 4.8% bagi tahun 2011. Ini berdasarkan perancangan pembinaan perumahan, rekreasi, bangunan komersil dan juga kerja-kerja baik pulih.

25)    Sektor Pembuatan yang diunjurkan meningkat sebanyak 0.5%, daripada 32.4% kepada 32.9%, sekaligus membentuk sumbangan sektor Perindustrian kepada KDNK negeri Selangor sebanyak 37.7%.

SEKTOR PERKHIDMATAN

26)    Sektor perkhidmatan terus menjadi penyumbang utama kepada KDNK negeri Selangor iaitu sebanyak 57.4%. Nilai ditambah terbanyak disumbang oleh Subsektor Perdagangan Borong dan Runcit, Penginapan dan Restoran dengan unjuran pertumbuhan sebanyak 5.7% bagi tahun 2011. Sementara itu, Subsektor Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan pula mengalami peningkatan dengan pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 4.1%. Sektor Kecil Perkhidmatan Lain dianggarkan mengalami pertumbuhan sebanyak 4.0% dan Sektor Perkhidmatan Kerajaan pula diunjurkan mencapai pertumbuhan pada kadar 3.7%.

Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

STRATEGI BELANJAWAN 2012

27)    Selangor kini memasuki era baru dengan membentangkan Belanjawan Reformasi yang melibatkan pendapatan kerajaan negeri dan hasil dividen dari Syarikat Kaitan Kerajaan (GLC). Saya bentangkan dahulu Belanjawan Berimbang hasil pendapatan kerajaan negeri dengan tema ‘Selangorku: Hasil Negeri untuk Rakyat’.

28)    Belanjawan 2012 ini adalah kesinambungan kepada ‘Hasil Negeri Untuk Rakyat’ yang menjadi tema tahun lalu dengan beberapa penyesuaian tambahan berdasarkan perkembangan semasa. Antara penyesuaian penting yang diambil kira ialah Pelan Tindakan dan Visi untuk Tiga Tahun yang dinamakan Agenda Selangorku. Dokumen ini telah dilancarkan semasa Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia di peringkat negeri Selangor pada 16 September 2011.

29)    Belanjawan 2012 adalah berdasarkan Empat (4) Strategi Utama, iaitu:

i.       Meningkatkan kecekapan pentadbiran,

ii.      Meningkatkan kualiti asas kehidupan keluarga dan masyarakat,

iii.    Melestari pembangunan, dan

iv.     Mendorong masyarakat berilmu, berakhlak mulia dan hidup sihat.

30)    Semua strategi ini mengambil kira keperluan holistik  pembangunan fizikal dan manusia, pengukuhan prinsip serta  kecekapan, ketelusan dan kebertanggungjawaban pengurusan dan keseimbangan antara pelbagai elemen bagi membolehkan hasil optimum dapat dicapai. Reformasi dari segi pengurusan dan penggunaan akan terus diusahakan sehingga ia menjadi budaya bersama.

MENINGKATKAN KECEKAPAN PENTADBIRAN

31)    Kecekapan pentadbiran adalah penting bagi mendorong lebih banyak produktiviti dihasilkan. ‘Padang permainan’ ekonomi dunia kini menuntut lebih penghargaan bagi setiap masa dan tenaga yang dikeluarkan. Jika kita gagal memahami dan bertindak selaras dengan perubahan ‘padang permainan’ ini, kita bukan sahaja akan tertinggal bahkan berkemungkinan berdepan dengan masalah kuasa beli yang merosot meskipun berlaku kenaikan gaji. Sebagai contoh, kenaikan gaji di negara kita sejak 15 tahun lalu adalah pada kadar 2.6% berbanding dengan kenaikan harga barang meningkat berkali ganda daripadanya.

32)    Di samping itu, kita perlu mengambil iktibar daripada Laporan Audit Negara yang mendedahkan ketirisan berterusan dalam ekonomi negara. Kita dapat melihat bagaimana wang dibazirkan dengan cara yang tidak sepatutnya, malah sangat diragukan. Perkara ini bukan perkara baharu, akibatnya rakyat semakin kecewa kerana kesalahan lama tetap diulang, kerana kerajaan mengambil mudah apa yang dibentangkan oleh laporan tersebut. Harga belian bekalan yang tidak munasabah menunjukkan perancangan yang tidak teliti, membazir dan curang.

33)    Jelaslah bahawa cabaran yang ada cukup besar. Justeru pada tahun ini kita telah mengukir sejarah apabila kita menggunakan pendekatan rundingan sebelum Belanjawan 2012 ini dirangka dan seterusnya diunjurkan. Jika dahulu Dialog Belanjawan dibuat di peringkat negeri serta bersama para penggerak industri, Belanjawan 2012 pula melibatkan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bertemu rakyat di setiap kawasan kerajaan tempatan dan mendengar serta mendapatkan pandangan mereka tentang keutamaan yang diperlukan di kawasan masing-masing untuk dianalisa dan dipertimbangkan dalam Belanjawan 2012.

34)    Kerajaan Negeri Selangor percaya pengurusan yang cekap adalah pengurusan yang mendekati pelanggan-pelanggan serta pihak-pihak berkepentingan yakni rakyat jelata sebelum perancangan menyeluruh dilakukan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan seluruh Ahli Dewan yang dihormati,

35)    Dalam memperihalkan Belanjawan ini, pendekatan yang mahu diambil perlu diubah. Lazimnya, Belanjawan dilihat dalam konteks perlaksanaan setahun. Pandangan ini tidaklah salah tetapi dalam hal belanja pembangunan, ia mesti diunjur melebihi tempoh setahun. Ini penting kerana rancangan untuk pembangunan lazimnya memerlukan gerak kerja yang lebih panjang tempoh masanya.

36)    Termasuk dalam soal kecekapan pentadbiran ini ialah pengurusan sumber negeri secara bijaksana. Ini melibatkan hasil dan agihan perbelanjaan mengikut keperluan. Seperti yang telah disebutkan di awal ucapan tadi, Selangor cukup bertuah kerana mempunyai banyak sumber dan hasil. Kerajaan Negeri Selangor percaya sekiranya hasil ini diuruskan dengan berhemah, ia dapat memberi lebih pulangan kepada semua. Sekiranya tidak, ia hanya akan memperkaya segelintir pihak.

37)    Penyumbang utama Hasil Kerajaan Negeri Selangor ialah kutipan cukai dan urusniaga berkaitan tanah oleh Pejabat Tanah Daerah (PTD) dan Pejabat Tanah Galian Selangor (PTGS). Kutipan ini meliputi sehingga 68% keseluruhan hasil negeri dalam tempoh setahun. Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha menambah hasil pasir dan juga sumber lain dengan menjalankan tadbirurus yang baik.

38)    Selari dengan slogan Selangorku, Kerajaan Selangor mahukan seluruh rakyat negeri ini memiliki tanah dan rumah kediaman. Bukan tinggal sebagai setinggan dan duduk merempat di negeri sendiri. Kita telah memperkenalkan skim pemberian geran dengan memperbaiki sistem pemilikan tanah di mana Pejabat-pejabat Daerah Tanah dan Galian akan mengenalpasti rakyat yang tinggal di tanah-tanah TOL (temporary occupancy license) lebih dari 10 tahun untuk diberi hakmilik kekal dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

39)  Ribuan geran tanah telah berjaya dikeluarkan bagi maksud ini. Namun terdapat juga golongan yang kurang mampu dan gagal membayar premium yang dikenakan.

40) Kerajaan Negeri Selangor telah melakukan reformasi dengan memperkenalkan Skim Pemilikan Tanah Kerajaan untuk tujuan pembinaan kediaman persendirian di mana rakyat mempunyai pilihan samada membayar keseluruhan harga premium dan mendapat diskaun 30% ATAU memilih untuk membayar premium RM1,000 dahulu dan bakinya hanya perlu dijelaskan apabila hartanah tersebut dijual.

41)    Alhamdulillah, reformasi dalam pemilikan tanah ini telah disambut baik oleh orang ramai dan Kerajaan Negeri Selangor berharap lebih banyak masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama sebelum ini dapat diselesaikan secara tuntas.

42)    Walaupun Selangor telah diisytihar sebagai negeri maju pada 2005, namun kita merasakan prasarana pentadbirannya belum lagi menunjukkan kita sebuah negeri maju. Timbunan fail-fail di pejabat tanah tidak kurang dari 2 juta fail. Justeru Kerajaan Negeri Selangor telah menempa sejarah dengan menjadi negeri pertama di Malaysia yang memindahkan fail-fail tanah ke dalam bentuk elektronik. Usaha ini sedang berjalan lancar dan InsyaAllah akan dapat diselesaikan pada tahun hadapan. Sebaik sahaja selesai urusan pemindahan ini, kita akan memperkenalkan konsep ‘dari pejabat tanah ke rakyat (from land office to the people).

43)  Melalui sistem ini semakan hak milik boleh dilakukan melalui internet dan kakitangan pejabat tanah akan turun padang untuk bertemu rakyat, khususnya di kawasan kampung bagi menyemak status pemilikan mereka. Saya yakin konsep pergi kepada pelanggan (from office to the people) ini penting, bukan sahaja dapat mengurangkan kerenah birokrasi malah dapat meringankan kos yang ditanggung rakyat. Kaedah ini pasti akan berkembang pada masa akan datang dan Selangor berbangga menerajuinya. Untuk tahun 2012, peruntukan berjumlah RM6 juta akan diberikan bagi pembangunan infrastruktur teknologi maklumat.

44)    Sehingga akhir September tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor mengutip sebanyak RM26.9 juta melalui cukai hiburan. Peningkatan sebanyak 2.13% berbanding kutipan tahun lalu pada tempoh yang sama. Jumlah hasil cukai hiburan pada tahun lalu sehingga Disember 2010 berjumlah RM32.5 juta.

45)    Terimaan bukan hasil bagi tahun 2011 ialah sebanyak 168.8 juta, meningkat sebanyak 4.72% berbanding terimaan pada tempoh yang sama bagi tahun 2010.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Sidang Dewan yang dihormati,

46)    Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri. Begitulah juga dengan isu air yang hangat diperkatakan sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Apatah lagi kebanyakan dari yang cuba memberi komen, saranan dan ugutan tidak mempunyai sebarang kredibiliti dan pengetahuan dalam isu air ini. Dalam pada kita kesal kerana kepincangan yang telah didedahkan dalam pengurusan air di negeri Selangor ini dipandang ringan oleh Kerajaan Persekutuan, namun kita bersyukur akhirnya seluruh rakyat memahami isu sebenar, punca dan akibat daripadanya.

47)  Izinkan saya mengambil sedikit masa menerangkan isu ini dengan lebih mendalam. Penswastaan industri air di Selangor  bermula pada tahun 1994 dengan operasi rawatan oleh Puncak Niaga, diikuti oleh SPLASH, ABASS dan akhirnya SYABAS pada Disember 2004, hanya memberi lebih manfaat kepada syarikat konsesi berbanding rakyat negeri Selangor. Selepas kelemahan operasi SYABAS didedahkan dalam Laporan Audit Negara pada tahun 2008, satu notis telah dihantar kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberitahu penamatan konsesi SYABAS. Namun ia tidak dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan.

48)    Sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha membolehkan penstrukturan industri air dibuat untuk manfaat rakyat negeri ini.

49) Sejak itu dan sehingga Januari tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat tiga tawaran untuk mengambil alih dan menstrukturkan semula industri air di Selangor dan ia telah diterima oleh ABASS dan SPLASH. Puncak Niaga dan juga SYABAS kekal menolak tawaran ini. Meskipun terdapat kelemahan dalam pengurusan SYABAS, misalnya dalam pelaburan penukaran paip, kenaikan tarif air yang tentunya boleh menambah beban rakyat Selangor cuba diusulkan. Jika kita mengambil kira kadar kenaikan tarif air pada tahun 2009 dan 2012, setiap isi rumah di Selangor akan berdepan dengan kenaikan bil air sehingga 71% berbanding kadarnya pada tahun 2008 sekiranya Kerajaan Negeri Selangor bersetuju dengan cadangan kadar kenaikan tarif tersebut.

50)    Kini, rakyat cuba dimomokkan pula dengan kemungkinan Selangor menghadapi   masalah   air   menjelang tahun 2014. Kerajaan Negeri Selangor memandang serius perkara ini kerana sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, nasihat oleh pakar industri air telah diambil. Berdasarkan unjuran pertumbuhan penduduk, jumlah penggunaan air dan kapasiti pengeluaran air, bekalan air yang ada mampu menampung keperluan seluruh Lembah Klang adalah sehingga 2019. Momokan kepada rakyat untuk mendesak Kerajaan Negeri Selangor bersetuju dengan Projek Penyaluran Air Mentah adalah keterlaluan dan tidak bertanggungjawab kerana kajian berkaitan sumber lain serta pengurangan kadar air tanpa hasil (non-revenue water) tidak dilakukan.

51)    Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak hakikat bahawa Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor boleh memberikan tambahan kepada bekalan air yang diperlukan, namun biarlah ia dibuat dengan lebih teliti agar ia dapat dilaksanakan dengan baik dan telus. Tuntutan Kerajaan Negeri Selangor dalam hal pengurusan dan bekalan air yang tidak memuaskan oleh SYABAS dan Puncak Niaga mesti turut diambil kira.

52) Malangnya kerajaan Persekutuan nampaknya lebih sanggup membela kroni perniagaan berbanding rakyat Selangor. Namun ia tidak mematahkan semangat kita untuk terus menjaga kepentingan rakyat Selangor. Kerajaan Negeri telah melantik Juru Perunding Kejuruteraan; Tetuan Erinco Sdn Bhd untuk melakukan carian, semakan dan penandaan ke atas semua asset air Selangor dan seterusnya melakukan nilaian terhadap aset-aset tersebut. Harus diingat, aset-aset negeri ini telah digunakan secara percuma oleh kroni yang mendapat konsesi air sedangkan rakyat pula yang dibebankan dengan caj yang tinggi.

53)  Pada Jun 2011 maka selesai penilaian yang dilakukan oleh firma tersebut dan nilai asset air rakyat Selangor berjumlah RM12,000 ( Dua Belas Ribu ) juta. Inilah yang saya maksudkan sebentar tadi bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Pertarungan antara rakyat Selangor, Syarikat Konsesi Kroni dan Kerajaan Persekutuan akhirnya telah memberi kita makluman bahawa rakyat Selangor mempunyai harta air berjumlah RM12 ribu juta. Harta yang selama ini tidak dipedulikan kerajaan terdahulu dan sewenang-wenangnya digunakan oleh syarikat kroni ini adalah milik rakyat Selangor.

54)    Nilai aset air negeri ternyata jauh lebih tinggi daripada aset air pemegang konsesi. Oleh kerana itu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu sebagai satu pendekatan memulangkan hasil negeri untuk rakyat. Ini bererti jika setiap isi rumah menggunakan 20 meter padu atau lebih setiap bulan, Kerajaan Negeri Selangor membayar sebanyak RM11.40 sebulan atau RM136.80 setahun untuk mereka. Pemberian ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan bagi isi rumah, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.

55)    Meskipun kita telah membuktikan rakyat Selangor mempunyai lebih hak terhadap pengurusan air namun nampaknya Persekutuan masih mahu terus memihak kepada syarikat kroni; SYABAS dan Puncak Niaga. Pada Mei 2011, Kerajaan Negeri Selangor telah menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan dan mencadangkan satu model holistrik penstrukturan semula industri air Selangor. Model ini akan menyaksikan Agensi Bertujuan Khas Negeri (State Special Purpose Vehicle) menguruskan industri air ini secara meluas, daripada rawatan sehingga kepada agihan, pengeluaran bil serta  khidmat pelanggan dan memajakkan aset air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB); agensi yang ditubuhkan untuk memiliki seluruh aset air negara.

56)    Dengan industri air negara telah distrukturkan melalui pengenalan Akta Industri Perkhidmatan Air (2006), cadangan Kerajaan Negeri Selangor memerlukan persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan kuasanya seperti yang terdapat dalam Akta tersebut untuk mengarahkan semua syarikat konsesi menyertai rundingan dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk pengambilalihan.

57)    Kerajaan Negeri Selangor juga menawarkan rundingan diletakkan di bawah arbitrasi antarabangsa dan sebarang keputusan yang terhasil akan diterima sebagai keputusan akhir. Namun, Kerajaan Persekutuan tidak mahu berbincang mengenainya. Malah, mesyuarat terakhir antara Kerajaan Persekutuan dan pegawai Kerajaan Negeri pada September 2011 menunjukkan mereka hanya berminat untuk mendesak Projek Pemindahan Air dan tidak mahu berbincang tentang isu penstrukturan industri air yang memberi manfaat kepada semua pengguna di Selangor.

58)    Selain menolak perbincangan ini, Kerajaan Persekutuan turut membiayai Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), sebuah syarikat dalam senarai bursa yang pemegang saham majoritinya ialah SYABAS dan Puncak Niaga. Pembiayaan ini dilakukan melalui subsidiari milikan penuh PAAB yang telah  menandatangani persetujuan pada 1 November 2011 untuk membeli bon yang dikeluarkan oleh Puncak Niaga pada nilai nominal RM546,875,000 daripada PAAB. Puncak Niaga Holdings Berhad menggunakan dana yang diterima daripada pembelian semula bon yang dikeluarkan pada tahun 2001.

59)    Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa sebarang perbincangan tentang masa depan Projek Pemindahan Air perlu dibincangkan bersama penstrukturan industri air di Selangor. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, pada Oktober 2011 kerajaan Selangor telah melantik syarikat juruperunding HALCROW untuk membuat audit kewangan dan teknikal ke atas SYABAS. Apa yang mahu ditegaskan ialah Kerajaan Negeri Selangor tidak dapat menerima Projek Pemindahan Air dijalankan bersama industri air yang lemah dan pada kadar yang membebankan rakyat.

60)    Sekiranya cadangan Kerajaan Negeri Selangor diterima, kenaikan tarif sebanyak 71% yang dicadangkan oleh SYABAS boleh dielakkan. Di bawah cadangan Kerajaan Negeri Selangor juga, Agensi Bertujuan Khas Negeri hanya akan melaksanakan peningkatan pada kadar 12% sahaja bagi penjimatan dan mengelakkan pembaziran. Justeri, kenaikan tarif hanya akan berlaku pada kadar minima yang boleh dibiayai bersama.

61) Untuk makluman Tuan-tuan Yang Berhormat, lebih 1.2 juta isi rumah menerima pemberian air 20 meter padu ini dan jika kita mengambil jumlah isi rumah seramai empat hingga lima orang, bermakna hampir seluruh penduduk di Selangor menerima sumbangan ini.

Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

MENINGKATKAN KUALITI ASAS KEHIDUPAN KELUARGA DAN MASYARAKAT

62)    Strategi seterusnya ialah meningkatkan kualiti asas hidup keluarga dan masyarakat. Selain daripada Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), pemilikan tanah dan rumah serta  kemudahan asas untuk pelbagai kegiatan kemasyarakatan akan diberikan perhatian. Turut menjadi keutamaan dalam strategi ini ialah menambahbaik perkhidmatan pembersihan di setiap kawasan.

63)    Antara penemuan diperolehi dalam dialog Belanjawan di peringkat Kerjaaan Tempatan ialah keperluan menambahbaik   kerja-kerja pelupusan dan pengangkutan sampah. Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan agar Kerajaan Tempatan mengambil alih kerja-kerja pembersihan yang selama ini dilakukan oleh Alam Flora sejak sekitar 10 tahun yang lalu.

64)    Sebagai langkah pengukuhan, Kerajaan Negeri Selangor telah meminta pihak SIRIM untuk menilai seluruh proses gerak kerja yang dilakukan sebelum ini dan mencadangkan penambahbaikan yang boleh diambil. Pemberian tender juga akan melalui saringan oleh kumpulan profesional. Kerajaan Negeri Selangor berpendapat, kegagalan Alam Flora untuk memberikan perkhidmatan yang memuaskan bercanggah dengan tujuan sebenar penswastaan. Sebahagian peranannya sebagai ‘orang tengah’ hanya merugikan operator sebenar dan juga rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan. Justeru, tindakan untuk mengambil alih ini adalah perlu sehingga satu disiplin persaingan sebenar dalam sistem pengurusan sampah dapat dicapai. Ini bukanlah masalah baru di Malaysia tetapi ia semakin menunjukkan masalah sebenar akibat dari amalan kronisme.

65)    Bagi tahun 2012, sebanyak RM7 juta akan diperuntukkan untuk pemuliharaan tapak pelupusan sampah Kubang Badak, Air Hitam, Sungai Kembong, Pulau Ketam dan Sungai Kertas. Peruntukan ini juga akan disalurkan untuk rehabilitasi Sungai Kembong.

66)    Untuk menyokong kebersihan kawasan dan keperluan tempat kegiatan masyarakat juga, peruntukan sebanyak RM3 juta akan diberikan bagi Program Zon Bersih, pembaikan kemudahan awam di PBT, termasuk taman permainan dan rekreasi.  Untuk infrastruktur asas di PBT, peruntukan sebanyak RM2 juta akan disediakan.

67)    Dalam aspek lain, usaha meningkatkan kualiti asas kehidupan ini juga akan dijalankan melalui Program Kerajaan Perihatin. Sejumlah RM4 juta akan diperuntukkan untuk kos tambahan bina baru dan baik pulih rumah di samping bantuan bencana alam, bekalan makanan asasi, penyelenggaraan rumah PPRT, baik pulih lif rumah kos rendah dan penyerahan kunci pemilikan rumah. Peruntukan sebanyak RM500 ribu lagi akan disediakan bagi memperbaiki dewan orang ramai sedia ada.

68)    Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa rumah sebagai tempat tinggal adalah penting kerana ia merupakan satu daripada keperluan asas hidup manusia. Justeru, perumahan pada kadar harga patut perlu disediakan. Menurut satu kajian berkaitan rumah mampu milik oleh Bank Negara Malaysia bahawa harga rumah meningkat daripada 5.9 kali ganda pendapatan pada tahun 1989 kepada 10.9 kali ganda pendapatan pada tahun 2010. Jika ini terus dibiarkan, ia boleh meningkat lebih tinggi.

69)    Saya juga maklum tentang laporan manipulasi oleh pemaju yang tidak mahu menjual rumah dalam pembinaan dengan alasan ianya telah dibeli dan hanya menjualnya selepas siap di mana harganya telah meningkat. Sekiranya ada bukti nyata dapat ditemui, Kerajaan Negeri Selangor tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Ini penting kerana kita semua mesti belajar daripada salah urus di Amerika Syarikat sehingga memberi kesan kepada ekonomi global.

70)    Semasa tempoh awal pentadbiran selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah dimaklumkan bahawa terdapat 140 projek perumahan dibiarkan terbengkalai. Kelemahan yang berlaku dalam pentadbiran dahulu ini tentulah sesuatu yang sangat mendukacitakan dan tidak wajar dibiarkan berulang. Justeru, inisiatif telah diambil untuk memulihkannya. Setakat ini 23 projek pemulihan telah dilaksanakan melibatkan 9179 buah rumah.

71)    Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi fokus kepada penyediaan rumah mampu milik selepas berjaya menyelesaikan Projek Perumahan di Bukit Botak, satu lagi masalah berlarutan yang ditinggalkan oleh pentadbiran terdahulu tanpa penyelesaian.

72)    Rumah mampu milik dengan keluasan 850 hingga 1000 kaki persegi ini dikhususkan kepada golongan berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan. Dianggarkan PKNS akan membina sebanyak 11,000 unit rumah setiap tahun. Projek sulungnya telah pun dilancarkan di Bangi beberapa bulan lalu.

73)    Apa yang mahu saya jelaskan di sini, rumah mampu milik yang akan dibina ini akan dijual pada harga sekitar RM100,000 ke RM150,000. Ini adalah jauh lebih murah berbanding rumah mampu milik yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan yang dijual melebihi RM200,000.

74)    Saya mahu tegaskan di sini bahawa jika kita jujur dan mahu menguruskan ekonomi dengan lebih baik, perbezaan ketara yang ditunjukkan melalui projek ini tidak harus berlaku. Saya percaya produktiviti rakyat akan bertambah lebih baik sekiranya mereka tidak dibebankan dengan kos sara hidup yang tidak bergerak selari dengan kenaikan gaji. Lebih malang lagi jika kos ini dibebankan kepada mereka hanya untuk memperkaya sejumlah pihak yang dilindungi oleh dasar-dasar tempang.

75)    Kerajaan Negeri Selangor juga akan berusaha memastikan hanya mereka yang layak sahaja diberikan peluang untuk membeli rumah mampu milik ini. Kita tidak mahu mengulangi kecuaian lama di mana rumah untuk rakyat termiskin telah dibeli oleh orang yang jauh lebih besar kemampuannya dan kemudian disewakan kepada golongan sasar sebenar. Sikap demikian adalah pengkhiantan dan tidak wajar dibiarkan.

76)    Kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM4 juta untuk memasang kamera litar (CCTV) di kawasan-kawasan strategik dengan pencahayaan yang baik untuk tujuan peningkatan keselamatan dan pencegahan jenayah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan Sidang Dewan,

MELESTARIKAN PEMBANGUNAN

77)    Melestarikan pembangunan adalah strategi ketiga untuk Belanjawan 2012. Ia bermaksud pembangunan yang mengambil kira aspek alam sekitar, khazanah seni-budaya dan jurang antara luar bandar dan bandar.

78)    Selain daripada pembangunan kualiti asas kehidupan yang dinyatakan sebelum ini, program alam sekitar yang bersifat penyelidikan dan pendidikan akan dilaksanakan melalui peruntukan sebanyak RM400 ribu. Pemuliharaan bio-kepelbagaian pula akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM50 ribu.

79)    Kerajaan Negeri Selangor juga ingin mengumumkan bahawa Teater Diraja Selangor telah dipulihkan dan akan boleh beroperasi pada bulan Disember nanti insyaAllah. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Selangor berbesar hati untuk menambah peruntukan kebudayaan sebanyak RM500 ribu bagi tujuan ini. Program-program kebudayaan yang dimaksudkan di sini termasuk aktiviti seni dan teater serta dialog dan kolokium.

80)    Kawasan-kawasan bersejarah di Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor juga akan ditambah baik dengan peruntukan sebanyak RM3.2 juta. Tambahan sebanyak RM500 ribu akan diberikan untuk pembangunan muzium di Istana Bandar, Jugra dan RM2.8 juta lagi bagi menaiktaraf Muzium Sultan Alam Shah.

81)    Dalam aspek pembangunan desa dan luar bandar, termasuk Kampung Baru, Kampung Bagan dan Kampung Tersusun, peruntukan berjumlah RM12.5 juta akan disediakan. Ini melibatkan penyediaan pusat pengumpulan hasil dan juga ekonomi desa di samping memperkasa ilmu dan kemahiran masyarakat desa. Termasuk dalam peruntukan ini ialah baik pulih infrastruktur jalan di luar bandar, pembangunan kecil di kampung baru, kampung bagan serta kampung tersusun dan latihan kepada para penggerak di kawasan-kawasan terbabit.  Tambahan sebanyak RM500 ribu juga disediakan untuk pembangunan pinggir bandar.

82)    Dalam aspek pembasmian kemiskinan, RM2 juta akan diperuntukkan kepada kumpulan sasar yang layak. Program pembangunan ekonomi bagi petani, nelayan dan penternak pula akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.2 juta. Ini tidak termasuk peruntukan sebanyak RM500 ribu bagi tujuan kebajikan. Program Pembangunan Pekerja Ladang akan diperuntukkan sebanyak RM300 ribu.

83)    Pembangunan lestari juga mengambil kira kawasan dan produk untuk dinikmati melalui pelancongan. Bagi tujuan promosi dan pembangunan produk pelancongan termasuk kraf tangan, sebanyak RM4.7 juta diperuntukkan. Industri kampung pula akan diberikan peruntukan sebanyak RM2 juta dan promosi Industri Kecil dan Sederhana akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM300 ribu. Ini tidak termasuk galakan untuk satu kampung satu produk yang akan diperuntukkan sebanyak RM100 ribu.

84)    Sebagai insentif kepada jawatankuasa penduduk yang aktif, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat memperkenalkan pelekat kenderaan untuk pengecualian bayaran di parkir milik Kerajaan Tempatan masing-masing. Semoga insentif ini dapat memudahkan mereka untuk bergerak dan menjalankan urusan kepentingan setempat.

85)    Selain itu, latihan untuk jawatankuasa penduduk akan diberikan dengan penekanan kepada kemahiran kepimpinan, kemahiran berfikir dan juga pendedahan kepada konsep Pembangunan Komuniti Berasaskan Aset (Asset-Based Community Development (ABCD). Konsep ini penting dalam usaha pembangunan lestari di mana penghakupayaan dapat berlaku dengan penglibatan aktif penduduk menggunakan aset setempat secara optimum. Saya yakin sekiranya seluruh kemahiran ini diaplikasikan, ia akan mendorong banyak penyelesaian dengan cekap.

Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

MENDORONG MASYARAKAT BERILMU, BERAKHLAK MULIA DAN HIDUP SIHAT

86)    Seterusnya sebagai strategi keempat, Kerajaan Negeri Selangor akan mendorong masyarakat berilmu dan berakhlak. Hasrat ini penting kerana sesungguhnya sistem itu tidak akan bergerak sendiri melainkan digerakkan oleh manusia. Maka, sistem yang baik memerlukan masyarakat yang berilmu dan berakhlak sebagai pemacunya.

87)    Program Pendidikan yang memuatkan antara lain Pusat Tusyen Rakyat dan Program Pendidikan Tinggi untuk mahasiswa negeri Selangor akan menerima peruntukan sebanyak RM4 juta, dengan masing-masing akan mendapat RM2 juta.

88)    Selain daripada itu, Program SPIES akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM3 juta dan Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) akan melibatkan perbelanjaan RM1 juta. Sebagai penambahbaikan kepada program ini, Kerajaan Negeri Selangor akan menilai modul dan impaknya kepada para peserta yang telah mengikuti siri latihan terdahulu. Penilaian terhadap kos perunding latihan di bawah program ini juga akan disemak semula.

89)    Bagi Tabung Pendidikan untuk Anak Pekerja Ladang, peruntukan berjumlah RM 1 juta akan diberikan. Masyarakat Orang Asli juga akan diperuntukkan sebanyak RM100 ribu untuk pembangunan mereka. Program-program untuk Orang Kelainan Upaya (OKU), anak yatim dan kanak-kanak akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1 juta. Ini tidak termasuk peruntukan sebanyak RM2 juta bagi pembasmian kemiskinan dengan pemberian khusus sebanyak RM100,000 kepada anak-anak pesawah padi.

90)    Untuk menggalakkan fungsi agama dan budaya sebagai sumber pendidikan akhlak, bantuan pendidikan yang diberikan untuk Sekolah Agama, Sekolah Tamil dan Sekolah Cina sebanyak RM16 juta setahun diteruskan. Selain daripada itu, rumah ibadat bagi agama dan kepercayaan bukan Islam juga akan menerima peruntukan sebanyak RM3 juta.

91)    Seterusnya, Projek Pembangunan Belia akan menerima peruntukan sebanyak RM3.5 juta. Peruntukan lain yang banyak dikaitkan dengan anak muda juga ialah Pembangunan Sukan, melibatkan perbelanjaan sebanyak RM4 juta. Pusat latihan belia di Bukit Lagong juga akan ditambah baik dengan peruntukan sebanyak RM100 ribu.

Ahli-ahli Dewan Yang Dimuliakan,

92)    Kerajaan Negeri Selangor juga berhasrat untuk memberi latihan bagi kemajuan wanita dan keluarga melalui peruntukan sebanyak RM500 ribu. Adalah diharapkan melalui seluruh bantuan ini, wanita akan lebih berperanan dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.

93)    Bagi program latihan dan pembangunan usahawan serta latihan teknikal, sebanyak RM2.25 juta akan diperuntukkan.

94)    Kerajaan Negeri Selangor juga berhasrat untuk menambah baik kualiti perkhidmatan kerajaan melalui peruntukan latihan sebanyak RM500 ribu. Ini tidak termasuk semua kemudahan teknologi yang ditingkatkan serta perbelanjaan mengurus dan penyelidikan. Bagi meringankan beban sara hidup yang tinggi akibat kenaikan harga barang dan tangga gaji yang tidak seimbang, saya juga ingin mengumumkan bonus sebanyak setengah bulan gaji dengan pemberian minima sebanyak RM500 kepada seluruh kakitangan awam di negeri Selangor, termasuk kakitangan di Kerajaan Tempatan.

95)    Berkaitan dengan kepentingan membaca, saya juga ingin memaklumkan bahawa Perpustakaan Awam Negeri Selangor telah pun siap untuk digunakan dengan tarikan yang pelbagai, termasuk dewan seminar dan juga perkhidmatan Teater. Saya juga berharap para perkumpulan ilmu boleh memanfaatkan ruang ini untuk beraktiviti. Sumbangan semua pihak untuk memastikan Perpustakaan canggih dengan kos binaan sebanyak RM70 juta ini dapat diselenggara dengan baik serta dapat memuatkan buku-buku rujukan terbaik juga sangat dialukan.

96)    Selain itu, perpustakaan desa dan daerah akan turut dimajukan, khususnya di Klang dan Tanjung Karang dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

97)    Kerajaan Negeri Selangor akan menggerakkan semua syarikat yang dimiliki kerajaan untuk membuat inovasi dalam operasi mereka, di mana keuntungan yang diperolehi boleh membantu pertumbuhan dan program kerajaan negeri. Sebagai contoh, sebelum ini Kumpulan Semesta telah diberi tanggungjawab mengendalikan kelulusan perlombongan pasir dan perolehan sebanyak RM10 juta disumbangkan kepada warga usia emas dalam program ‘Jom Shopping’ selepas membuat kutipan royalti sekitar RM35 juta sehingga April tahun ini. Kita menjangka kutipan royalti ini akan bertambah pada tahun hadapan memandangkan banyak projek pembangunan telah diumumkan di peringkat Persekutuan dan akan dibuat di peringkat negeri.

98)    Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) akan diteruskan pada tahun ini. Ini melibatkan Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dengan peruntukan RM 7.5 juta, Hadiah Anak Masuk Universiti sebanyak RM7.7 juta, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sebanyak RM20.7 juta, RM50 ribu untuk Pusat Khidmat Sehenti, RM2.5 juta untuk Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang, RM1 juta untuk Skim Kesihatan Wanita dan RM3 juta untuk Elaun Anak ke Nurseri. Ini akan dibiayai oleh hasil negeri. Selain itu, pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu akan tetap diteruskan dan dibiayai oleh dividen syarikat milik kerajaan negeri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Sidang Dewan,

99)    Program-program yang saya sebutkan sejak tadi adalah sebahagian daripada apa yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun hadapan. Dengan jumlah peruntukan yang terbatas, saya ingin mengulangi sekali lagi kepentingan kualiti membuat keputusan dan menyelesaikan masalah di semua peringkat agar setiap perbelanjaan yang bakal dikeluarkan memberi hasil yang optimum.

Ahli Dewan Yang Dimuliakan,

BAGAIMANA REFORMASI TELAH MEMBERI MANFAAT KEPADA RAKYAT SELANGOR.

100)  Bertahun-tahun lamanya pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan syarikat-syarikat pautan kerajaan (GLC) diurus secara tidak teratur dan tidak berdisiplin hingga telah mewujudkan suasana yang bermasalah dengan amalan rasuah, perjanjian usahasama yang berat sebelah dan pemberian projek kepada kroni yang hanya menguntungkan segelintir orang tetapi merugikan rakyat secara keseluruhannya.

101)  Sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma.

102)  Kini, setelah empat tahun amalan reformasi, jelas memberi keuntungan yang nyata dan kita percaya ini adalah masa yang sesuai untuk memberi faedah yang dituai dari pentadbiran yang bersih dan telus kepada rakyat Selangor.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

103) Justeru itu, Kerajaan Negeri berbesar hati untuk mengumumkan “Geran Selangorku” dengan peruntukan sebanyak RM300 juta yang akan digunakan pada tahun 2012  untuk faedah rakyat Selangor.

104)    Geran ini berasaskan dana sumbangan dividen daripada GLC Negeri serta keuntungan daripada operasi MBI yang berjaya mendapatkan hutang-hutang lapuk dari Syarikat Talam Corporation. Begitu juga hasil dari penstrukturan semula projek Canal  City dan pengenalan polisi pemberimilikan tanah mengikut harga pasaran. Jika dahulu keuntungan ini hanya dimanfaatkan oleh rakan kongsi usaha sama yang berat sebelah serta kroni orang-orang yang berkuasa, kali ini habuan besar ini akan kita agihkan kepada rakyat Selangor. Ini sekali gus membuktikan bahawa pentadbiran tanpa rasuah dan kronisma serta pengurusan yang cekap dan tiada ketirisan telah memberi manfaat kepada rakyat Negeri Selangor. Inilah hasil reformasi yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini.

105)   Geran ini akan diuruselia oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) kerana MBI adalah kenderaan yang paling sesuai untuk menjalankan tanggungjawab ini. Sebagai pemerbadanan yang memegang pelaburan dalam GLC Negeri, MBI mempunyai kuasa penyeliaan ke atas semua GLC Negeri dan oleh itu dapat menyelaras kutipan dana untuk geran ini. Oleh kerana pengurusan MBI adalah bersepadu (integrated) dengan pentadbiran kerajaan negeri, ia mampu untuk memastikan geran di urus dengan baik dan teratur.

106)  Program-program yang akan dilaksanakan melalui Geran Selangorku ini adalah seperti berikut:

i.       Pengenalan gaji minima

Bagi syarikat milik kerajaan negeri, pengumuman telah dibuat sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bahawa gaji minima akan diperkenalkan pada kadar RM1,500 gaji kasar (gross income). Ini akan dimulakan oleh syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide. Bagi syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya belum stabil, dana sebanyak RM10 juta akan disediakan untuk menampung syarikat kerajaan negeri yang tidak berupaya menampung kos untuk dasar ini.

Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minima. Pemberian gaji minima ini akan disokong oleh produktiviti pekerja yang akan diselaras agar bersesuaian dengannya. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemuliaan insan dan tidak diberikan secara unilateral. Hasrat sebenar bukanlah untuk menabur wang tetapi untuk memberi tambahan pengetahuan dan kemahiran kepada pekerja yang berpendapatan rendah. Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan  mereka tidak lagi bergantung kepada pemberian pada masa akan datang tetapi mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk bersaing dan boleh diguna untuk mencapai gaji yang lebih baik.

ii.      Program Memperkasakan Wanita

Geran terhad dengan peruntukan sebanyak RM30 juta akan disediakan untuk Program Memperkasakan Wanita. Ia bertujuan untuk mendorong kesetaraan jantina, membasmi kemiskinan dan membantu penyelesaian pelbagai isu berkaitan wanita. Ini termasuk program keusahawanan sosial  (social enterprise) untuk mereka. Keusahawanan sosial adalah pendekatan yang kian popular di dunia di mana strategi niaga digunakan untuk mencapai tujuan sosial yang lazimnya hanya dilakukan oleh yayasan atau badan kebajikan.

iii.    Program Keusahawanan Muda

Generasi muda juga akan diberi peluang menambah nilai perniagaan mereka melalui geran terhad sebanyak RM50 juta. Tumpuan akan diberikan kepada inovasi yang boleh memberi kelebihan bandingan (comparative advantage).

iv.     Pembinaan Infrastruktur Sukan

Kemudahan infrastruktur sukan akan ditambah dan juga ditingkatkan berdasarkan keperluan dengan peruntukan RM30 juta.

v.      Program Sokongan Pendidikan

Sebanyak RM30 juta akan disalurkan untuk sokongan pendidikan kepada sekolah-sekolah yang sangat memerlukan bantuan khususnya dalam menyediakan kemudahan asas bagi pendidikan. Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa isu ini memerlukan perhatian khas semua pihak kerana jurang yang pelbagai dalam masyarakat hanya boleh ditangani dengan lebih baik jika pendidikan berkualiti dapat disediakan.

vi.     Program  Dari Kebajikan Kepada Pekerjaan (From Welfare to Work)

Sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat ini terutama bagi golongan yang bergantung dengan bantuan kebajikan maka satu program akan diatur untuk mereka keluar dari kepompong tersebut. Hasrat Kerajaan adalah melahirkan rakyat Selangor yang bermaruah dan berjati diri. Peruntukan sebanyak RM20 juta akan diberi dalam bentuk penempatan latihan vokasional dan kemahiran lain bagi membolehkan peserta mendapatkan pekerjaan.

vii.   Program Jangkaan Kehidupan Bandar (Urban Living)

Kerajaan Negeri Selangor juga percaya perubahan corak pembangunan juga penting untuk ditelah. Ia melibatkan kajian tentang kualiti dan kuantiti pertumbuhan persekitaran dan  hubung kait dan integrasi kawasan dengan kawasan lain serta corak ekonomi dan sosial setempat. Adalah penting untuk kita semua menjangka kehidupan pada masa akan datang agar adaptasi dapat dilakukan dengan lebih baik dan tidak berlaku kejutan dalam rancangan pembangunan serta budaya. Pada masa yang sama, alternatif perkampungan bandar (rubanisasi) juga boleh diteroka sebagai pilihan.

viii.  Program Pembasmian Rasuah dan Penyelewengan

Menganggap Rasuah sebagai sebagai satu musuh utama bagi Negara tidak memadai andai tiada usaha untuk menanganinya. Statistik bahawa Malaysia berada di tangga ke 56 indeks rasuah amat mengerikan. Justeru, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan Program Pembasmian Rasuah dan Penyelewengan. Sebanyak RM15 juta akan diperuntukkan untuk masyarakat madani menggerakkan program ini dalam bentuk geran terhad. Pelapor kes rasuah dan penyelewengan di dalam agensi Kerajaan Negeri Selangor yang berjaya dibuktikan juga akan diberikan hadiah oleh Kerajaan Negeri Selangor.

ix.     Program Pengukuhan Demokrasi

Kerajaan Negeri Selangor juga percaya bahawa demokrasi harus mencerminkan kuasa rakyat dalam membuat pilihan adil dan bebas. Kuasa ini yang seharusnya ditunjuk melalui proses pilihan raya yang Adil dan Bebas sangat penting kerana rakyat berhak mendapat sebuah kerajaan yang baik untuk masa depan generasi akan datang. Justeru, peruntukan sebanyak RM5 juta akan disediakan bagi geran terhad dalam mengukuhkan Proses Pilihan Raya yang Adil dan Bebas di Malaysia. Ini melibatkan aktiviti kesedaran dan juga latihan sukarelawan serta pemantau pilihan raya.

x.      Program Pengukuhan Budaya

Pengukuhan budaya dalam masyarakat Malaysia adalah sangat penting kerana elemen budaya sarat dengan nilai tinggi berkaitan kehidupan dan kemanusiaan. Justeru, peruntukan sebanyak RM3 juta akan diberikan dalam bentuk geran terhad kepada para aktivis budaya untuk merancakkan aktiviti di negeri ini.

xi.     Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, RM3 juta akan diperuntukkan bagi Projek Konservasi Bakau serta Projek Pemeliharaan Permatang Kuartza Klang Gates yang merupakan permatang kuartza terpanjang di dunia.

xii.   Program Peningkatan Kualiti Hidup Rakyat.

Peruntukan sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk mengkaji dan merancang program meningkatkan taraf kesihatan rakyat Selangor terutama warga emas dan orang kelainan upaya.

xiii.  Program Dari Pejabat kepada Rakyat.

Sejumlah RM20 juta diperuntukkan kepada program bagi memastikan rakyat mudah mendapat perkhidmatan dari kerajaan negeri. Ini termasuk perkhidmatan on line di pejabat-pejabat tanah. Program ini juga bertujuan menggerakkan pejabat-pejabat tanah kepada rakyat bagi menggantikan cara konvensional dimana rakyat akan berpusu-pusu ke pajabat tanah untuk urusan tanah mereka. Ini termasuklah membuat semakan/carian hinggalah kepada membayar cukai-cukai tanah. Perkara ini penting kerana pada kebanyakan masa nilai cukai yang mahu dibayar jauh lebih rendah berbanding kos pengangkutan dan kos penyelenggaraan. Dengan cara ini akan mampu mengurangkan belanja mengurus yang akhirnya membawa kepada pengurangan terhadap cukai.

xiv.     Penggerak Pembangunan Luar Bandar.

Peruntukan sebanyak RM22 juta diperuntukkan kepada program penggerak pembangunan Luar Bandar yang mana program ini mensasar kepada penduduk luarbandar yang berpendapatan kecil seperti petani dan nelayan. Program ini termasuk antara lain pembinaan infrastuktur dan program pemasaran hasil petani dan pekebun kecil.

xv.      Program Peningkatan Kemahiran Penjawat Awam.

Penjawat awam harus meningkatkan kemahiran mereka setara dengan sektor swasta. Justeru Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi program latihan dan kursus bagi meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan penjawat awam.

xvi.       Program Penerangan maklumat Negeri.

Peruntukan sejumlah RM10 juta diperuntukkan bagi memberi penerangan kepada rakyat tentang polisi dan program-program kerajaan negeri serta meningkatkan tahap informasi rakyat Selangor.

Xvii     Pembaikan Infrastruktur.

Sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat terutama para pengguna kemudahan awam. Ini termasuk dana bagi pembaikan jalanraya dan juga perparitan di seluruh negeri.

Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

PERUNTUKAN BELANJAWAN 2012

107)  Berbalik kepada peruntukan belanjawan daripada hasil negeri, izinkan saya membentang jumlah dan pecahannya untuk negeri Selangor bagi tahun 2012.

108)  Hasil Cukai bagi tahun 2012 dianggarkan bertambah  sebanyak RM574,674,000, berbanding RM530,980,000 pada tahun lalu. Ini menunjukkan pertambahan sebanyak 8.23% atau RM43,694,000.

109)  Bagi Hasil Bukan Cukai, pertambahan dijangka sebanyak RM187,439,380 atau 40.12%, daripada RM467,164,360 kepada RM654,603,740.

110)  Namun, Terimaan Bukan Hasil dijangka berkurangan daripada RM431,855,640 kepada RM370,722,260, iaitu sebanyak RM61,133,380 atau –14.16%.

111)  Dengan jumlah anggaran hasil untuk tahun 2012 ini, saya ingin mencadangkan RM1,600 juta atau RM1.6 billion sebagai jumlah peruntukan bagi Belanjawan 2012, iaitu kenaikan sebanyak 11.89% berbanding RM1,430 juta atau RM1.43 billion jumlah Belanjawan 2011.

112)  Daripada jumlah ini, RM1,000 juta atau RM1 billion akan diperuntukkan untuk belanja mengurus dan RM600 juta diperuntukkan untuk belanja pembangunan.

113)  Daripada RM1 billion belanja mengurus, agihan dibuat untuk emolumen sebanyak 32.3% atau RM323,085,383; bekalan dan perkhidmatan sebanyak 37.1% atau RM371,387,272; aset sebanyak 0.8% atau RM8,079,568, pemberian dan kenaan bayaran tetap sebanyak 28.4% atau RM284,182,697 dan belanja lain sebanyak 1.5% atau RM13,265,080.

114)  Sementara itu, daripada jumlah RM600 juta belanja pembangunan yang akan diagihkan kepada sektor-sektor utama, Sektor Infrastruktur akan diperuntukkan sebanyak 68% atau RM411,091,860; Sektor Sosial sebanyak 17% atau RM100,060,130; Sektor Ekonomi sebanyak 14% atau RM84,240,010 dan Sektor Perbandaran sebanyak 1% atau RM4,608,000.

115)  Dengan mengambil kira Geran Selangorku sebanyak RM300 juta dan Belanjawan Berimbang sebanyak RM1.6 billion, belanjawan penuh Selangor bagi tahun 2012 ialah sebanyak RM1.9 billion.

Sidang Dewan yang dimuliakan,

116)  Belanjawan 2012 Negeri Selangor adalah Belanjawan berimbang dengan hasrat yang tinggi untuk memastikan setiap perbelanjaan yang dikeluarkan dapat diterjemahkan nilainya. Ia berbeza dengan Bajet Persekutuan yang banyak bersifat pemberian sekali (one-off). Sebaliknya Belanjawan 2012 ini dirancang untuk menekankan aspek kelestarian melalui peningkatan kemahiran serta pembangunan infrastruktur. Dalam jangka panjang Belanjawan ini dijangka akan mengurangkan penggantungan berterusan rakyat kepada bantuan kerajaan. Kerajaan Pusat pada masa yang sama mengamalkan budaya meminjam untuk berbelanja sedangkan reformasi yang diamalkan kerajaan Selangor bukan sahaja bijak berbelanja tetapi juga bijak mencari sumber pendapatan baharu.

117)  Selangorku adalah mesej bahawa negeri ini adalah milik kita bersama. Hasil Negeri untuk Rakyat adalah mesej untuk kita bekerja dengan penuh tanggungjawab.

118)  Saya memohon kepada ALLAH Subhanahu WaTa’ala agar kita semua diberikan petunjuk dan hidayah, kekuatan dan kesetiaan untuk melaksanakan keadilan kepada semua.

Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

119)  Demikianlah pembentangan Belanjawan 2012 Negeri Selangor. Semoga dengan amanah dan tanggungjawab yang dipikul dengan baik dapat menjadikan negeri ini sejahtera dan diampuni Allah Subhanahu WaTa’ala (Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur).

Saya dengan ini mohon mencadangkan. Terima kasih.