06 FEB 2009 PENDAFTARAN ONLINE UNTUK PEKERJA
Friday, 06 February 2009SHAH ALAM – Jawatankuasa Tindakan Pemberhentian Pekerja di Selangor akan menyediakan satu perkhidmatan pendaftaran online bagi pekerja-pekerja yang telah diberhentikan bagi memudahkan Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan bantuan yang sesuai.
Jawatankuasa yang dipengerusi oleh Dato’ Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga telah mendapatkan perkhidmatan Syarikat Mesin Niaga sebagai “technology provider” dengan menggunakan sistem perisian IBM [...]

