Kenyataan Media

SELANGOR BERI TEMPOH TIGA BULAN JIKA PUSAT MAHU BANGUNKAN SEMULA BANDAR SUNGAI BUAYA

Monday, 26 April 2010

KENYATAAN AKHBAR
23 APRIL 2010
HULU SELANGOR: Kerajaan Selangor memberi tempoh tiga bulan kepada Kerajaan Pusat untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh jika mahu bangunkan semula Bandar Sungai Buaya yang telah dijanjikan tetapi tidak dilaksanakan sejak lebih 15 tahun lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan Selangor akan mengambil semula tanah itu [...]



SELANGOR MAHU KDN BERI JAMINAN RASMI SECARA BERTULIS TERHADAP KESELAMATAN DR PORNTIP

Wednesday, 21 April 2010

KENYATAAN AKHBAR
21 APRIL 2010
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan secara rasmi terhadap keselamatan Dr Porntip Rojanasunan, yang dilantik kerajaan negeri sebagai pakar forensik dalam kes kematian mendiang Teoh Beng Hock.
Menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memohon jaminan rasmi secara bertulis dari Menteri Dalam Negeri, [...]



PERASMIAN LADANG PISANG DOLE SEBIRO TERBESAR DI MALAYSIA

Wednesday, 21 April 2010

KENYATAAN AKHBAR
20 APRIL 2010
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja ke Ladang Pisang Dole Sebiro yang terletak di Laman 9 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Bernam Jaya, Hulu Selangor hari ini.
Turut sama pada lawatan kerja itu, Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua jabatan kerajaan [...]



KERAJAAN SELANGOR BAYAR BONUS KEPADA KETUA KAMPUNG DAN JKKK

Wednesday, 21 April 2010

KENYATAAN AKHBAR
20 APRIL 2010
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyampaikan elaun tambahan dalam bentuk bonus kepada Ketua Kampung serta Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) seluruh daerah Hulu Selangor.
Majlis itu diadakan di Laman 9, PKNS di Bernam Jaya, selepas Majlis Perasmian dan Lawatan Kerja Menteri Besar dan [...]



KERTAS PUTIH MENGENAI YBK DIEDAR KEPADA UMUM

Wednesday, 21 April 2010

KENYATAAN AKHBAR
13 APRIL 2010
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri hari ini mengedarkan kertas putih yang mengandungi laporan terperinci mengenaiYayasan Basmi Kemiskinan (YBK) termasuk harta dan aset yang telah diberikan kerajaan negeri dan bagaimana harta ini telah digunakan.
Kertas putih ini disediakan hasil laporan dan siasatan yang dibuat Bahagian Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor.
Kita telah [...]



TAWARAN SPLASH TIDAK JEJAS RUNDINGAN AIR SELANGOR-KEMENTERIAN

Wednesday, 21 April 2010

KENYATAAN MEDIA
25 MAC 2010
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat akan terus bekerjasama untuk melaksanakan hasrat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) untuk menyatukan empat syarikat konsesi di bawah satu entiti yang dikawal oleh kerajaan negeri.
Sehubungan itu, Selangor akan terus bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Hijau, Teknologi dan Air bagi mencari jalan penyelesaian demi kebaikan pengguna [...]



SURAT SPR KEPADA MB BERHUBUNG PILIHAN RAYA KECIL PBT DIDEDAHKAN KEPADA UMUM

Wednesday, 21 April 2010

KENYATAAN AKHBAR
24 MAC 2010
SHAH ALAM: Mesyuarat Exco hari ini memutuskan untuk menyiarkan kepada umum surat yang dihantar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Menteri Besar Selangor berhubung cadangan untuk mengadakan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
Tindakan ini bagi membolehkan orang ramai memahami isu ini secara mendalam.
Dalam surat setebal 11 muka surat bertarikh 23 [...]