SelangorKini Online » Kenyataan Media

SIMPANAN TUNAI SELANGOR MENINGKAT RM1.9 BILLION
KENYATAAN AKHBAR

8 FEBRUARI 2012

SIMPANAN TUNAI SELANGOR MENINGKAT RM1.9 BILLION

Simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor terus mencatatkan peningkatan sepanjang tahun 2011 dengan jumlah simpanan sebanyak RM1.9 billion iaitu peningkatan lebih 26 peratus, kata Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, jumlah simpanan tunai di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih tinggi berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang hanya merekodkan  kurang RM500 juta sebelum 2008.

“Saya telah dimaklumkan Perbendaharaan Negeri bahawa jumlah rezab kita meningkat lebih 26 peratus kepada RM1.9 billion berbanding sebelum 2008 iaitu kurang RM500 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Masjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, hari ini.

Menteri Besar berkata, laporan kewangan Kerajaan Negeri 2011 itu akan dihantar kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Abdul Khalid berkata, kira-kira 600 penduduk setinggan di Sungai Sering, Hulu Klang, akan menerima Sijil Layak Menduduki (CF) bagi unit rumah kos rendah pada Jumaat ini.

Beliau berkata, CF itu telah dikeluarkan pada 31 Januari lalu sekali gus menamatkan penantian hampir 9 tahun peneroka bandar itu yang telah dipindahkan dari 11 penempatan setinggan di Mukim Klang di bawah program penempatan semula setinggan.

Projek rumah kos rendah Taman Ukay Indah, Sungai Sering ini dimulakan pada Jun 2003 dan sepatutnya siap April 2006 tetapi terbengkalai kerana syarikat pemaju berdepan masalah kewangan dan teknikal.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah membelanjakan lebih RM16 juta sejak 2006 sehingga 2012 untuk membayar sewa rumah penduduk-penduduk yang gagal dipindahkan ke penempatan sementara.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

KERAJAAN PERSEKUTUAN PERLU TERUSKAN IMPLEMENTASI WSIA 2006
KENYATAAN AKHBAR

SELASA, 7 FEBRUARI 2012

KERAJAAN PERSEKUTUAN PERLU TERUSKAN IMPLEMENTASI WSIA 2006

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sangat konsisten dengan pendiriannya mengenai pengurusan air di negeri ini.  Sejak Jun 2008,  Menteri Besar, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim berulang kali mengingatkan semua pihak tentang  pentingnya memastikan pengurusan dan perkhidmatan air diurus dengan cekap dan berkesan yang mana syarikat konsesi air  yang ada sekarang telah gagal untuk berbuat demikian.

Atas dasar yang sama, Kerajaan Negeri  menyokong  pelaksanaan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 yang telah digubal untuk memberi laluan kepada Kerajaan Pusat untuk memperbaiki peraturan yang lebih baik terhadap perkhidmatan air serta penyediaan infrastruktur air. Perlu ditegaskan di sni bahawa WSIA secara langsung mengakui kelemahan penswastaan yang sehingga kini gagal menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur air yang berkualiti pada kos yang munasabah kepada pengguna.

Kerajaan Negeri Selangor menyokong  aspirasi dan matlamat WSIA dan sentiasa bersedia untuk membincangkan penyusunan semula industri perkhidmatan air di negeri ini dengan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB)  mengambil alih aset air milik kerajaan negeri Selangor yang bernilai lebih daripada RM12 bilion dan selepas itu menyerahkan operasi perkhidmatan air kepada sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Selangor berpendirian bahawa SYABAS tidak sesuai dikekalkan sebagai pengendali perkhidmatan air di negeri ini kerana ia telah gagal memenuhi obligasinya di bawah perjanjian konsesi  seperti pengurangan peratusan air tidak berhasil (NRW), mengadakan program penggantian paip secara mantap dan berterusan,  pengumpulan dana awam secara tidak sah menerusi Tabung Budi  dan kegagalan bekerjasama dengan juruaudit yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Tambahan pula, akaun SYABAS yang telah diaudit bagi 31 Disember 2010 menunjukkan bahawa syarikat itu menghadapi masalah kewangan. Malah, syarikat induk SYABAS, Puncak Niaga Holdings Berhad dalam kedudukan teknikal PN17, tetapi diberikan pengecualian oleh Bursa Malaysia Securities dari dikategorikan sebagai PN17 dan juga diberikan sehingga 30 Jun 2012 untuk membetulkan kedudukan kewangan.Sehingga kini, Bursa Securities tidak memberi penerangan yang memuaskan kepada Kerajaan Negeri sebab-sebab pengecualian yang diberikan kepada Puncak Niaga.

Walaupun Kerajaan Negeri terdahulu keberatan untuk mengambil tuindakan keatas syarikat konsesi atas kegagalan pengurusan perkhidmatan air,   Kerajaan Pakatan Rakyat tidak berhasrat untuk meneruskan kesilapan itu dan terus membenarkan syarikat konsesi ini untuk terus mendapatkan keuntungan yang tinggi di atas kesusahan rakyat.

Kerajaan Negeri merasakan bahawa penyelesaian yang terpakai bagi memastikan perkhidmatan air berkualiti  kepada rakyat Selangor adalah menerusi penstrukturan semula sektor perkhidmatan air di mana PAAB memiliki dan mengembangkan aset air manakala syarikat milik penuh Kerajaan Negeri menguruskan perkhidmatan air. Nyata, Kerajaan Negeri telah bersedia untuk menggunapakai WSIA dan sekarang menunggu Kerajaan Pusat membuat keputusan yang professional atas kepentingan rakyat 5 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

KHIR TOYO YANG TIDAK BERDOSA?
KENYATAAN AKHBAR

6 FEBRUARI 2012

KHIR TOYO YANG TIDAK BERDOSA?

Kenyataan mantan Menteri Besar, Dr Khir Koyo bahawa beliau tidak terlibat dalam penyerahan konsesi air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) membuktikan beliau sebenarnya tidak layak dan gagal selaku Menteri Besar Selangor.

Sesungguhnya Tun Dr Mahathir Mohamad yang memilih Khir turut bertanggungjawab di atas kegagalan ini. Sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya yang kini dianggap sebagai kera sumbang oleh partinya sendiri.

Kenyataan dan penafian Khir seolah-olah mahu membalas dendam kepada UMNO yang tidak mahu melindungi kesalahan beliau hingga tertuduh di mahkamah, sedangkan UMNO sentiasa melindungi pemimpin mereka yang melakukan kesalahan pecah amanah dan rasuah. Khir kecewa perkara yang sama tidak dilakukan ke atasnya sebagaimana keistimewaan yang diperolehi Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam isu lembu- NFC.

Sebagai bekas pemimpin nombor satu di Negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan SYABAS menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama.

Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004 adalah perjanjian tiga pihak dan Kerajaan Negeri turut terlibat dalam perjanjian tersebut bersama Kerajaan Pusat dan Puncak Niaga selaku syarikat induk kepada SYABAS. Khir tidak boleh menafikan hakikat bahawa Puncak Niaga mempunyai kaitan rapat dengan UMNO; Tan sri  Rozali Ismail yang merupakan Bendahari UMNO Selangor ketika itu.

SYABAS gagal mematuhi terma-terma perjanjian khususnya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air bersih kepada pengguna di Lembah Klang termasuk gagal mengurangkan peratusan air tidak berhasil (NRW) tetapi Kerajaan Negeri ketika itu di bawah pimpinan Khir, gagal bertindak sewajarnya.

Adakah Khir mahu mengatakan bahawa beliau tidakpun membaca isi kandungan perjanjian tersebut? Adakah Khir mahu mengakui bahawa beliau tidak ada pengetahuan bahawa di dalam perjanjian tersebut SYABAS boleh menaikkan tariff air sehingga 71% pada tahun 2020? Selaku MB tidakkah Khir tahu bahawa selama ini SYABAS menggunakan aset air rakyat Selangor bernilai RM12 bilion secara percuma?

Di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), masalah-masalah perkhidmatan air yang gagal ditangani SYABAS amat jarang sekali diberi tumpuan biarpun rungutan serta aduan pengguna diterima setiap  hari tetapi tidak endahkan hanya kerana SYABAS adalah syarikat kroni UMNO. Hal ini membuktikan kegagalan penswastaan; meskipun penswastaan asalnya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dengan sedikit tanggungan kepada kerajaan negeri namun apabila penswastaan dikhianati dengan memberi kontrak kepada kroni dan syarikat yang tiada kepakaran maka inilah akibatnya. Rakyat terpaksa menanggung beban yang tinggi.

Khir tidak perlu berlagak naïf kerana di bawah pentadbirannya, memberi kontrak kepada syarikat-syarikat kroni telah menjadi budaya dan kemestian; matlamatnya satu- untuk mengkayakan kaum kerabat dan sahabat handai bagi kesinambungan parti kononnya.

Khir tidak boleh menafikan, ketika zaman kegemilangannya sebagai Menteri Besar beliau telah memberikan kontrak-kontrak kepada syarikat yang berkait rapat dengan dirinya antaranya syarikat Lebar Daun Sdn Bhd (Lebar Daun);  syarikat pembangunan hartanah yang kaya raya hasil pemberian kontrak secara terus, perjanjian usahasama dengan syarikat kerajaan negeri yang berat sebelah serta penganugerahan tanah berlokasi strategik. Kontrak pembinaan asrama Universiti Selangor (UNISEL) di Bestari Jaya adalah contoh nyata hinggakan UNISEL berhutang ratusan juta yang terpaksa ditanggung kerajaan hari ini. Lebih malang lagi, sehingga hari ini asrama tersebut masih mempunyai kecacatan akibat dari mutu binaan yang jelek dan tidak mengikut spesifikasi selamat.

Di bawah pentadbiran Khir yang merupakan Menteri Besar hasil produk Tun Dr Mahathir, banyak projek perumahan kos rendah terbengkalai kerana syarikat yang mendapat kontrak ini gagal menyiapkan projek dan telah menghilangkan diri.

Atas nama pembangunan banyak tanah peneroka diserahkan kepada syarikat yang kebanyakannya adalah milik kroni UMNO dan BN sedangkan hakikatnya tiada pengalaman dalam projek pembinaan. Akibatnya tanah-tanah tersebut tergadai kepada bank. Bukan sahaja peneroka kehilangan tanah, malah pembeli juga terpaksa menanggung hutang dan ramai di antara mereka telah diistiharkan muflis.

Beberapa projek sekadar contoh termasuklah projek Alam Perdana di Kuala Selangor, projek Bukit Botak di Selayang, Kampung Berembang di Ampang dan projek perumahan di PJS1 yang kesemuanya berjaya diselesaikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Meskipun Khir telah mengangkat tangan kononnya serik menjadi MB Selangor dan tidak mahu bertanding di dalam PRU yang akan datang, namun rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya masih menunggu apakah kesudahan kes Khir Toyo menggunakan dana Kerajaan Negeri untuk bercuti bersama keluarga termasuk orang gaji ke Disneyland yang masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mungkin menjadi amalan di dalam UMNO, tindakan hanya dikenakan ke atas seteru politik dan tindakan Khir menganggkat tangan adalah sebagai tanda tidak akan melawan lagi, namun bagi pembayar cukai dan seluruh rakyat SelangorKhir harus bertanggungjawab ke atas dosanya yang mengkhianati amanah yang diberikan.

FAEKAH HUSIN

SETIAUSAHA POLITIK

KEPADA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Perutusan Sambutan Maulidur Rasul 1433H
Perutusan Sambutan Maulidur Rasul 1433H

YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim

“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT  kerana masih memberi kita kesempatan untuk hidup dan merasa pelbagai nikmat kurniaan-Nya.

Berdasarkan catatan sejarah, sambutan Maulidur Rasul diraikan sejak abad ke-5 Hijrah  mencatatkan bahawa pada setiap  Isnin, Rabiulawal, rumah kelahiran Nabi SAW dibuka dan orang ramai berpusu-pusu mengunjunginya.

Sebenarnya, umat Islam sentiasa digesa mengingati dan mencontohi Rasulullah SAW pada setiap masa. Cara yang terbaik adalah dengan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Hal ini ada  diterangkan dalam surah al-Ahzab, ayat 56 “Sesungguhnya Allah Swt dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi SAW. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Selain  berselawat, tentulah pesanan dan akhlak Rasulullah SAW menjadi ikutan penting penganut agama Islam. Antara pesanan dan akhlak yang diajarkan adalah tentang hubungan sesama manusia.

Antara aspek penting dalam kehidupan manusia adalah perpaduan. Ia bertepatan dengan tema bagi sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”.

Meskipun Islam menganjurkan manusia bersatu dan mengelakkan daripada hidup berpecah-belah, namun penyatuan ini bukanlah dicapai kerana faktor luaran yang tidak kekal tetapi kerana prinsip-prinsip yang boleh dipertahankan.

Dalam surah al-Baqarah, ayat 213, Allah SWT menjelaskan bahawa pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu sebelum berpecah-belah dan diutuskan para Nabi untuk memberi khabar gembira dan amaran beserta kitab suci dengan keterangan yang benar untuk menjalankan hukuman antara manusia mengenai apa yang dikerjakan.

Dalam surah al-Ma’idah, ayat ke 48 pula dijelaskan bahawa jika Allah mahu nescaya Dia menjadikan manusia satu umat tetapi Dia hendak menguji manusia tentang  apa yang telah disampaikan. Di samping itu, manusia digesa berlumba-lumba dalam hal mengerjakan kebaikan kerana akhirnya semua pasti kembali kepada Allah SWT dan diberitahu tentang apa yang diperselisihkan

Dalam surah al-Hujurat, ayat ke-13, Allah SWT menegaskan bahawa Dia memang sengaja menjadikan perbezaan tersebut dan menuntut agar manusia saling berkenalan. Yang membezakan antara satu sama lain dalam kalangan manusia adalah takwa dan ia tidak dapat ditentukan secara pasti oleh manusia, kecuali tanggapan daripada sejumlah rujukan agama.

Jelas,  dalam ayat-ayat ini keterangan tentang hakikat bahawa manusia itu tidak bersatu atau mempunyai perbezaan tersendiri. Selain itu, ditunjukkan bagaimana manusia harus menangani situasi tersebut.

Ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Anfal, ayat ke-63, bahawa sebanyak mana pun manusia berbelanja untuk menyatukan manusia, ia tidak  dapat dilakukan kerana semuanya dalam kekuasaan Allah SWT.

Sebenarnya, perbezaan itu adalah lumrah. Manusia dianjurkan bermusyawarah dan membuat keputusan berprinsip untuk kerukunan hidup bersama. Meskipun berbeza, semua manusia adalah daripada keturunan Adam Alaihisallam. Saidina Ali Radiallahu anhu juga pernah berkata bahawa seluruh manusia itu bersaudara dalam hal kemanusiaan.

Secara fitrahnya, semua manusia sukakan kebaikan, keadilan dan kejujuran. Ia adalah antara sebahagian ciri umum yang menyelubungi  kefahaman antara manusia. Maka, ia perlu diperkukuh. Dalam hal-hal yang manusia mempunyai perbezaan pendapat, sistem  itu mesti memberi cukup ruang kepada semua pihak untuk mengeluarkan pendapat masing-masing dan prosesnya dipastikan berlangsung secara aman. Ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk bersikap sederhana dan menghormati realiti perbezaan yang ada. Ruang untuk berbeza pendapat secara aman ini mesti diterima sebagai persefahaman bersama.

Kita mempunyai tanggungjawab besar untuk hidup berpandukan prinsip-prinsip luhur sebagaimana yang ditunjuki mesej al-Quran dan Sunnah Baginda Sallallahualaihiwasallam. Agama Islam merupakan sumber keselamatan dan keadilan, bukan sumber kezaliman, permusuhan serta keganasan. Justeru itu, marilah kita bersama mengambil kesempatan sempena Sambutan Maulidur Rasul ini untuk bermuhasabah bagi membolehkan kehidupan kita terus bertambah baik dan menepati mesej-mesej al-Quran dan Sunnah.

Saya berharap Maulidur Rasul kali ini disambut secara bersederhana dengan memperbanyak selawat, mempertingkat amal dan kebajikan meneruskan usaha ai antara kita untuk menjadi insan yang bermanfaat kepada semua.

Semoga kita  berjaya melakukan yang terbaik, sebagaimana  ditunjuki oleh Rasulullah SAW, teladan sepanjang zaman.

Wassalam.

Set Pol: Kenyataan Ibrahim Ali Merupakan Penghinaan Kepada DYMM Sultan Selangor
Tindakan Ibrahim Ali yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan Exco Kerajaan negeri yang baharu dan rombakan portfolio Hal Ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair. Percubaan beliau melaga-lagakan PAS dan Kerajaan Selangor juga agak pelik apabila melihat sejarah beliau sendiri dengan PAS.

Siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008. Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan UMNO sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti.

Kita tidak mempersoal tindakan Ibrahim Ali yang kini begitu akrab dan bersekongkol dengan mantan Exco Agama Dato’ Dr Hasan bin Ali. Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor. Keputusan Tan Sri Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam.

Tuduhan Ibrahim Ali bahawa pelantikan Tan Sri Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat keterlaluan. Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku.

Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan. Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno.

Selaku umat Islam seharusnya Ibrahim Ali mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni Allah swt. Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat. Ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini. Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini.

YAB Dato’ Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana. Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan.

FAEKAH HUSIN

SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

YB DR AHMAD YUNUS AHLI MMKN BAHARU KERAJAAN NEGERI SELANGOR
KENYATAAN AKHBAR

18 JANUARI 2012

YB DR AHMAD YUNUS AHLI MMKN BAHARU KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor kerana telah berkenan menyempurnakan Istiadat Pelantikan Dan Angkat Sumpah  YB Dr Ahmad Yunus Bin Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) yang baharu.

Kami percaya YB Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab. Latar belakang beliau sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat, boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai Ahli MMKN secara efisyen dan profesional.

Pelantikan baharu ini turut melibatkan rombakan kecil dari segi portfolio di mana Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap Portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan. Manakala Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kini dipegang oleh Dato’ Menteri Besar.

Rombakan yang berkuatkuasa hari ini dilakukan bagi memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan dengan lancar – tambahan pula Dr Ahmad Yunus sebelum ini adalah EXCO pembantu untuk portfolio Belia dan Sukan.

Saya juga sukacita mengumumkan bahawa ADUN Meru,  YB Dr Abd Rani bin Osman dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL). Manakala ADUN Bandar Baru Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat  Melayu (PADAT); kedua-dua jawatan ini sebelumnya di sandang oleh YB Dato Dr Hasan Ali.

Dalam perkembangan berkaitan, saya ingin menyatakan bahawa saya ada menerima surat daripada YB Dato’ Dr Hasan Ali yang berpendapat bahawa pelantikan ini mungkin terlalu awal (premature) kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.

Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli Pas.

Surat dari Jawatankuasa Pas bertarikh 10 Januari 2012 telah mengesahkan keputusan pemecatan beliau berkuatkuasa serta merta dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan.

Proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh Pas sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ianya tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Saya berharap Dr Hasan menerima keputusan ini dengan berlapang dada dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan yang beliau laksanakan ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN.

Akhirnya, Kerajaan Negeri amat menghargai segala nasihat dan pandangan yang diberikan DYMM Sultan Selangor dalam mengendalikan isu yang melibatkan pelantikan Ahli MMKN ini.

Saya berharap dengan sempurnanya pelantikan ini akan menguatkan lagi barisan pimpinan negeri Selangor dalam melaksanakan reformasi pentadbiran dan pengurusan negeri.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

TAKLIMAT KEPADA DYMM TUANKU SULTAN TENTANG STATUS YB DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI SEBAGAI AHLI MMKN.
KENYATAAN AKHBAR

13 JANUARI 2012

TAKLIMAT KEPADA DYMM TUANKU SULTAN TENTANG STATUS YB DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI SEBAGAI AHLI MMKN.

Pagi tadi saya telah diperkenankan untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk memberi taklimat mengenai status YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Saya telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah menerima surat rasmi dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bertarikh 10 Januari 2012 memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 8 Januari 2012 telah membuat keputusan memecat YB Dato’ Dr Hasan dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Memandangkan YB Dato Dr Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak lagi layak menjadi ahli MMKN dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan beliau.

DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan akan menulis watikah pembatalan perlantikan YB Dato’ Dr Hasan sebagai ahli MMKN.

Pada masa yang sama, DYMM Tuanku Sultan telah menurunkan kuasanya pada saya untuk melantik ahli baharu MMKN. Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Perlantikan ahli MMKN yang baharu akan disempurnakan di Istana Kayangan pada Rabu minggu hadapan 18 Januari 2012.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR