Berita

‘Kuiz Zakat Di Udara’ sebar luas dakwah zakat

Monday, 09 August 2010

SHAH ALAM, 9 Ogos – Kesedaran menunaikan ibadat zakat oleh umat Islam di negara kita masih rendah kerana mereka beranggapan dengan menunaikan zakat fitrah di bulan Ramadan sudah memadai.
Zakat tidak terhad kepada fitrah semata-mata malah ia merangkumi zakat harta terbahagi kepada 8 jenis iaitu zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat binatang ternakan, zakat pertanian, zakat wang [...]



Bukti baru:Kes Teoh Beng Hock ditangguh minggu depan

Monday, 09 August 2010

SHAH ALAM: Prosiding inkues Teoh Beng Hock hari ini ditangguh kepada 18 Ogos.
Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pemberita, Koroner Azmil Muntapha Abas membuat keputusan itu selepas pihak yang membantu koroner itu dalam inkues memberitahu bukti baru akan dikemukakan.
Azmil membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri Gobind, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang [...]



Maksiat: Hassan Ali selar Noh Omar

Monday, 09 August 2010

SHAH ALAM, 9 Ogos – Alim-alim kucing.
Itu gelaran yang tepat terhadap saranan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang menggesa semua pusat hiburan dan rumah urut ditutup sempena bulan Ramadan.
Exco Hal Ehwal Islam,Adat-adat Melayu,Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali berkata dalam Islam,  perkara yang terang-terang haram itu tidak bergantung bulan [...]



Zakat fitrah di Selangor kekal RM7

Monday, 09 August 2010

SHAH ALAM, 9 Ogos – Kadar zakat fitrah bagi negeri Selangor untuk tahun ini kekal pada RM7, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohd Adzib Mohamad Isa.
Beliau berkata pengekalan itu disebabkan tidak ada kenaikan harga beras di pasaran yang menjadi makanan utama rakyat di negeri tersebut.
“Pada tahun lepas, jumlah kutipan zakat fitrah ialah [...]



MB saran graduan sumbang bakti kepada masyarakat

Monday, 09 August 2010

BANGI, 7 Ogos – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan supaya graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka di universiti agar menyumbang bakti kepada masyarakat.
Malah graduan diingatkan kepakaran dan pengetahuan yang diperolehi di universiti tidak seharusnya disalah guna untuk kepentingan peribadi serta untuk mendapat habuan semata-mata, sebaliknya ia boleh dimanfaatkan masyarakat dalam kehidupan seharian.
Kata [...]



MB sampaikan geran tanah kepada 118 penduduk

Monday, 09 August 2010

KUALA SELANGOR, 7 Ogos – Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini  menyampaikan geran tanah kepada 118 penduduk yang mengemukakan permohonan mereka sejak tahun 1998.
 
Ini sekaligus mengiktiraf hak mereka untuk mendapatkan hak milik tanah di Kampung Jaya Setia,Mukim Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor bersetuju meluluskan  permohonan pemberi milikan tanah seluas 60.5 ekar [...]



Selangor cipta rekod masak dodol paling banyak

Monday, 09 August 2010

SHAH ALAM,  7 Ogos – Rakyat Selangor mencipta sejarah apabila memecah rekod mengacau dodol terbanyak, paling lama, dan membabitkan pakar kacau dodol paling ramai di dunia.
Program kecau dodol mega ini turut disertai peserta dari Kampung Baru Cina, Kampung Baru India, dari Belgium dan Jerman.
Diadakan di perkarangan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat, program ini adalah [...]