Berita

Perlantikan Khusrin dipertikai banyak pihak

Tuesday, 28 December 2010

SHAH ALAM, 28 Dis – Perlantikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor terus dipertikai banyak pihak.
Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin beranggapan tindakan Kerajaan Pusat mengumumkan perlantikan itu menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan tidak melalui Kerajaan Negeri Selangor, akan mencetuskan huru-hara dalam pentadbiran negeri.
“Saya menyanggah [...]



Larangan penggunaan logo 1Malaysia menepati garis panduan PBT

Tuesday, 28 December 2010

SHAH ALAM, 28 Dis – Tindakan Kerajaan Negeri Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia dipremis perniagaan adalah selari dengan undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pengarah Strategi Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN), Rafizi Ramli berkata, langkah yang diambil Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor berlandaskan garis panduan PBT, bukan bermofitkan politik semata- mata.
“Saya kira perkara ini bukanlah perkara baru. Ia sememangnya [...]



LZS: Bantuan asnaf bentuk geran RM1.36 juta

Tuesday, 28 December 2010

SHAH ALAM, 28 Disember -Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan asnaf dalam bentuk geran sebanyak RM1.36 juta kepada rumah-rumah kebajikan di seluruh Selangor di sepanjang tahun ini.
Bantuan asnaf tersebut diagihkan melalui dua fasa dengan fasa pertama berjumlah RM835,500 pada Julai lepas manakala fasa kedua berjumlah RM530,000 kepada 34 buah rumah kebajikan di Selangor.
Bantuan bagi fasa [...]



100 Hari di Putrajaya: Selangor telah laksana, Muhyiddin Ketinggalan

Tuesday, 28 December 2010

SHAH ALAM, 28 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menunjukkan betapa cetek semangat beliau terhadap kepedulian kepada rakyat apabila membayangkan Malaysia akan jatuh bankrap jika program 100 Hari Pakatan Rakyat dilaksanakan.
Ia juga menunjukkan betapa beliau tidak yakin dengan kemakmuran hasil mahsul Negara yang dikurniakan Allah SWT.
Apa-apa pun, saya tidak terperanjat apabila [...]



Perjalanan puncak kerjaya Dr Muhaya

Tuesday, 28 December 2010

SHAH ALAM, 28 Dis – Sempena Program Jejak Ilmuwan Negeri Selangor, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, mengiktiraf sumbangan besar tokoh pembangunan minda masyarakat yang merupakan doktor mata, Prof Dr Muhaya Mohamad sebagai Penerima Anugerah Tokoh Ilmuan Selangor 2010.
Program yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk menonjolkan ilmuwan di [...]



Selangor hargai jasa Dr Muhaya

Tuesday, 28 December 2010

SHAH ALAM, 28 Dis – Kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, menganjurkan Majlis Anugerah Tokoh Ilmuan Negeri Selangor 2010 bagi menghargai jasa dan memperkasa golongan tersebut.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, Jejak Ilmuan selangor adalah satu inisiatif terancang untuk melahirkan dan memartabatkan para [...]



Wanita dakwa ditumbuk semasa kemalangan

Tuesday, 28 December 2010

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Seorang wanita mendakwa ditumbuk dan dimarahi seorang lelaki selepas kereta yang dipandunya terlanggar kereta lelaki itu di hadapan Ampang Point di sini dua hari lepas.
Malah lelaki itu turut mengugut untuk mencederakan anak wanita itu yang merakamkan pergaduhan tersebut, kata Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Michael Chong.
Katanya, kejadian berlaku pada [...]