Berita

Dr Lo’ Lo : Majlis Penasihat Kampung Baru kosmetik semata

Wednesday, 29 December 2010

SHAH ALAM , 29 Dis – Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Ghazali menyifatkan cadangan menubuhkan Majlis Penasihat di bawah Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru,sebagai kosmetik serta ketidakjujuran kerajaan pusat kepada penduduk kawasan itu.
Dr Lo’Lo’ berkata, rang undang-undang tersebut jelas menyatakan bahawa kerajaan tidak terikat untuk mengikut apa-apa nasihat daripada mana-mana wakil-wakil penduduk Kampung [...]



Kumpulan Animade UniKL juara keseluruhan Pertandingan Animax 2010

Wednesday, 29 December 2010

SHAH ALAM, 29 Dis – Kumpulan Animade dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan Video Animasi yang bertajuk “8 Pagi” telah berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Pertandingan Animax 2010 bagi Festival Sains Teknologi & Inovasi Selangor 2010 atau FesSTIS.
Kumpulan Animade yang dianggotai oleh Muhammad Hazwan Juhari, Munira Syafira  Mohd Khairuddin, dan Syafiq Muzakkir Zenol Ariffin [...]



Ahli gabungan Cuepacs kemuka bantah dakwa konvensyen langgar peraturan

Wednesday, 29 December 2010

PUTRAJAYA, 29 Dis – Beberapa kesatuan ahli gabungan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mengemukakan bantahan mendakwa berlaku perlanggaran perlembagaan dan peraturan pada Konvensyen Cuepacs ke-25 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Dis lalu.
Surat bantahan itu disampaikan oleh bekas Timbalan Presiden Cuepacs Husain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan [...]



Penduduk PPR bantah tindakan DBKL potong bekalan air

Wednesday, 29 December 2010

SHAH ALAM, 29 Dis – Tidak sampai seminggu Menteri Wilayah Persekutuan dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengumumkan miskin tegar di bandar sudah berakhir, hari ini sekumpulan penduduk Projek Perumahan Rakyat atau (PPR) Wahyu, Selayang mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu memotong bekalan air [...]



1,000 mahasiswa berhimpun pada 1 Jan di Petaling Jaya

Wednesday, 29 December 2010

PETALING JAYA, 29 Dis – Kira-kira seribu mahasiswa merancang berhimpun di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Januari ini bagi menunjukkan “persaudaraan bawah semangat patriotisme”.
Presiden Solidariti Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin berkata program itu antaranya bertujuan lebih mendekatkan diri kepada dunia aktivisme mahasiwa.
“Program ini diharap menjadi pemanas badan kepada program lain pada [...]



Tiada had tempoh pelantikan SUK – Faekah

Wednesday, 29 December 2010

SHAH ALAM 29 Dis – Kerajaan negeri Selangor hari ini menyangkal dakwaan kenyataan Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Datuk Munir Bani yang mendakwa kononnya kerajaan negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin menegaskan bahawa tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri [...]



Logo ‘1Malaysia’ Kekal Haram di Selangor – Ronnie

Wednesday, 29 December 2010

SHAH ALAM 29 Dis – Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor tidak membekukan arahan agar logo ‘1Malaysia’ dipaparkan di papan iklan dan arahan tersebut masih berkuatkuasa, ujar Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew.
Katanya, beliau hanya mengarahkan agar tidak menurunkan papan iklan tersebut sehingga mesyuarat Exco seterusnya, bukan seperti yang dilaporkan [...]