Berita

Muslimat anjur semarak persaudaraan tolak perkauman

Thursday, 30 December 2010

KUALA LUMPUR, 30 Dis –  Perpaduan rakyat perlu dilakukan menerusi persaudaraan tanpa mengira batasan kaum dan ideologi politik yang sempit.
Ketua Lajnah Penerangan dan Dakwah Muslimat PAS, Aiman Athirah al-Jundi menyatakan keperluan satu pendekatan bukan berteras politik dan bermotif politik seperti 1 Malaysia.
Beliau menyatakan demikian ketika melancarkan program ‘Sua Kasih Kita Bersaudara’ di markas PAS Kuala [...]



Amaran hujan lebat,angin kencang dan laut bergelora sehingga Isnin

Thursday, 30 December 2010

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Hujan sederhana kadangkala lebat di Pahang, Terengganu dan Johor dijangka berterusan sehingga esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini.
Kawasan-kawaan yang terlibat di Pahang ialah daerah Jerantut, Kuantan,Maran, Pekan dan Rompin manakala Terengganu selatan di daerah Dungun dan Kemaman serta Johor Timur di daerah Mersing dan Kota Tinggi.
“Keadaan ini boleh menyebabkan [...]



Keputusan pemilihan rasmi MTUC

Thursday, 30 December 2010

SHAH ALAM, 30 Dis – Pemilihan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) yang berlangsung semalam menyaksikan kemenangan Khalid Atan sebagai Presiden dengan undi 255 kalahkan Syed Shahir Syed Mohamod yang hanya meraih 213 undi.
Bagi jawatan timbalan presiden Mohd Jaafar Majid menang 170 undi kalahkan dua calon, P Maniam 157 dan Abd Razak Mohd Hassan 140 undi.
Manakala jawatan [...]



Kes Aminulrasyid : Pendakwaan ditutup

Thursday, 30 December 2010

SHAH ALAM, 30 Dis – Pendakwaan semalam menutup kesnya terhadap seorang koperal polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, dalam satu kejadian tembakan di Seksyen 11 di sini pada 26 April lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen Latifah Mohd Tahar selepas saksi ke-39 pendakwaan Koperal Zainon Harun [...]



Perdana Menteri isytihar 31 Dis cuti umum

Thursday, 30 December 2010

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Kejayaan skuad ‘Harimau Malaya’ turut sama dirasai seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat, 31 Disember sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan, selepas mengakhiri kemarau 14 tahun negara untuk menjuarai Piala Suzuki-AFF 2010.



Piala Suzuki-AFF 2010 : Kemenangan milik Malaysia dengan agregat 4-2

Thursday, 30 December 2010

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan timbal balik Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki-AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam tadi.
Bagaimanapun dalam perlawanan timbal balik kedua ini menyaksikan Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia.
Gol pertama Malaysia hasil jaringan Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53. Manakala [...]



Selproa : Gesa Sidang DUN tolak perlantikan Khusrin

Wednesday, 29 December 2010

SHAH ALAM, 29 Dis –  Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor menggesa kerajaan mengadakan sidang mesyuarat tergempar di Majlis Undangan Negeri bagi menolak Ketua Setiausaha Negeri lantikan Kerajaan Pusat.
Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail, berkata langkah ini perlu bagi melindungi kepentingan rakyat Selangor.
Razak berkata demikian mengulas laporan media yang melaporkan pihak Istana telah meluluskan perlantikan [...]