Berita

Keputusan pemilihan rasmi MTUC

Thursday, 30 December 2010

SHAH ALAM, 30 Dis – Pemilihan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) yang berlangsung semalam menyaksikan kemenangan Khalid Atan sebagai Presiden dengan undi 255 kalahkan Syed Shahir Syed Mohamod yang hanya meraih 213 undi.
Bagi jawatan timbalan presiden Mohd Jaafar Majid menang 170 undi kalahkan dua calon, P Maniam 157 dan Abd Razak Mohd Hassan 140 undi.
Manakala jawatan [...]



Kes Aminulrasyid : Pendakwaan ditutup

Thursday, 30 December 2010

SHAH ALAM, 30 Dis – Pendakwaan semalam menutup kesnya terhadap seorang koperal polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, dalam satu kejadian tembakan di Seksyen 11 di sini pada 26 April lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen Latifah Mohd Tahar selepas saksi ke-39 pendakwaan Koperal Zainon Harun [...]



Perdana Menteri isytihar 31 Dis cuti umum

Thursday, 30 December 2010

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Kejayaan skuad ‘Harimau Malaya’ turut sama dirasai seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat, 31 Disember sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan, selepas mengakhiri kemarau 14 tahun negara untuk menjuarai Piala Suzuki-AFF 2010.



Piala Suzuki-AFF 2010 : Kemenangan milik Malaysia dengan agregat 4-2

Thursday, 30 December 2010

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan timbal balik Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki-AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam tadi.
Bagaimanapun dalam perlawanan timbal balik kedua ini menyaksikan Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia.
Gol pertama Malaysia hasil jaringan Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53. Manakala [...]



Selproa : Gesa Sidang DUN tolak perlantikan Khusrin

Wednesday, 29 December 2010

SHAH ALAM, 29 Dis –  Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor menggesa kerajaan mengadakan sidang mesyuarat tergempar di Majlis Undangan Negeri bagi menolak Ketua Setiausaha Negeri lantikan Kerajaan Pusat.
Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail, berkata langkah ini perlu bagi melindungi kepentingan rakyat Selangor.
Razak berkata demikian mengulas laporan media yang melaporkan pihak Istana telah meluluskan perlantikan [...]



Dr Lo’ Lo : Majlis Penasihat Kampung Baru kosmetik semata

Wednesday, 29 December 2010

SHAH ALAM , 29 Dis – Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Ghazali menyifatkan cadangan menubuhkan Majlis Penasihat di bawah Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru,sebagai kosmetik serta ketidakjujuran kerajaan pusat kepada penduduk kawasan itu.
Dr Lo’Lo’ berkata, rang undang-undang tersebut jelas menyatakan bahawa kerajaan tidak terikat untuk mengikut apa-apa nasihat daripada mana-mana wakil-wakil penduduk Kampung [...]



Kumpulan Animade UniKL juara keseluruhan Pertandingan Animax 2010

Wednesday, 29 December 2010

SHAH ALAM, 29 Dis – Kumpulan Animade dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan Video Animasi yang bertajuk “8 Pagi” telah berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Pertandingan Animax 2010 bagi Festival Sains Teknologi & Inovasi Selangor 2010 atau FesSTIS.
Kumpulan Animade yang dianggotai oleh Muhammad Hazwan Juhari, Munira Syafira  Mohd Khairuddin, dan Syafiq Muzakkir Zenol Ariffin [...]