Berita

Mohd Safee Sali diburu empat kelab bola sepak luar negara

Sunday, 02 January 2011

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Penyerang sensasi bola sepak negara Mohd Safee Mohd Sali kini dipikat sekurang-kurangnya empat tawaran kontrak untuk menyertai kelab di luar negara, lapor Bernama.

Tiga tawaran datangnya dari Indonesia manakala satu lagi Vietnam.
Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Hamidin Mohd Amin pada majlis taklimat serta undian Liga Malaysia [...]



494 dipindahkan pagi ini akibat banjir memburuk di Rantau Panjang

Sunday, 02 January 2011

RANTAU PANJANG, 2 Jan – Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat banjir di pekan ini meningkat kepada 494 orang pagi ini berbanding 280 orang semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan berkata tiga pusat pemindahan dibuka iaitu di Stesen Keretapi Malaysia Berhad (KTMB) Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Cina Rantau Panjang untuk [...]



600 penumpang terkandas apabila kepala kereta api Senandung Langkawi terbakar

Sunday, 02 January 2011

KUALA LUMPUR, 2Jan – Kira-kira 600 penumpang terkandas apabila kepala kereta api Senandung Langkawi yang dalam perjalanan ke Hadyai terbakar dalam kejadian berdekatan bulatan Segambut di sini malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 9.35 malam sebelum menghantar empat jentera [...]



Pengalaman bukan keutamaan, KSN bermotif politik pilih Khusrin

Saturday, 01 January 2011

SHAH ALAM, 1 Jan – Tindakan Putrajaya menggunakan kuasa mutlak melantik Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menghantar mesej bahawa kemampuan dan pengalaman bukan keutamaan dalam menentukan kenaikan pangkat pegawai kerajaan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan tidak professional dan bertindak atas motif [...]



Program Gunting Rambut dengan caj hanya RM2

Saturday, 01 January 2011

PETALING JAYA, 1 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Haniza Talha hari ini menganjurkan perkhidmatan mengunting rambut dengan caj perkhidmatan yang dikenakan sebanyak RM2 setiap seorang serta pemberian cermin mata percuma menerusi Program Back to School.
Haniza Talha berkata, program anjuran Dewan Undangan Negeri Taman Medan ini adalah salah usaha kerajaan negeri untuk membantu [...]



Warga emas kurang siuman dijumpai mati dalam tasik

Saturday, 01 January 2011

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Selepas beberapa jam dilaporkan hilang, mayat seorang wanita warga emas kurang siuman ditemui di sebuah tasik berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Jinjang di sini petang ini, lapor Bernama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Zainuddin Ahmad berkata Kok Gin, 67, ditemui selepas dilaporkan hilang oleh anak lelakinya kira-kira pukul [...]



Khalid Ibrahim : Perancangan rapi jadikan Daerah Kuala Selangor maju

Saturday, 01 January 2011

IJOK, 1 Jan – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan perancangan menjadikan Daerah Kuala Selangor sebagai daerah yang maju dengan pembangunan yang rapi dan terancang.
Menurut Tan Sri Khalid, dijangka seramai 20 ribu penduduk baru akan mendiami daerah yang sebelum ini dikenali sebagai daerah yang agak mundur walaupun dua Menteri Besar sebelum ini [...]