Berita

Guna bekas sendiri ketika membeli belah, saran PPIM

Sunday, 02 January 2011

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Bawalah raga dan beg daripada bahan kitar semula apabila mengunjungi pasar raya untuk membeli-belah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik, demikian saranan Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

“Jumlah beg plastik yang dibuang oleh pengguna di negara ini dapat dikurangkan dan pada masa yang sama pencemaran alam sekitar dapat [...]



Khalid Samad : Najib perlu jawab, buang elemen keagamaan Kristian

Sunday, 02 January 2011

SHAH ALAM, 2 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya tidak lepas tangan dengan membiarkan pegawainya menjawab segala persoalan berhubung isu membuang elemen keagamaan semasa sambutan Hari Krismas 25 Disember lalu.
Arahan berkenaan juga didakwa melarang berlakunya upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu.
Najib hadir ke gereja [...]



KTM tubuh pasukan siasat punca kebakaran kepala keretapi Senandung Langkawi

Sunday, 02 January 2011

KUALA LUMPUR , 2 Jan -  KTM Bhd akan menubuhkan pasukan penyiasat dalaman bagi mengenal pasti punca sebenar kepala kereta api Senandung Langkawi terbakar berhampiran bulatan Segambut di sini, malam semalam.
Pengarah Urusan (Intercity Services SBU) KTM Sabini Tijan berkata pasukan penyiasat itu yang dianggotai kakitangan bahagian kejuruteraan KTM  akan turut menyiasat punca sebenar kerosakan pada [...]



Pembantu rumah maut dipercayai cuba lari dari rumah majikan

Sunday, 02 January 2011

PUTRAJAYA, 2 Jan – Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai cuba melarikan diri dari rumah majikannya maut akibat terjatuh dari tingkat 12 Pangsapuri Blok E2, Fasa 12, Presint 9 di sini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata mangsa yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dipercayai memanjat keluar dari tingkat 12 menggunakan [...]



NUJ : Gesa tindakan tegas atas Pengarang Utusan, cetus perkauman

Sunday, 02 January 2011

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pengarang dan pengarang-pengarang  Utusan Malaysia kerana mencetuskan ketegangan perkauman dengan sering memainkan isu-isu yang membakar sentimen kaum Melayu dan bukan Melayu.

Presidennya, Hata Wahari (Gambar), menegaskan kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan sedemikian hanya menzahirkan mereka turut terlibat dalam agenda  mencetuskan pertikaian perkauman yang didalangi sebuah akhbar yang boleh [...]



Mohd Safee Sali diburu empat kelab bola sepak luar negara

Sunday, 02 January 2011

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Penyerang sensasi bola sepak negara Mohd Safee Mohd Sali kini dipikat sekurang-kurangnya empat tawaran kontrak untuk menyertai kelab di luar negara, lapor Bernama.

Tiga tawaran datangnya dari Indonesia manakala satu lagi Vietnam.
Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Hamidin Mohd Amin pada majlis taklimat serta undian Liga Malaysia [...]



494 dipindahkan pagi ini akibat banjir memburuk di Rantau Panjang

Sunday, 02 January 2011

RANTAU PANJANG, 2 Jan – Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat banjir di pekan ini meningkat kepada 494 orang pagi ini berbanding 280 orang semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan berkata tiga pusat pemindahan dibuka iaitu di Stesen Keretapi Malaysia Berhad (KTMB) Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Cina Rantau Panjang untuk [...]