Bekas tentera didakwa menyamar doktor
Tuesday, 04 January 2011KLANG, 4 Jan – Seorang bekas anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyamar sebagai seorang doktor dan telah merawat pesakit tanpa Sijil Perakuan Amalan Tahunan daripada Majlis Perubatan Malaysia.
Hilme Abdul Hamid, 41, dari Seremban, Negeri Sembilan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Afifah Mamat @ [...]

