Berita

Polis kesan waris lelaki ditemui mati dalam tandas

Wednesday, 05 January 2011

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Polis sedang mengesan waris kepada seorang lelaki yang ditemui mati dalam tandas awam di Pasar Pudu di sini minggu lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supt Nor Azman Muhammad Yusuf berkata, mayat Shaharuddin Abdullah, 41, yang ditemui terbaring oleh orang awam pada 28 Disember, telah dibawa ke Unit Forensik Hospital [...]



Bayi lelaki ditemui berhampiran Istana Budaya

Wednesday, 05 January 2011

Berhampiran kawasan Istana Budaya inilah bayi lelaki itu ditemui

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Seorang bayi lelaki yang dibalut dengan kain putih ditemui dalam sebuah beg berwarna hitam di tepi jalan berhampiran Istana Budaya, Tasik Titiwangsa, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, seorang anggota Polis Bantuan Pos Malaysia yang kebetulan [...]



Peguam Negara jelas pemergiannya ke Mekah

Wednesday, 05 January 2011

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam majlis dialog dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam turut memberi maklum balas mengenai isu beliau dan keluarganya mengerjakan haji di Mekah baru-baru ini.
Selain itu ia berkenaan dakwaan bloger yang membabitkan beliau dengan kes MASKargo, menurut kenyataan akhbar SPRM yang dikeluarkan di [...]



Harga petrol RON97 naik 10 sen

Tuesday, 04 January 2011

KUALA LUMPUR 4 Jan – Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.
Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.
Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 [...]



Isu SUK: MB bagi taklimat kepada Adun Pakatan

Tuesday, 04 January 2011

SHAH ALAM, 4 Jan – Dalam pada itu Tan Sri Abdul Khalid petang tadi memberi taklimat kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Pakatan Rakyat (Pakatan) mengenai isu perlantikan Datuk Khusrin oleh Putrajaya.
Taklimat itu juga bertumpu kepada hasil pertemuan Menteri Besar dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri akan membuat persiapan [...]



SAMM buat laporan polis berhubung menteri rogol amah

Tuesday, 04 January 2011

SHAH ALAM, 4 Jan – Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis esok berhubung salahlaku seorang menteri di dalam kabinet Malaysia yang didakwa terbabit merogol pembantu rumah warga Indonesia .
Laporan akan di buat di IPD Seremban Dua, Jam 10.30 pagi.
Dikendalikan Soladiriti Anak Muda Malaysia(SAMM), Badrul berkata segala dokumen berkaitan akan dedahkan sebagai [...]



Dewan Negeri Selangor bersidang hujung bulan ini – MB

Tuesday, 04 January 2011

SHAH ALAM 4 Jan -Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan bahawa Dewan Negeri Selangor (DNS) akan bersidang pada hujung bulan ini.
Ujar Menteri Besar Selangor itu, dalam tempoh tersebut kerajaan negeri katanya akan membuat persediaan berhubung pindaan pelantikan tiga jawatan utama yang membabitkan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
“Kita bercadang untuk mengadakan sidang dewan dalam masa yang terdekat [...]