Berita

Dana Rakyat RM2.71b Untuk bolehkan BN Tawan Selangor

Tuesday, 27 December 2011

Oleh Mat Zahari Bin Ali
SHAH ALAM 27 DISEMBER : Peruntukan RM2.71 bilion wang rakyat dan wang pembayar cukai diseluruh negara yang diserahkan kepada Umno/BN Selangor oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merupakan tindakan salah guna kuasa yang amat tidak bertanggung jawab membabitkan dana rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS selangor, Khalid Samad berkata peruntukan tersebut yang [...]



Perutusan Hari Natal & Tahun Baharu MB : Akui Kepelbagaian Dan Pupuk Persefahaman

Sunday, 25 December 2011

SHAH ALAM 25 DISEMBER : Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut Kristian seterusnya Selamat Menyambut Tahun Baharu Masehi kepada seluruh masyarakat.
Beliau berkata, Hari Natal atau Krismas yang disambut pada 25 Disember saban tahun di Malaysia memperlihatkan kemajmukan masyarakat adalah [...]



MB : Wang RM2.71 Bilion Milik Rakyat, Bukan Milik BN

Saturday, 24 December 2011

Oleh : Mohd Ezli Mashut
KUALA SELANGOR, 24 DISEMBER : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak perlu mendabik dada kononnya menyalurkan peruntukan yang besar untuk projek pembangunan di Selangor kerana wang tersebut adalah milik wang rakyat yang membayar cukai.
Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa [...]



111 Peneroka Asal Kg Seri Aman Ijok Bakal Terima Geran Tanah

Friday, 23 December 2011

Oleh : Mohd Ezli Mashut
KUALA SELANGOR , 23 DISEMBER : Kerajaan Negeri Selangor akan mengeluarkan  geran tanah kepada 111 peneroka asal Kampung Seri  Aman, Ijok, selepas majoriti peneroka ini menolak cadangan pembangunan semula yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemberimilikan tanah ini akan dibuat berdasarkan susun atur yang mengambil [...]



FOMCA: Tahun 2012, Sara Hidup Masih Cengkam Pengguna

Friday, 23 December 2011

Oleh Mat Zahari Bin Ali
SHAH ALAM, 23 DISEMBER : Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) tidak yakin tahun 2012 membawa perubahan besar kepada pengguna.
Bendahari Agungnya, Yusuf Abd Rahman berpendapat tren kenaikan harga barangan akan berlarutan antara lain ekoran proses rasionalisasi subsidi yang dijalankan pemerintah.
“kalau berdasarkan kepada laporan Bank Negara, pertumbuhan KDNK adalah pada paras 5 peratus. Indeks [...]



Mohamad Sabu: Hasan Ali Tidak Akur Keputusan Muktamar

Friday, 23 December 2011

Oleh Mohd Hafiizh Mokhtar
SHAH ALAM, 23 DISEMBER : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menganggap tindakan Bekas Pesuruhjaya PAS, Selangor, Datuk Dr Hasan mengkritik Dasar Negara Kebajikan yang menjadi pokok perbahasan ketika membahaskan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan PAS lalu sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip parti.
Dalam satu temubual bersama TV Selangor, beliau berkata Pas [...]



Nurul Izzah: Sikap Pilih Kasih DBKL Dikesali

Friday, 23 December 2011

Oleh Afeeqa Afeera
PETALING JAYA, 23 DISEMBER : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa bersikap adil terhadap penjaja di Taman Sri Sentosa dengan mengemukakan senarai penjaja yang layak menjalankan perniagaan di kawasan itu.
Penyenaraian ini bertujuan menyelesaikan kemelut yang dihadapi peniaga terbabit sejak tahun 2006.
Gesaan itu disuarakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung sikap pilih [...]