Berita

Pesan Anwar Kepada Rakyat

Tuesday, 03 January 2012

PETALING JAYA, 3 JANUARI : Mengira beberapa hari sahaja lagi menuju keputusan kes mahkamahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada rakyat walau apa pun berlaku jangan pernah berhenti untuk mendesak perubahan.
Tegas Anwar, Barisan Nasional (BN) silap sekiranya berfikir bahawa mereka selamat dengan memenjarakan beliau.
“Teruskan perjuangan ini, teruskan membela rakyat yang dizalimi.
“Keutamaan adalah memenangkan Pakatan Rakyat [...]



Faekah: RPK Perlu Buktikan Tuduhan

Monday, 02 January 2012

SHAH ALAM, 2 JANUARI – Tuduhan penulis blog Raja Petra Kamaruddin(RPK) bahawa wujud gejala di Selangor yang melibatkan pemberian duit kopi oleh usahawan berbangsa Cina adalah satu tuduhan yang serius.
Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan kepada TV Selangor hari ini.
Menurutnya, beliau terpanggil untuk memberi komen selepas membaca [...]



Lebih 80,000 Hadir Program Pengisian Ilmu Sambutan Tahun 2012

Sunday, 01 January 2012

SHAH ALAM, 1 JANAURI: Lebih 80,000 orang hadir ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang turut menggandingkan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya membawa pendekatan baharu dan berbeza pengisian ilmu malam tadi.

Difahamkan, jumlah ini jauh lebih hebat [...]



Isu Tangkapan Mahasiswa Di UPSI

Sunday, 01 January 2012

KENYATAAN MEDIA
1 Januari 2012
Untuk Sebaran Segera
Tuntutan Mahasiswa melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan BEBAS bagi memansuhkan AUKU adalah suatu usaha berterusan golongan Mahasiswa untuk menuntut hak dan kebebasan buat seluruh mahasiswa di Malaysia.
BEBAS bersama SMM terus memperjuangkan pemansuhan AUKU dan Kebangkitan Mahasiswa terus dicerna dalam Himpunan diluar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun [...]



KEADILAN Kecam Polis Bertindak Ganas Terhadap Mahasiswa

Sunday, 01 January 2012

SHAH ALAM. 1 JANUARI : KEADILAN mengecam perbuatan ganas polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
“Tindakan ini jauh berbeza ketika perarakan mahasiswa ke PWTC. Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan Agenda Transformasinya tidak membawa makna,” kata Nik Nazmi Nik Ahmad pada kenyataan media.
Justeru, Pengarah [...]



Demo Siswa Berdarah Membuka Tirai Tahun 2012

Sunday, 01 January 2012

Lalu, tahun baru pun panas bertunas; lalu, demo siswa pun ganas ditindas.”  Demikianlah puisi yang ditulis oleh Sasterawan Negara A.Samad Said pada laman Facebooknya, setelah perhimpunan kira-kira 60 orang siswa-siswi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disuraikan secara kasar oleh pihak polis.
Perhimpunan yang bermula pada jam 1.30 awal pagi 1 Januari 2012 ini berakhir dengan penangkapan [...]



Flash Mob V for Vendetta Turun ‘Menakluk’ Dataran Merdeka

Sunday, 01 January 2012

Oleh Sheridan Mahavera
KUALA LUMPUR 1 JANUARI : Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka di sini semalam digegarkan dengan “flash mob” atau demonstrasi kilat yang menuntut hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara yang semakin dikekang oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Flash Mob yang bertemakan elemen-elemen dari filem terkenal “V for Vendetta” itu dihadiri puluhan anak muda berbilang kaum [...]