Berita

Bersihkan Malaysia: Moto Konvensyen PR Ke-3

Saturday, 14 January 2012

Oleh Mat Zahari Bin Ali
ALOR SETAR, 14 JANUARI : Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang berlangsung di sini menjadikan moto “Bersihkan Malaysia” sebagai sebuah akur janji bagi memastikan segala hak rakyat akan dapat dinikmati secara adil dan harmoni.
Moto ini bertepatan dengan hala tuju PR disaat negara sedang mengalami pelbagai kepincangan akibat amalan rasuah, kronisme, salah guna [...]



Pembeli Rumah Kos Rendah Alam Perdana Akan Terima Kunci Tidak Lama Lagi

Saturday, 14 January 2012

KUALA SELANGOR,14 JANUARI : Seramai 2,500 pembeli rumah kos rendah di Taman Alam Perdana, Kuala Selangor  akan mendapat unit-unit masing-masing berserta Sijil Layak menduduki (CF) tidak lama lagi.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek terbengkalai itu diberikan nafas baharu selepas Kerajaan Selangor mengambil alih tanah daripada pemaju untuk membolehkan kerja-kerja menyiapkan unit-unit rumah [...]



MB : Najib Terdesak Untuk Tawan Balik Selangor

Saturday, 14 January 2012

Oleh Afix Redzuan dan Naeem Raffi
SUNGAI PETANI, 14 JANUARI : Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang semakin rancak turun bertemu rakyat di Selangor bagi meraih sokongan untuk Barisan Nasional disifatkan sebagai usaha terdesak di mana BN “hanya bermimpi dan mengigau”.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selama lebih 50 tahun [...]



MB : Pengganti Hasan Ali Akan Diketahui Minggu Depan

Friday, 13 January 2012

Oleh Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM, 13 JANUARI : ADUN Pas yang bakal menggantikan Datuk Dr Hasan Ali bakal mengangkat sumpah pada Rabu depan selepas beliau diputuskan di dalam perbincangan antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid dan pemimpin Pas pusat dalam sehari dua ini.
Abdul Khalid berkata Sultan Selangor telah bersetuju untuk menulis surat pembatalan perlantikan [...]



Projek RM37 Juta Perbaiki Aliran Trafik Di Seri Kembangan

Thursday, 12 January 2012

Oleh : Mohd Ezli Mashut
SERDANG,12 JANUARI : Penduduk di kawasan Seri Kembangan boleh menarik nafas lega daripada berhadapan kesesakan lalu lintas yang menghantui penduduk kawasan itu sejak sekian lama apabila projek hampir RM37 juta diperuntukkan untuk memperbaiki lalulintas di kawasan itu.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penyelesaian kesesakan jalan raya iitu adalah untuk membuat [...]



Selangor Kekal Pilihan Pelabur

Thursday, 12 January 2012

Oleh Afeeqa Afeera
SHAH ALAM 12 JANUARI : Selangor sinonim dengan imej negeri maju dan kaya pelaburan. Akan tetapi sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran pada Mac 2008, pelbagai pihak mendakwa iklim pelaburan negeri merudum.
Dalam wawancara eksklusif bersama TVSelangor, Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor(SICC), Datuk Mhd Jabar Ahmad Kembali menjelaskan bagaimana tanggapan tersebut tidak [...]



Garis Panduan Untuk Yuran Penyelenggaraan

Thursday, 12 January 2012

Oleh Afeeqa Afeera
SHAH ALAM, 12 JANUARI : Kerajaan Selangor akan menyiarkan satu garis panduan berhubung yuran penyelenggaraan yang sepatutnya dikenakan pemaju ke atas setiap penghuni pangsapuri di negeri ini.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana kerajaan negeri banyak menerima aduan daripada penduduk tentang yuran kos penyelenggaraan yang dikenakan terlalu tinggi [...]