Berita

Khalid desak siap segera Hospital Shah Alam

Friday, 23 July 2010

SHAH ALAM, 23 Jul -  Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak digesa segera mengambil alih projek pembinaan Hospital Shah Alam, kata Khalid Samad.
Gesaan itu ekoran pergaduhan dalaman Sunshine Fleet Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama dengan sub-kontraktor GMH Healthcare yang akhirnya melumpuhkan keseluruhan kerja-kerja pembinaan projek mega bernilai RM482 juta itu.
“Sila siapkan segera, tiada bajet tambahan, [...]



Bina terminal bas di tapak kilang arak

Friday, 23 July 2010

SHAH ALAM, 23 Jul – Projek pembinaan Terminal Bas Shah Alam di Batu Tiga akan dinilai semula oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), kata Khalid Samad.
Menurut Anggota Parlimen Shah Alam itu, Majlis Bandaraya Shah Alam pada era UMNO BN memerintah Selangor telah meluluskan projek tersebut tanpa terlebih dahulu mendapatkan maklum balas rakyat tempatan.
“Benda (projek terminal [...]



Inkues Teoh Beng Hock: Tiada bunyi jeritan

Friday, 23 July 2010

SHAH ALAM, 23 Jul – Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah yang memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock di sini hari ini memberitahu bahawa tiada sebarang bunyi jeritan kedengaran dan tiada sesiapa dipukul sepanjang beliau ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tan, 40, yang ditahan dan disoal siasat SPRM pada [...]



‘Saya akan bangkit isu UMNO-Pas Ahad ini’- Khalid Samad

Friday, 23 July 2010

SHAH ALAM, 23 Jul – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menjangka isu pertemuan pemimpin Pas dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung soal kerjasama dan perpaduan dengan UMNO, akan dibangkitkan dalam majlis munaqasah Pas Selangor Ahad ini.
Majlis munaqasah atau perbincangan itu, diadakan oleh semua Pas negeri untuk membincangkan ucapan dasar Presiden Pas Datuk [...]



MB serah sumbangan kepada balu Setiausaha AMK Pusat

Friday, 23 July 2010

SHAH ALAM, 23 Jul – Menteri Besar, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan balu Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Hasmuzair Hassan, 33, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kampung Subang pada 17 Julai lalu.
Pada majlis minum petang dengan Nazylinda Abdullah, 29, di Pejabat Menteri Besar di tingkat 21 Bangunan Sultan [...]



Akhbar PKR terus berada di pasaran

Friday, 23 July 2010

SHAH ALAM, 23 Jul – Suara Keadilan terus diterbitkan tetapi edisi yang dikeluarkan Isnin lalu menggunakan judul Obor Keadilan, kata pengarangnya, Dzulkarnain Taib.
Meskipun permit akhbar PKR itu berakhir 7 Julai lalu, namun Akta Mesin Cetak dan Penerbitan membenarkan terbitan berkala untuk edisi tunggal dicetak tanpa permit.
Sehubungan itu, setiap penerbitan itu membawa judul yang berbeza.
“Ini adalah [...]



Keputusan kes rayuan Abdul Kudus 27 Ogos

Friday, 23 July 2010

SHAH ALAM, 23 Jul – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Ogos ini untuk keputusan rayuan bekas Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya Kapt (B) Abdul Kudus Ahmad berhubung sabitan dan hukuman penjara 11 tahun dan denda yang dikenakan terhadapnya berkaitan 24 pertuduhan
meminta dan menerima rasuah daripada pemilik sebuah restoran.
Hakim Mohd Yazid Mustafa [...]