SelangorKini Online » Berita

Perutusan Sambutan Maulidur Rasul 1433H
Perutusan Sambutan Maulidur Rasul 1433H

YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim

“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT  kerana masih memberi kita kesempatan untuk hidup dan merasa pelbagai nikmat kurniaan-Nya.

Berdasarkan catatan sejarah, sambutan Maulidur Rasul diraikan sejak abad ke-5 Hijrah  mencatatkan bahawa pada setiap  Isnin, Rabiulawal, rumah kelahiran Nabi SAW dibuka dan orang ramai berpusu-pusu mengunjunginya.

Sebenarnya, umat Islam sentiasa digesa mengingati dan mencontohi Rasulullah SAW pada setiap masa. Cara yang terbaik adalah dengan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Hal ini ada  diterangkan dalam surah al-Ahzab, ayat 56 “Sesungguhnya Allah Swt dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi SAW. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Selain  berselawat, tentulah pesanan dan akhlak Rasulullah SAW menjadi ikutan penting penganut agama Islam. Antara pesanan dan akhlak yang diajarkan adalah tentang hubungan sesama manusia.

Antara aspek penting dalam kehidupan manusia adalah perpaduan. Ia bertepatan dengan tema bagi sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”.

Meskipun Islam menganjurkan manusia bersatu dan mengelakkan daripada hidup berpecah-belah, namun penyatuan ini bukanlah dicapai kerana faktor luaran yang tidak kekal tetapi kerana prinsip-prinsip yang boleh dipertahankan.

Dalam surah al-Baqarah, ayat 213, Allah SWT menjelaskan bahawa pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu sebelum berpecah-belah dan diutuskan para Nabi untuk memberi khabar gembira dan amaran beserta kitab suci dengan keterangan yang benar untuk menjalankan hukuman antara manusia mengenai apa yang dikerjakan.

Dalam surah al-Ma’idah, ayat ke 48 pula dijelaskan bahawa jika Allah mahu nescaya Dia menjadikan manusia satu umat tetapi Dia hendak menguji manusia tentang  apa yang telah disampaikan. Di samping itu, manusia digesa berlumba-lumba dalam hal mengerjakan kebaikan kerana akhirnya semua pasti kembali kepada Allah SWT dan diberitahu tentang apa yang diperselisihkan

Dalam surah al-Hujurat, ayat ke-13, Allah SWT menegaskan bahawa Dia memang sengaja menjadikan perbezaan tersebut dan menuntut agar manusia saling berkenalan. Yang membezakan antara satu sama lain dalam kalangan manusia adalah takwa dan ia tidak dapat ditentukan secara pasti oleh manusia, kecuali tanggapan daripada sejumlah rujukan agama.

Jelas,  dalam ayat-ayat ini keterangan tentang hakikat bahawa manusia itu tidak bersatu atau mempunyai perbezaan tersendiri. Selain itu, ditunjukkan bagaimana manusia harus menangani situasi tersebut.

Ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Anfal, ayat ke-63, bahawa sebanyak mana pun manusia berbelanja untuk menyatukan manusia, ia tidak  dapat dilakukan kerana semuanya dalam kekuasaan Allah SWT.

Sebenarnya, perbezaan itu adalah lumrah. Manusia dianjurkan bermusyawarah dan membuat keputusan berprinsip untuk kerukunan hidup bersama. Meskipun berbeza, semua manusia adalah daripada keturunan Adam Alaihisallam. Saidina Ali Radiallahu anhu juga pernah berkata bahawa seluruh manusia itu bersaudara dalam hal kemanusiaan.

Secara fitrahnya, semua manusia sukakan kebaikan, keadilan dan kejujuran. Ia adalah antara sebahagian ciri umum yang menyelubungi  kefahaman antara manusia. Maka, ia perlu diperkukuh. Dalam hal-hal yang manusia mempunyai perbezaan pendapat, sistem  itu mesti memberi cukup ruang kepada semua pihak untuk mengeluarkan pendapat masing-masing dan prosesnya dipastikan berlangsung secara aman. Ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk bersikap sederhana dan menghormati realiti perbezaan yang ada. Ruang untuk berbeza pendapat secara aman ini mesti diterima sebagai persefahaman bersama.

Kita mempunyai tanggungjawab besar untuk hidup berpandukan prinsip-prinsip luhur sebagaimana yang ditunjuki mesej al-Quran dan Sunnah Baginda Sallallahualaihiwasallam. Agama Islam merupakan sumber keselamatan dan keadilan, bukan sumber kezaliman, permusuhan serta keganasan. Justeru itu, marilah kita bersama mengambil kesempatan sempena Sambutan Maulidur Rasul ini untuk bermuhasabah bagi membolehkan kehidupan kita terus bertambah baik dan menepati mesej-mesej al-Quran dan Sunnah.

Saya berharap Maulidur Rasul kali ini disambut secara bersederhana dengan memperbanyak selawat, mempertingkat amal dan kebajikan meneruskan usaha ai antara kita untuk menjadi insan yang bermanfaat kepada semua.

Semoga kita  berjaya melakukan yang terbaik, sebagaimana  ditunjuki oleh Rasulullah SAW, teladan sepanjang zaman.

Wassalam.

Pembeli Rumah Kos Rendah Kena ‘top-up’ Tidak Benar
SHAH ALAM, 3 FEB : Dakwaan bahawa pembeli projek perumahan kos rendah di Jalan Pluto, Seksyen U5, Shah Alam perlu menambah pembayaran atau top-up sehingga RM30,000 jika mahu rumah mereka disiapkan adalah tidak benar.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar A. Samad berkata, kerajaan negeri tidak akan membenarkan mana-mana pemaju menaikkan harga rumah kos rendah dengan sewenang-wenangnya walaupun ia melibatkan projek terbengkalai.

Jelasnya, harga rumah kos rendah dikawal oleh kerajaan negeri iaitu RM42,000 sebuah tetapi RM35,000 pula untuk peneroka bandar (setinggan) di mana subsidi RM7,000 dibayar oleh pemilik tanah tapak rumah peneroka bandar tersebut.

Katanya, pembeli-pembeli projek perumahan itu telah dijanjikan rumah sejak 1993 di zaman Barisan Nasional mentadbir Selangor.

Walau bagaimanapun, jelasnya lagi projek tersebut telah terbengkalai dan hanya dalam tahun 2010 ketika pentadbiran Pakatan Rakyat pemaju baru telah dengan secara rasmi mengambil alih.

“Pengambil alihan projek ini oleh pemaju baru dari pemaju lama adalah hasil rundingan di antara kedua-dua pihak.

“Kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana pemaju projek terbengkalai menerima pemaju baru,” ujarnya yang juga Adun Cempaka dalam kenyataan medianya.

Beliau menjelaskan, di dalam pembentangan kepada Menteri Besar pada bulan Disember 2010, pemaju baru projek itu telah diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan sama sekali menaikkan harga rumah kos rendah.

Malah, katanya mereka telah diarah untuk menanggung subsidi RM7,000 bagi setiap peneroka bandar.

“Tetapi pemaju dibenarkan menukar 2 dari 6 blok rumah kos rendah yang belum dijual kepada rumah mampu milik supaya mereka dapat membiayai kos membaikpulih dan kos subsidi RM7,000 itu,” katanya.

Sejak itu, ujarnya kerajaan negeri telah memantau kemajuan projek itu dari masa ke semasa.

“Adalah diharapkan mereka yang mempolitikkan pelaksanaan projek ini agar berhenti dari melakukannya.

“Projek ini telah bertahun-tahun terbengkalai di bawah Barisan Nasional,” katanya.

Menurutnya, mereka telah gagal menyelesaikan masalah itu ketika Selangor di bawah pentadbiran mereka tetapi sekarang cuba berlagak seperti wira yang akan membantu rakyat.

Tolak BN Jawapan untuk Hentikan Lynas
Oleh Lizawati Madfa

SHAH ALAM 3 FEB : Satu demi satu kemusnahan yang dibawa kerajaan Umno/BN kepada negara ini semakin tidak dapat diterima oleh rakyat. Maka satu-satunya langkah untuk menyelamatkan negara ini adalah dengan menyingkirkan kerajaan sedia ada, demikian pendirian Hentikan Lynas Selamatkan Malaysia (SLSM).

Menurut Pengerusi (SLSM), Tan Bun Teet tindakan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) meluluskan lesen kendalian sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng, Kuantan adalah sangat mengecewakan.

“Kelulusan yang diberi AELB ternyata tidak memperdulikan segala perhatian dan pandangan orang awam berhubung perkara ini.

“Tidak kurang daripada seribu pandangan dan cadangan dikemukakan kepada AELB pada 26 Januari lepas tetapi hanya 3 hari kemudian Lynas diberi lesen TOL,” ujar Tan dalam kenyataan medianya.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan tempatan yang juga merupakan ahli SLSM berkata AELB nampaknya berdegil dan tidak belajar daripada kesilapan mereka di Bukit Merah suatu masa dahulu.

“Nampaknya, kerajaan tidak beri sebarang pilihan pada kita selain menolak mereka dalam pilihanraya akan datang. Kami mahukan Malaysia yang selamat dan bersih untuk semua.

“Kami tidak mahu kerajaan yang tidak pandai menunaikan tanggungjawabnya menjaga rakyat. Rakyat akan bangkit dan melakukan apa sahaja kali ini untuk menghentikan projek toksik ini,” ujar doktor tersebut.

Projek Lynas adalah 10 kali lebih besar daripada projek di Bukit Merah suatu masa dahulu dan dijangka akan menyumbang lebih banyak pencemaran alam sekitar dan kesannya terhadap penduduk sekitar.

Isu Sekolah Cina : Wee Kaa Siong Diminta Henti Pembohongan
Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 3 FEB : Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong digesa untuk berterus terang kepada masyarakat Cina di negara ini dan mengakui bahawa beliau tidak berupaya untuk membantu sekolah-sekolah Cina,tegas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim.

Menurut Teresa yang juga Adun Kinrara berkata, Ka Siong juga perlu menghentikan tindakan mengubah fakta dan bercakap bohong berkaitan dengan usaha Kerajaan Selangor yang menyediakan tanah untuk sekolah-sekolah Cina seperti yan telah diluluskan.

“Adalah jelas bahawa sebab Wee Ka Siong adalah berkali-kali memberitahu mengenai perkara itu – dengan menuduh kerajaan negeri Selangor hanya memberikan surat sokongan dan tidak memberi sekolah tanah rizab untuk SMJK Katholik dan SJKC Yak Chee untuk membina sekolah-sekolah cawangan.

“Ianya untuk menutup hakikat bahawa MCA tidak mempunyai kuasa dalam kementerian pendidikan dan mereka tidak dapat untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk kedua-dua buah sekolah untuk membina sekolah-sekolah cawangan,” kata Teresa dalam kenyataan medianya semalam.

Tambah Teresa, hakikatnya adalah kerajaan Selangor telah memutuskan dalam mesyuarat Exco pada 23 September 2011 lepas dengan memperuntukkan tanah lot 65768 dan lot 65766 di Tasik Prima Puchong kepada SJKC Yak Chee, Sekolah Tinggi Katolik dan sebuah pusat latihan autisme .

Kertas Exco mengenai keputusan ini adalah Kertas MMK. No 46/40/2011. Selain itu,jawatankuasa pembangunan sekolah-sekolah Cina Daerah Petaling Jaya dan lembaga sekolah dan PIBG telah diberikan kertas keputusan itu.

Disamping itu, surat yang dikeluarkan oleh Kerajaan negeri Selangor kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, mengumumkan kelulusan tanah dan menyokong hasrat sekolah untuk membina cawangan, telah disediakan untuk pelbagai pihak.

Oleh itu sekarang, selagi Kementerian Pelajaran meluluskan pembinaan kedua-dua sekolah cawangan ini maka sekolah-sekolah boleh mengemukakan permohonan untuk memulakan kerja-kerja.

“Wee Ka Siong terus berbohong untuk mengelirukan orang ramai dan ingin menghina kerajaan negeri dan menghina kebijaksanaan pemimpin jawatankuasa lembaga sekolah dan PIBG kedua-dua sekolah,” kata Teresa.

Justeru, tegas Teresa agar muslihat politik oleh MCA ini dihentikan daripada terus mempengaruhi pihak yang tidak bersalah seperti sekolah-sekolah dan pelajar yang mahu peluang menikmati persekitaran pendidikan yang selesa.

Idris Ahmad: Provokasi Kepala Babi Petanda PRU13 Makin Dekat
Oleh Afix Redzuan

SHAH ALAM 2 FEB : Pelbagai provokasi dan amalan fitnah yang dicetuskan golongan berkepentingan serta media arus perdana yang cuba mencetuskan ketegangan kaum menjadi penanda PRU13 semakin hampir.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad, melahirkan kekesalan berhubung insiden meletakkan kepala babi yang berlaku di Masjid Al-Hidayah Sentul seperti yang dilaporkan hari ini.

Dalam reaksinya kepada TVSelangor berkata, kejadian ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan kejadian ini merupakan kes kedua dalam tempoh seminggu.

Awal minggu ini menyaksikan satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.

Justeru, beliau meminta pihak polis bertindak tegas bagi mencari pihak yang bertanggungjawab memandangkan perkara ini dilihat sebagai satu bentuk provokasi sentimen keagamaan menjelang Pilihanraya ke-13 (PRU-13).

“Jika perkara ini berlaku dalam era tahun 60an, sudah pastinya perkara yang tidak diingini akan berlaku di negara ini,” katanya.

Selain itu sentimen perkauman bukan sahaja melibatkan usaha provokasi keagamaan seperti isu kepala babi dan kepala lembu turut melibatkan kenyataaan pemimpin-pemimpin Umno dan NGO (Perkasa) yang bersifat perkauman.

Media milik Umno juga hampir setiap hari cuba mencetuskan suasana tidak harmoni dengan meniup api perkauman dan pelbagai bentuk fitnah.

Keadaaan ini dianggap sebagai disengajakan oleh pihak tertentu bertujuan meraih sokongan kaum tertentu setelah merasakan tiada jalan lain untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Beliau menambah, perkara sebegini merupakan ‘bunga-bunga PRU-13′ yang bakal berlangsung bila-bila masa.

Insiden meletakkan kepala babi ini tercetus selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan beberapa buah negeri selepas PRU-12 bermula di Petaling Jaya yang melibatkan dua buah masjid diikuti kejadian sama yang berlaku di Johor.

Selain itu, insiden provokasi bermotifkan sentimen keagamaan ini turut belaku melibatkan kejadian kebakaran gereja di Taman Melawati dan simbahan cat merah di sebuah surau di Seremban.

Merujuk kepada kejadian sebelum ini, sehingga kini belum ada sebarang tangkapan yang dilakukan.

SPR Tidak Boleh Nafikan Hak Rakyat Malaysia Di Luar Negara Mengundi
Oleh Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM, 2 FEB : Cadangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi dengan alasan bukan pembayar cukai adalah langkah kebelakang dan merupakan penafian hak rakyat , tegas MPP PKR Elizabeth Wong.

Menurut Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan berkata walaupun cadangan itu adalah terhad kepada rakyat Malaysia di luar negara buat masa ini, namun mencerminkan sikap SPR terhadap pengundian yang ia adalah satu keistimewaan, bukan hak.

“Dengan menafikan hak perlembagaan rakyat Malaysia untuk mengundi,SPR telah sekali lagi menunjukkan pandangan samar-samar mengenai proses demokrasi.

Menghubungkan cukai dengan mengundi bermakna melebarkan jurang yang luas dalam masyarakat termasuk pelajar, belia dan seluruh warga negara di semua peringkat.

Ini menandakan satu trend yang bahaya dalam politik Malaysia daripada pengukuhan demokrasi,” kata Elizabeth dalam kenyataan medianya.

Menurut Elizabeh ,sebaliknya, bagi kebanyakan negara-negara demokratik,mengundi di luar negara semata-mata melibatkan satu proses yang mudah dengan mendaftar di kedutaan yang terdekat atau Konsulat.

Tidak mengejutkan, cadangan itu disokong oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, membuktikan mencabut mutlak parti itu daripada aspirasi rakyat Malaysia biasa yang menunjukkan sokongan itu adalah bukti bahawa MCA semakin menjadi parti elitis.

Tambahan pula, contoh Chua, Amerika Syarikat sebagai hanya memberikan undi tidak hadir kepada pembayar cukai adalah tidak benar. Malah, pindaan perlembagaan Amerika Syarikat ke-24 secara khusus menyatakan bahawa hak rakyat untuk mengundi tidak boleh dinafikan atau diringkaskan oleh sebab kegagalan untuk membayar apa-apa cukai pungutan suara atau cukai lain.

“Saya ingin mengingatkan SPR, Chua dan MCA bahawa mengundi adalah satu asas hak semua rakyat. Ia bukan mereka untuk membuat keputusan yang seseorang itu dapat mengundi ataupun tidak,” katanya.

Isu Teoh Beng Hock: Tempoh 14 Hari Untuk Keluarga Buat Rayuan
Oleh Lizawati Madfa

PUTRAJAYA 2 FEB : Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan keluarga mendiang Teoh Beng Hock membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini yang menolak kebenaran membuat semakan kehakiman berhubung keputusan terbuka inkues kematian mendiang.

“Jadi Mahkamah hari ini bersetuju untuk memberikan kami kebenaran untuk membawa isu undang-undang ini untuk kami mendapatkan satu keputusan berkenaan perkara berkenaan,” jelas peguam keluarga mendiang, Gobind Singh Deo.

Sehubungan itu, pihak keluarga Beng Hock diberi masa selama 14 hari untuk memfailkan notis rayuan bermula daripada hari ini dan mahkamah akan mengumumkan tarikh perbicaraan.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan moral ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, NUrul Izzah.

Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran anak mendiang Beng Hock yang baru mencecah usia 2 tahun selain kehadiran kedua ibubapa dan keluarga mendiang.

Selain itu, puluhan penyokong juga turut hadir memakai t-shirt dan banner tertera kata-kata sokongan demi menegakkan keadilan dalam perbicaraan kes kematian mendiang Beng Hock.

Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan.