Kenyataan Akhbar Wiliam Leong Jee Keen

Thursday, 28 January 2010 | Ruangan: Berita

Kenyataan Akhbar
Wiliam Leong Jee Keen

Parti Keadilan Rakyat mengutuk keras tindakan pihak yang membalingkan
kepala babi kedalam perkarangan dua buah masjid di Jalan Klang Lama
pagi ini (semalam).

Dua buah masjid tersebut adalah Masjid Jumhuriyah di Taman Datuk Harun
dan Masjid Al-Imam Al-Tarmizi di Taman Seri Sentosa.

Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini merupakan satu lagi percubaan
pihak tertentu untuk mewujudkan suasana bermusuhan dalam masyarakat
majmuk di negara ini ekoran siri serangan dan vandalisme ke atas
gereja dan kuil sikh dua minggu lalu.

KEADILAN yakin bahawa seluruh warga Malaysia yang sayangkan keamanan
tidak akan bersetuju dengan mana-mana pihak yang cuba menyerang tempat
beribadat, baik gereja, kuil sikh mahupun masjid.

Kami menyeru agar pihak polis menjalankan siasatan secara telus dan
profesional dalam perkara ini supaya mereka yang terbabit dalam
tindakan bertanggungjawab ini dihadapkan ke muka pengadilan.

William Leong Jee Keen

Ahli Parlimen Selayang