Azmin akan dedah identiti petualang serangan rumah ibadat
Wednesday, 27 January 2010 | Ruangan: BeritaPETALING JAYA, 27 Jan - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali akan dedahkan identiti pemuda-pemuda Umno dari Cawangan Gombak dan Ampang yang terbabit dalam serangan gereja di Wangsa Maju.
Ditemui di Masjid Jumhuriyah Taman Dato Harun, yang menjadi mangsa serangan pihak tidak bertanggungjawab, pemimpin kanan PKR itu melahirkan dukacita dengan kemuncak percaturan politik Umno ini.
Azmin menyeru Umno supaya menghentikan permainan sentimen perkauman dan agama ini.

