MBPJ sasar 100,000 kotak minuman
Selasa, 26 Januari 2010 | Ruangan: BeritaPETALING JAYA 26 Jan. - Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) meletakkan sasaran untuk mengumpul 100,000 kotak minuman dalam kempen kitar semula yang dilancarkan baru-baru ini.
Kempen Kitar Semula Kotak Minuman itu turut mendapat kerjasama Lions Club District 208B1 danTetrapak (M) Sdn. Bhd. itu akan berakhir 6 Mac depan.
Menurut Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Sharipah Marhaini Syed Ali, kempen tersebut juga tersenarai dalam salah satu daripada Local Agenda 21 Petaling Jaya yang memandang kepada pemeliharaan alam sekitar ke arah pembangunan mapan.
“Selain daripada menjayakan kempen 3R dan pengurangan kadar pembuangan sampah, perlaksanaan kempen ini juga bertujuan mengeratkan usahasama dan integrasi semua pihak.
“Untuk kempen kali ini, pihak kami mensasarkan 100,000 kotak minuman akan berjaya dikumpul sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.







