6,000 Keluarga Di Kuala Selangor Akan Terima Geran Tanah
Sunday, 24 January 2010 | Ruangan: BeritaSUNGAI BULUH, 24 Jan. – Kira-kira 5,000 hingga 6,000 keluarga di Kuala Selangor bakal menerima geran tanah dari Kerajaan Negeri Selangor.
Pemberian geran itu akan dibuat secara berperingkat bermula akhir bulan ini hingga hujung tahun 2010 sekaligus menyaksikan hampir 90 peratus masalah pemilikan tanah di kawasan itu selesai.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kuala Selangor merupakan lokasi pertama bagi projek pemberianĀ geranĀ kepada penduduk yang telah lama mendiami seseuatu kawasan sebelum langkah sama diaplikasikan di seluruh Selangor.
“Untuk Ijok dan Kuala Selangor, terima kasih kepada Pegawai Daerah dan Yang DiPertua. Satu Program besar-besaran akan diadakan untuk memberi tanah kepada mereka yang telah lama duduk sehingga ada 20 30 tahun lalu,” katanya di majlis Sumbangan Mesra Usia Emas di Sungai Buluh hari ini.

