Bekas Pengerusi Gerak Sertai PKR
Sunday, 24 January 2010 | Ruangan: BeritaPETALING JAYA, 24 Januari – Mantan Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak), Mohd Nazree Mohd Yunus yang melepaskan jawatannya semalam kini sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Nazree, 26, merupakan pengerusi kedua Gerak, menggantikan Ezam Mohd Noor yang menyertai Umno pada Jun 2008.
Beliau menjadi ahli sayap pemuda PKR.
Nazri mengumumkan penyertaannya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini sebentar tadi.
Penyertaan Nazree disambut baik oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

