Operasi Pemotongan Air Bagi Bil Tertunggak Di Lembah Klang

Tuesday, 12 January 2010 | Ruangan: Berita

KUALA LUMPUR, 12 Jan. – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sedang mengadakan operasi pemotongan bekalan air bagi bil tertunggak di beberapa kawasan di Lembah Klang bermula semalam dan berakhir 29 Januari ini.
Syabas, dalam satu kenyataan hari ini, menasihatkan orang ramai membuat pembayaran bil dengan segera kerana caj RM50 akan dikenakan bagi kos pemotongan dan penyambungan semula.
Operasi pemotongan bekalan antara 11 dan 15 Januari, melibatkan Bandar Manjalara, Desa Sri Mahkota, Medan Putra Business Centre, Desa Park City, Taman Sunway Damansara dan Taman Wangsa Permai.
Dari 18 hingga 22 Jan, kawasan yang terlibat ialah Kampung Tasek Tambahan, Kampung Tasek Permai,Taman Mulia Jaya, Kampung Ampang Indah, Kampung Tasek Camuran, Kampung Lembah Jaya Utara, Kampung Lembah Jaya Selatan, Indian Settlement, Kampung Tengah, Kampung Pinggir, Taman Industri Lembah Jaya, Kampung
Sungai Putih, Taman Bukit Ampang, Taman Dagang, Taman Dagang Permai, Taman Saujana Ampang, Taman Halaman, Taman Sri Ampang, Taman Kesuma, Taman Watan,
Pekan Ampang, Bandar Baru Ampang,Kampung Baru Amang, Jalan Besar Ampang dan Jalan Merdeka.
Dari 25 Januari hingga 29 Januari pula, operasi itu akan dilaksanakan di Taman Ukay Heights, Taman Zooview, Taman Kemensah, Kampung Kemensah, Taman Tun Abdul Razak, Taman Sri Ukay, Taman Pinggiran Ukay, Kampung Sungai Sering, Taman Wangsa Ukay, Riverdale Park, Taman Bukit Mewah, Taman Bukit Jaya, Taman Mulia Bukit Antarabangsa, Taman Bukit Utama, Taman Kelab Ukay dan Taman Ukay Perdana.