Isu Kalimah Allah: Umno Selangor Minta Campur Tangan Sultan

Thursday, 07 January 2010 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, 7 Januari – UMNO Selangor meminta campurtangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menangani isu penggunaan kalimah Allah oleh The Herald seperti yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi 31 Disember lalu.
Pengerusi Biro Agama UMNO Selangor, Datuk Ismail Kijo berkata, sebagai orang Islam, ahli UMNO Selangor tidak akan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” untuk berdakwah kepada orang Islam.
“ Sebagai payung kepada umat Islam khasnya dan rakyat Selangor amnya, patik menjunjung kasih sekiranya, ke bawah DYMM Tuanku dapat campur tangan di dalam isu yang sensitif bagi umat Islam di bumi bertuah ini,” katanya.
Penyerahan memorandum ini disertai kira-kirra 100 ahli UMNO seluruh Selangor.
Sementara itu, timbalannya, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, UMNO Selangor membantah sekeras-kerasnya sekiranya kalimah ‘Allah’ digunakan secara rasmi oleh oleh agama lain.
“Dan apabila perkataan Allah itu nak digunakan oleh orang bukan Islam. Dia nak cakap misalnya datuk, Allah Maha Kaya. Kita seronok dengar orang bukan Islam bercakap macam tu kerana ucapan-ucapan itu, ucapan basahan mulut, itu tak mengapa. Tetapi apabila perkataan itu diminta untuk diistiharkan dilegalizekan supaya diguna oleh agama lain, maka kita tidak bersetuju,” tambahnya lagi.
Memorandum ini diserahkan susulan keputusan Mahkamah Tinggi 31 Disember lalu yang membenarkan penggunanan kalimah Allah oleh majalah The Herald.
Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri berjaya mendapatkan perintah penangguhan keputusan mahkamah itu, kelmarin. -Suraya Sanusi-