MB Harap Tiada Lagi Tunjuk Perasaan Babitkan Isu Laluan di Bandar Mahkota Cheras
Saturday, 31 May 2008 | Ruangan: BeritaKUALA SELANGOR, 31 Mei – Isu pembinaan tembok penghadang yang menghalang laluan penduduk Bandar Mahkota Cheras ke persimpangan Bandar Tun Hussein Onn harus dijadikan pengajaran kepada semua pihak.
Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata isu itu merupakan satu pengajaran bagaimana penswastaan membina jalan raya perlu mengambil kira pembangunan di kawasan sekitar.
“Saya berharap tidak ada lagi tunjuk perasaan atau perarakan agar kita dapat terus menjalankan kerja kita sehari-hari,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah anak asnaf cemerlang 2007 di Universiti Industri Selangor (Unisel), Bestari Jaya dekat sini petang ini.
Abdul Khalid turut berterima kasih kepada kerajaan persekutuan yang semalam membuat keputusan membenarkan laluan itu dibuka serta merta.
Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memantau projek penswastaan seumpama ini bagi memastikan ia tidak memberi bebanan kepada rakyat. – NOOR ALLIA KASSIM

