Menteri Besar Selangor lawat Kashmir

Saturday, 26 December 2009 | Ruangan: Berita

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, kini berada di Kashmir, India dalam usaha mengeratkan hubungan dua negeri berkenaan.
 
Khalid tiba Kashmir pada Rabu lalu dan menginap di sebuah hotel milik kerajaan negeri. 
Beliau dijadualkan mengadakan perjumpaan dengan pimpinan tertinggi dari negeri itu selain menghadiri Pesta Salji Kashmir.

Khalid akan mengadakan pertemuan dengan Farooq Abdullah, Menteri Sumber Tenaga Alternatif India dan anaknya Omar, selaku Ketua Menteri Jammu Kashmir.

Kashmir adalah negeri tunggal di India yang majoriti penduduknya beragama Islam dan meskipun  diselubungi dengan pemberontakan oleh puak pemisah, terus menjadi destinasi pelancongan ulung India.