6,000 hadir syarahan Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi
Sunday, 20 December 2009 | Ruangan: Berita, EXCOSHAH ALAM, 20 Disember – Ulama tersohor dunia Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dijemput memberi syarahan kepada hampir 6,000 umat Islam yang hadir di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, malam semalam.
Bertemakan “pengajaran dari Hijrah Rasulullah S.A.W”, dengan nada yang begitu mantap dan bertenaga, beliau membangkitkan semangat umat Islam serta mengisi kehausan ilmu dalam syarahannya.
Antara isu yang disentuh termasuk merancakkan lagi insitusi masjid dengan program ilmuan selain menceritakan tentang golongan munafik dan menggaitkan ia dengan masa kini.
Kehadiran beliau disambut oleh Tan Sri Khalid serta kebanjiran jemaah yang berpusu-pusu meraikan pemikir Islam terkemuka ini.
Turut serta Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pimpinan Pakatan Rakyat dan Selangor.
Kali terakhir Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi datang ke Malaysia adalah 15 tahun dahulu dan berikrar tidak akan menjejaki Malaysia sehinggalah Datuk Sri Anwar Ibrahim dibebaskan.
Majlis yang bermula selepas sembahyang Maghrib berakhir dengan laungan “ALLAH HUAKHBAR” pada pukul 10.30 malam.
<!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Cambria Math”; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:roman; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-1610611985 1107304683 0 0 159 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:”"; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”,”serif”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} .MsoChpDefault {mso-style-type:export-only; mso-default-props:yes; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-fareast-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:”Times New Roman”; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} .MsoPapDefault {mso-style-type:export-only; margin-bottom:10.0pt; line-height:115%;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.0in 1.0in 1.0in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>



