Kerajaan Negeri Berhak Tentu Tarikh Pilihan Raya: MB
Monday, 14 December 2009 | Ruangan: Berita, S'KiniTVSHAH ALAM, 14 Dis. – Kerajaan Negeri bakal mempertimbangkan untuk menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum negeri ini sekiranya Kerajaan Persekutuan bercadang melaksanakan PRU dalam masa terdekat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan segala perancangan yang direncana kerajaan Pakatan Rakyat dapat dijayakan.
“Ya memang itu dibuat dalam perlembagaan, bagaimanapun masanya serupa tidak lebih daripada 5 tahun. Katalah kerajaan persekutuan dalam tiga tahun hendak membuat pilihan raya jadi pada pandangan kerajaan negeri tiga tahun terlalu singkat masanya untuk membubarkan Dewan Selangor untuk pilihan raya,” katanya ketika di temubual TV Selangor.
Bagaimanapun beliau berkata, Menteri Besar perlu mendapatkan perkenan daripada sultan.
Katanya, Selangor tidak perlu khuatir dengan sebarang tindakan yang dilakukan Kerajaan Persekutuan.

