Skandal PKFZ: Bekas Pengurus Besar Didakwa Hari Ini

Thursday, 10 December 2009 | Ruangan: Berita, EXCO

SHAH ALAM 10 Okt. – Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang
(LPK), Datin Paduka OC Phang dan dua lagi ditahan berhubung skandal
membabitkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Selain OC Phang, dua lagi ditahan berhubung skandal PKFZ ialah Ketua
Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Steven Abok dan seorang arkitek,
Benard Tan Seng Swe.

Sumber berkata, penahanan ketiga-tiga mereka dilakukan hasil operasi
bersama polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga mereka akan dituduh di mahkamah Klang, tengah hari ini.

NST dalam laporannya memetik sumber berkata, ia adalah siri
penahanan pertama membabitkan skandal PKFZ dan sekurang-kurangnya lima
lagi akan ditahan polis dan SPRM.