Elaun Guru KAFA Selangor Meningkat
Monday, 29 December 2008 | Ruangan: BeritaMenteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan tambahan elaun kepada guru Kafa sebanyak RM261.70 – daripada RM738.30 kepada RM1,000.
Elaun penyelia Kafa juga dinaikkan RM338 – daripada RM1,112 kepada RM1,500. Selain itu, kumpulan tersebut akan dilindungi Insurans Takaful mulai Januari 2009.
Menurut Suara Selangor Maju, kerajaan negeri bersama Lembaga Zakat Selangor (Baitulmal) bersetuju menaikkan elaun guru KAFA yang seramai 6,262 orang.
“Kita percaya inilah benteng terpenting bagi membina jati diri murid-murid Islam ke arah melahirkan warga yang berakhlak mulia,” kata Menteri Besar Selangor.
Satu berita dan keputusan yang baik untuk guru-guru KAFA kerana mereka sebenarnya mengajar tunggak Islam, iaitu Quran serta ilmu fardu ain. Dengan Quran walaupun sekadar dibaca sahaja, sudah memadai untuk memperoleh pahala. Diharapkan apabila anak-anak semakin membesar, mereka tidak lupa akan tunggak ini dan akan mendalami isi kandungannya.
Dengan pandai membaca Quran dan memahami tuntutan fardu ain, insyaallah, kita akan kembali ke pangkal jalan seandainya seseorang itu agak ‘tersasar’ dalam menjalani kehidupan dalam tempoh masa tententu.


Saya sokong. Sepatutnya langkah ini telah lama diambil oleh kerajaan.
Satu langkah yang bijaksana.