Program Bersih Dan Indah Bandar Klang Ahad Ini
Wednesday, 02 December 2009 | Ruangan: BeritaKLANG, 2 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan kerjasama Alam Flora Sdn Bhd dan akhbar Sinar Harian akan mengadakan program Bersih dan Indah Bandar Klang. Ia akan diadakan Ahad ini (6 Disember) dari jam 7 pagi hingga 1 tengah hari. Acara akan berlangsung di Pusat Bandar Klang Utara dan Pusat Bandar Klang Selatan.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam MPK, Norfiza Mahfiz, program akan dirasmi oleh Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu pada jam 8 pagi di Perhentian Bas Klang Utara.
Pada hari yang sama Klang akan menjadi tuan rumah Rumah Terbuka Krismas Peringkat Negeri Selangor 2009. Majlis akan diadakan di Padang Sultan Suleiman bermula jam 6 petang hingga 11 malam. Orang ramai dijemput hadir.

