Kerajaan Negeri Anjur Program Keusahawanan Tingkat Taraf Hidup Ibu Tunggal

Saturday, 21 November 2009 | Ruangan: Berita

HULU LANGAT, 21 November – Seramai 50 orang ibu tunggal dari seluruh Selangor menyertai program jati diri dan keusahawanan anjuran Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menjana ekonomi golongan ini.

Program yang berlangsung selama tiga bermula semalam dirasmikan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.

Rodziah berkata program seperti ini amat berguna kepada ibu -ibu tunggal untuk memotivasikan golongan berkenaan meneruskan kehidupan tanpa suami disisi.

Katanya selain membentuk jati diri, program ini juga mendedahkan kepada mereka asas keusahawanan yang boleh menjadi sumber pendapatan sampingan.

“Jati diri kali ini kita buat bukan sekadar motivasi sahaja kita masukkan juga elemen-elemen yang boleh membantu ibu-ibu tunggal ini untuk dia nampaklah jalan kemana,macammana dia nak memberdayakan diri diri dia untuk akhirnya dia boleh keluar dari permasalahan yang dia hadapi.Macam mana dia akan dapat satu jalan lah untuk selesaikankan masalah ekonomi dia,ataupun dapat jalan perkongsian untuk menyelesaikan masalah beri nafkah, perundangan dan sebagainya”

“Akhirnya saya mengharapkan ini permulaan kita kumpulkan wanita ini dan kita masukkan dalam pusat-pusat komuniti yang telah pilih dan disitu kita akan jaga dia selama enam bulan dan kita mahu konsep mentor menti ini akan mengembangkan menti-menti dia yang lain”,katanya.

Rodziah berkata demikian kepada TVSelangor selepas merasmikan Program Jati Diri & Keusahawanan Ibu Tunggal Negeri Selangor,di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat.

Sementara itu rata-rata peserta yang ditemui amat menantikan program seperti ini kerana ia dapat mendidik mereka menjadi lebih tabah dalam mengaharungi hari mendatang.

Bagi Saadiah Rosli, program ini dapat memotivasikan ibu-ibu tunggal sepertinya untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain. 

“Eloklah,ada buat program-program macam ni kan,jadi kita banyak campur,banyak pengalaman, dapat penyatuan kan,suka lah”,kata Saadiah Rosli.
 
Seorang peserta, Sutinah Sumarnak, dari Dun Sementa berkata program ini memberi semangat baru kepadanya untuk lebih berjaya selepas ini walaupun sudah lima tahun hidup tanpa suami.

“Ini adalah program yang pertama kali saya lalui sebagai seorang ibu tunggal selama 5 tahun,jadi saya nampak program ini memang baguslah kalau boleh kita dapatkan untuk semua ibu-ibu tunggal.Walaupun saya baru setengah hari disini,saya rasa ada satu pembaharuan yang perlu kita kuatkan semangat kita sebab selama ini kita rasa sorang jadi kat sini kita berasa berkumpulan semangat baru ada kan”,katanya.