PNSB Serah Sumbangan Lembu Korban Di Shah Alam Isnin ini
Tuesday, 17 November 2009 | Ruangan: BeritaSHAH ALAM 17 NOV:
Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) akan mengadakan majlis penyerahan sumbangan lembu-lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha Isnin ini, 23 November. Majlis akan diadakan di Dewan Teratai MBSA, Seksyen 19, Shah Alam, jam 3 petang.
Majlis akan disempunakan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Majlis ini merupakan salah satu usaha PNSB di dalam memperkasakan agenda Kerajaan Negeri mempertingkatkan serta membela rakyat termiskin menerusi program Kerajaan Prihatin.

