Penasihat Ekonomi,Kepercayaan Selangor Terhadap Saya-Anwar

Sabtu, 14 November 2009 | Ruangan: Berita

Shah Alam,14November-Warga Selangor dan Wakil rakyat di Selangor hari ini menyambut baik keputusan kerajaan negeri melantik  Dato` Sri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri.
 
Rata-rata mereka melihat perlantikan mantan timbalan perdana menteri dan bekas menteri kewangan itu sebagai langkah tepat yang akan merangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi Selangor.

Anwar menerima perlantikan itu dengan syarat beliau hanya dibayar gaji satu ringgit sebulan.

Anwar berkata beliau akan berkerja keras bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memperkasakan ekonomi Selangor.

Beliau berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab terbarunya sebaik mungkin dalam menjayaka program merakyatkan ekonomi Selangor.

“Kepercayaan kepimpinan Negeri Selangor terhadap kemampuan saya bagi membantu memperkukuh dasar “Merakyatkan Ekonomi” dengan menjana pertumbuhan serta menarik minat pelabur, merupakan satu tanggungjawab yang tidak akan saya sia-siakan”,kata Anwar.

Anwar dijangka mengulas lebih lanjut mengenai perlantikannya itu apabila beliau berucap pada Konvensyen parti kedilanan rakyat peringkat Selangor di Shah Alam esok .-NADIA MOHSIN(TV SELANGOR)