Pas Tidak Sokong Lafaz Cerai Taklik Dalam Baiah
Friday, 13 November 2009 | Ruangan: BeritaKuala Lumpur,13November-PAS tidak menyokong tindakan menceraikan isteri dengan talak 3 sebagai syarat yang termaktub dalam Baiah atau janji setia kepada parti.
Walaubagaimanpun, Pas menghormati tindakan segelintir ahlinya yang menjadikan syarat itu sebagai jaminan kesetiaan kepada parti,namun akan memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi.
Demikian ulas Setiausaha Agung Pas,Mustafa Ali dalam satu sidang media di pejabat Pas Pusat Kuala Lumpur.
“Walaupun saya tidak setuju,tapi saya menghormati sebab itu pilihan dia.Saya kena hormatilah kerana itu pilihan dia”,katanya.
Mengulas tentang isu janji setia kepada parti,Mustafa menjelaskan perkara ini sememangnya lumrah bagi ahli politik yang bertanding setiap kali pilihanraya menjelang.
Ini bagi mengelakkan terjadinya fenomena lompat parti sekiranya calon terbabit menang dalam pilihanraya.
Tambahnya lagi,sumpah janji yang digunakan sejak dulu lagi adalah sama dan tidak ada yang menyentuh soal menceraikan isteri dalam kandungan baiah.
“Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat”,jelas Mustafa.
Menurutnya,Baiah yang dibuat ialah antara individu dan Allah,sekiranya melompat keluar dari parti akan dilaknat dari Allah SWT.
Walaubagaimanapun.terdapat 2ahli Pas di Selangor yang telah memasukkan lafaz cerai taklik dalam baiahnya sekaligus menjejaskan perspektif masyarakat terhadap parti ini.
Antara ahli Pas yang dikaitkan dengan isu ini ialah Ahli Parlimen Shah Alam,Khalid Samad.
Khalid dikatakan mempertaruhkan rumahtangganya sendiri sebagai tanda kesetiaannya kepada parti.
Walaubagaimanpun Mustafa enggan mengulas lanjut ketika ditanya identiti seorang lagi ahli yang turut mempunyai baiah yang berbeza daripada ahli Pas yang lain.-NADIA MOHSIN(TV SELANGOR)

