Dewan Negeri tolak usul isu tahan Asri
Wednesday, 11 November 2009 | Ruangan: BeritaSHAH ALAM 11 NOV -
Speaker Dewan Negeri (DUN) Selangor hari ini menolak permohonan Adun Hulu Kelang Saari Sungib untuk bincang usul tergempar mengenai penahanan Dr Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Teng Chang Khim berkata walaupun usul itu melibatkan kepentingan orang ramai, namun tidak menepati syarat yang memerlukannya ia disegerakan.
Bekas mufti Perlis itu ditangkap di sebuah banglo di Hulu Kelang baru-baru ini berhubung siasatan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
Beliau bagaimanapun belum didakwa di mahkamah, setakat ini.

